Sunday, October 19, 2014

Tips Atasi Peluh Berlebihan Yang Mengganggu Diri



Peluh berlebihan boleh mengganggu dan mencacatkan penampilan diri. Sekilas pandang nampak kemas dan bergaya, cantik dan rapi. Namun bila diperhatikan kembali, berpeluh di badan seolah-olah orangnya tidak menjaga kebersihan diri. Lebih memalukan apabila peluh berlebihan beserta badan yang berbau. Ini menyebabkan keyakinan diri berkurang. Malu untuk mendekati orang ramai dan bersosial. Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. 

Sebelum dikongsikan tips untuk merawat peluh berlebihan, ketahui dahulu kenapa ia terjadi. Peluh berasal daripada darah. Darah dalam tubuh mengandungi air serta natrium klorida. Air peluh pula terhasil sebagai bahan kumuh yang dikeluarkan oleh tubuh. Air peluh berfungsi mengawal suhu badan, mengimbangi air dan letrolit tubuh dan sebagai medium penyejuk badan.

Namun, sesetengah orang akan menghadapi pengeluaran peluh yang berlebihan. Ia juga dipanggil hiperhidrosis di mana kelenjar peluh yang terlalu aktif. Boleh baca PUNCA HIPERHIDROSIS dengan lebih lanjut.

Antara tips yang boleh diamalkan bagi penghidap hiperhidrosis ialah:
  • Minum air putih lebih banyak. Air putih terdapat banyak khasiat. Ramai yang mengabaikan kepentingan air putih. Sebenarnya air putih diperlukan untuk memastikan suhu badan rendah dan mengurangkan peluh.
  • Pakai pakaian yang longgar. Islam juga menganjurkan memakai pakaian yang longgar. Ini kerana untuk memastikan kulit menerima udara yang secukupnya.
  • Memakai pakaian yang cerah untuk mengelakkan penyerapan haba yang berlebihan.
  • Mengamalkan pengambilan diet yang seimbang seperti mengambil sayuran hijau yang banyak.
  • Elakkan minuman berkafein kerana mengganggu penyerapan vitamin dalam tubuh
  • Mandi dengan kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari.


Terdapat rawatan moden yang boleh dicuba seperti rawatan iontoferesis atau penggunaan arus eletrik ke kawasan peluh berlebihan. Ada yang berjaya dengan kaedah ini dan ada yang tidak berjaya. Selain itu dengan menjalani pembedahan. 

Bagi yang inginkan rawatan alternatif, boleh mencuba beberapa supplement yang dicadangkan.

VITAMIN B
  • orang yang banyak toksin dalam tubuh lebih cenderung untuk berpeluh berlebihan.
  • toksin yang terkumpul dalam badan diperoleh dari pemakanan harian seperti makanan yang dibakar (barbeku)
  • vitamin B membantu mengurangkan peluh dengan mencerna sisa toksin melalui urine (air kencing)

VITAMIN C
  • khasiat vitamin C tidak boleh disangkal lagi kerana vitamin C sangat bagus untuk tubuh.
  • vitamin C juga berfungsi menyahtoksin melalui perkumuhan. Apabila toksin dikeluarkan, badan akan kurang berpeluh.

OSTEMATRIX
  • magnesium dan kalsium perlu diambil bersama bagi membantu mengurangkan peluh berlebihan
  • kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan badan berbau dan peluh berlebihan.
  • Namun, magnesium perlu diambil dalam kuantiti yang betul untuk membantu penyerapan kalsium dengan berkesan
  • Kalsium dan magnesium perlu diambil bersama bagi hasil yang lebih memuaskan.

ZINC
  • membantu mengekalkan fungsi adrenal biasa dan mengurangkan badan berbau.

Berminat? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.