Wednesday, October 29, 2014

Pening Kepala Berpusing

Pening adalah satu perasaan yang sukar diterangkan. Hanya orang yang pernah mengalami pening sahaja yang tahu betapa seksanya bila diserang pening kepala. Saya percaya, setiap orang pasti pernah mengalami masalah pening kepala seperti rasa pening, berpusing, loya dan mual. Pening akan membuatkan seseorang itu tidak dapat menstabilkan badan, rasa berpusing, ingin muntah atau pitam. Pening berlaku secara tiba-tiba tanpa memberi isyarat. 

Tahukah anda pening mempunyai kaitan dengan peredaran darah dan jantung? Peredaran darah yang tidak stabil juga menyebabkan seseorang berasa pening. Perasaan yang teramat pening disebabkan oleh peredaran darah yang lemah atau tekanan darah yang serius. Bila pening terjadi, kepala akan berasa berpusing, berombak (bergoyang) atau badan tidak seimbang dan stabil. Apabila gejala ini menyerang, anda akan berasa seolah-olah anda sedang dipusingkan oleh keadaan sekitar. Contohnya, ketika anda berasa di atas katil, anda akan berasa seolah-olah katil tersebut telah dipusingkan oleh seseorang atau alat dengan sangat laju. 

Sebenarnya ketika saya menulis saat ini, asam menemani. Ini kerana saya juga sedang mengalami pening sejak semalam. Agaknya yang mana satu menjadi punca peningku? Hurmm...sangat tak elok amalkan makan asam tapi apakan daya, kadang-kala pening ini dapat dikurangkan dengan asam. Walhal saya bukanlah seorang penggemar asam. Memang tak boleh makan langsung makanan masam, tapi bila pening, bertukar sebaliknya, jadi hantu asam pula.

Sebenarnya ada beberapa cara Islam yang bagus dan berkesan untuk merawat pening kepala. Antaranya:



1. Mengikat serban


Cara ini boleh merawat masalah pening dan migrain. Cuba ikat kepala dengan kain seperti kain serban atau tuala. Ikat kemas-kemas dan rehatkan badan. InshaAllah pening kepala akan beransur pulih.

2. Merawat dengan inai


Sifat inai yang sejuk dan mudah kering dapat membantu mengatasi pening kepala. Caranya, tumbuk inai sehingga lumat dan dibalut dikepala. Tapi mana lah nak dapat ye inai di bandar nie. Di kampung pun belum tentu ada di belakang rumah. Hehee..

3. Merawat dengan berbekam


Berbekam sangat digalakkan dalam Islam. Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah, apabila ada orang mengadu sakit kepala kepada Rasulullah, maka Rasulullah menjawab, "berbekamlah".

Dalam banyak-banyak cara, cara pertama sahaja yang dapat dibuat buat masa ini. Oklah..nak cuba tips ikat kain di kepala supaya hilang rasa pening nie.

Selamat mencuba semua.



5 comments:

  1. Oh baru tahu petua merawat pening. Ingatkan sapu minyak cap kapak je... hihi. tq sis for sharing...

    ReplyDelete
  2. Oh baru tahu petua merawat pening. Ingatkan sapu minyak cap kapak je... hihi. tq sis for sharing...

    ReplyDelete
  3. salah satu punca pening juga, sebab tak membuang air besar, jadi toksin2 yg berkumpul tu akan sebabkan sakit kepala.. jadi kene ingat cuci usus selalu ye..heheh sekadar perkongsian..

    TIPS ANAK CERIA ~ PART 1

    ReplyDelete
  4. Baru tau ada petua rawat pening..lepas ni boleh cuba..

    ReplyDelete