Monday, August 15, 2011

Islam Itu Indah

1. Sesiapa yang berwuduk saat inginn tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan - Tarmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan mendapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.

4. Beselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, disamping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali selesai menunaikan solat fardhu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran.

*~*~* 4 Orang Lelaki *~*~*

Seseorang wanita itu apabila di yaumal al-khirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
nau'uzubillah......artikel ini bukan utk memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yg dipikul!!!

Pertama : ayahnya
apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti tidak mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat...tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : suaminya
apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tetapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri..walaupun dia seorang yg alim (solat tidak tanggih, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : abang-abangnya
apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam..tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat : anak lelakinya
apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, seperti apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya..maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti...


Monday, August 08, 2011

IkAn BaWaL MaSak MasaM maNis

Salam..selamat berpuasa semua kpd semua umat Islam sedunia...
erm..dah lama  suara x msukkan entry bru dlm blog nie..kesibukan melanda hidup..huhu...
hari nie menu berbuka, suara sempat masak ikan bawal..fuhhh...sedap sehingga licin periuk...jom layan gmbr dan resepi..mesti cuba tau....

bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal
2 biji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cili merah (ditumbuk)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
buah tomato (dipotong dadu)
buah nenas (dipotong dadu / buah dlm tin)
sedikit garam, ajinomoto, dan gula (jika perlu-suara letak)

cara-cara:
# Tumis bahan tumbuk kecuali cili merah sehingga garing.
# Masukkan sos cili, sos tomato, dan cili. Gaul hingga sebati.
# Setelah bahan yg ditumis telah sebati, masukkan garam, ajinomoto dan gula secukupnya.
# Masukkan sedikit air utuk dibuah kuah.
# Masukkan buah tomato, nenas dan bawang besar yg dipotong dan masak sehingga lembut.
# Akhir sekali masukkan ikan dan gaul, dan siap utk dihidang.