Thursday, March 15, 2012

~~Ikan Kukus Serai~~

Ini adalah entry yang dah lama tertangguh semasa cuti semester...huhu..walaupun 'cuti', tapi suara sangat sibuk...sibuk mengalahkan wanita yang bekerja..hehe...ntah ape dibuatnya pun x tau la...mungkin bangun pagi pun matahari dah naik meninggi kot..ishh3....teruk bebenor!!! haha...

Hobi suara bila masa lapang atau cuti semester hanyalah di rumah...tolong mak masak...suka sangat masuk dapur,tapi jangan ada yang suruh sudah la...biar je suara sendiri yang jalan ke dapur...so, dengan seikhlas hati suara akan memasak...huhu...berat3....

Kali ini suara nak tulis entry pasal ikan kukus serai....rasanya dah lama x buat ikan kukus...asyik masakan yang bergoreng jew...so, tengahari jumaat tue, suara rasa nak buat special sikit..lagipun mak ada beli ikan yg besar..ikan ape pun xtau..tp sedap...smpai lauk lain tak terusik...dan x cukup bila makan...

So, bermula sesi berdating bersama Mr.Google!!! dan akhirnya suara jumpa resepi kat blog chef hanielieza....Gambar x sempat nak snap..sbb bila dah bau ikan kukus serai yang sangat sedap nie...perut dah tak tertahan nak makan...smua dah kebulur nak serang ikan tur..bila buat lain kali je la snap...layan resepi je lah.....

Resepi Ikan Kukus Serai:

1 ekor ikan siakap / ape2 ikan pun sedap jew (bersihkan dan kelar ikan tue)

Bahan hiris:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam (jika perlu)
1 sudu besar sos nampla (sos ikan)

Hiasan:
daun ketumbar / daun sup (dipotong kecil-kecil)
hirisan carrot
jus limau nipis / kasturi

Cara-cara:
1. Sediakan bekas untuk mengukus.
2. Ikan yang dah dibersihkan, diletakkan di atas mangkuk kaca yang tahan panas ( suara guna periuk pengukus jew...ikan tu letak atas tudung periuk yang sedikit melengkung..hehe..nnt x dapat takung air ikan/perasa sos lak..kat rumah x de mangkuk yang tahan panas...hehe...)
3. Tabur bahan yang dihiris ke atas ikan tadi.
4. taburkan sos nampla dan sedikit garam (jika perlu)
5. Letakkan ikan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak ikan tersebut selama 30 minit dengan api yang sederhana.
7. Setelah masak, taburkan bahan hiasan dan jus limau...dan sedia untuk dimakan bersama nasi puith...(^__^)

* Cara suara = ikan dibersihkan, direndam dengan air asam jawa dan setelah dibersihkan sekali lagi, dilumurkan garam....so, bila memasak x perlu lagi tambah garam...
* Ikan diletakkan dalam pengukus, ditaburkan semua bahan hiris, dan ditutup tudung periuk supaya aromanya menyerap...hehe...

Tuesday, March 13, 2012

Jemput Pisang ku Menjadi~~~lalala...

Jeng jeng jeng.....inilah jemput pisang yang telah berjaya dalam hasil penyelidikan suara...huhu...Kalau orang terengganu panggil jemput pisang..bkn org terengganu lak panggil cekodok pisang...mana-mana je lah ye...asalkan itu makanan yang boleh disuap ke mulut udah lah ye...(^__^)

gambar masa 1st trial...next trial x amik gmbr pun..malas...hehe...

Sebenarnya suara x suka mkn jemput pisang sebab banyak minyak dan bila menggoreng, melekat pada kuali..sgt leceh...tetapi selepas jumpa resepi yg baru, blh dikatakan tiap2 minggu suara mendapat request dari emak...huhu...terima kasih kepada jurnal resepi bdaria yg berkongsi resepinya...tetapi telah diubah sedikit resepinya mengikut citarasa suara...cantik hasilnya walaupun 1st trial...
dulu2, suara gunakan tepung gandum..tetapi kini tidak lagi...hehe...jom tengok apa rahsianya....


Resepi Jemput Pisang:
1 sikat pisang putar (pisang lain blh tp x sesedap pisang putar)
1 cawan tepung beras
4 sudu besar gula
secubit garam

Cara-caranya:
1. Lenyekkan pisang putar yang telah dibuang kulitnya.
2. Masukkan 4 sudu besar gula. Sukatan gula adalah mengikut citarasa individu...kalau nak manis boleh letak lebih lagi...setelah digaul rata, rehatkan dahulu adunan pisang selama 15 minit...
3. Setelah 15 minit, masukkan secubit garam (mengikut citarasa) dan tepung beras sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati...
4. Tibalah proses menggoreng...(^__^).....bulat-bulatkan adunan cekodok tue menggunakan jari jemari yang cantik tue untuk dapatkan cekodok yang bulat2...boleh jugak menggunakan sudu...
5. Setelah masak, boleh angkat dan ditoskan minyak...boleh lah dihidang panas-panas bersama-sama air teh o panas...sedappp....

*kalau nak tau adunan tadi elok, bak kata orang suam2 kuku...hehe...kita leh tengok semasa proses menggoreng...kalau cekodok pisang tidak melekat pada kuali, maknanya dah ok lah tue..kalau x, kena tambah lagi la tepung tue ye...

SELAMAT MENCUBA...



Sunday, January 29, 2012

Apa Beza Cinta Sebelum & Selepas Kahwin? - Part 2

Cinta Selepas Bertunang


Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabdian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.

Orang yang bertunang dikatakan 'darah manis' kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan perkahwinan. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubunagan antara lelaki dan wanita. Bertunang adalah tempoh suai kenal dan bukanlah tempoh untuk memadu asmara. Maka, orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum 'halal' untuk bersentuhan, bercium dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga dengan pihak perempuan belum lagi bergelar isteri. Maka, berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidka jemu menggoda dan cuba untuk merosakkan cinta yang terbina.

Apa Beza Cinta Sebelum & Selepas Kahwin? - Part 1

Cinta Sebelum Berkahwin


Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi citarasa, minat dan cara hidup. Adakalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat iaitu melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.

Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut :

  • menghormati maruah dan harga diri masing-masing - dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.
  • Tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih.
  • Mendapat  restu dan kebenaran daripada ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu.
  • Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
  • Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
  • Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.
  • Solat istikharah membantu individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihanya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
  • Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk mendirikan rumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
  • Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
  • Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.
  • Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

CADAR COTTON

Di sini ada menjual cadar dari kain cotton...
Dijamin tidak akan berbulu dan menjadi berbiji-biji pada kain selepas dibasuh....
Buatan tangan...set cadar adalah terhad..siapa cepat,dia dpt...(^_^)

SET CADAR ROPOL
RM 220
1 Helai Cadar Ropol
4 Helai sarung Bantal Ropol
1 Helai Sarung Bantal Peluk

SET CADAR ROPOL
RM 220
1 Helai Cadar Fitted
4 Helai sarung Bantal Ropol
1 Helai Sarung Bantal Peluk
SOLD OUT

SET CADAR ROPOL
RM 220
1 Helai Cadar Fitted
4 Helai sarung Bantal Ropol
1 Helai Sarung Bantal Peluk

SET CADAR ROPOL
RM 220
1 Helai Cadar Ropol
4 Helai sarung Bantal Ropol
1 Helai Sarung Bantal Peluk

SET CADAR ROPOL
RM 220
1 Helai Cadar Ropol
4 Helai sarung Bantal Ropol
1 Helai Sarung Bantal Peluk
SOLD OUT

Monday, January 09, 2012

Cinta Bersulam Noda


Di malam sepi ku sujud menghadapMu..mengharapkan maghfirah dariMu, Tuhan Yang Esa...

Aku cemari hidupku dengan kesesatan, yang membutakan hatiku yang sering terleka..terasa diriku ini jauh ari Tuhan, dengan segala godaan syaitan...

Aku tahu Dialah penerima taubat..walaupun aku sering tinggalkan suruhanNya, berilah aku kesempatan ini untuk berubah...

Aku dambakan cinta dari Mu, cintaku kini hanya padaMu Ya Allah..terimalah permintaan dariku hambamu yang hina ini..aku sering berjanji namun aku juga sering memungkirinya, janjiku yang tak pernah aku tepati...

Ku pasrahkan segalanya pada Mu Ya Rabbi...janganlah Engkau palingkan hatiku ini dari kebenaran..andai esok nafasku terhenti di sini, aku memohon agar Kau jauhkan aku dari azabMu...

Melakar Cinta Mu

Berdirinya aku di daerah zulumat, mengutip titis doa di malam rahmat bersama renai kasih yang menguyur. Ingin sekali aku melakar cinta di syurga...ya, di syurga Mu yang hakiki...

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu hanyalah cinta semusim yang wanginya hanyalah sekejap. Harumnya takkan sampai ke penghujung, indah mekarnya hanya di kuntum...Sedangkan taman Mu amat indah. Tiap-tiap penghuninya dikurnai rahmat, datang dengan berbekalkan amalan tanpa sepalit noda...

Setelah sekian lama aku mengatur langkah, aku makin fasih mentafsir liku hidup. Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas, bagai menabur benih sang hilalang..Bendang-bendang menghamparkan padinya, dimusuhi bena, akhirnya aku yang terpedaya sendiri..

Ya Allah, hijrahkanlah aku dengan hati putih, kembali bertaut pada akal budi, pasrah bersujud di bawah naungan langit kesedaran...Moga terlakar cintaku di pintu syurga Mu...

Sunday, January 08, 2012

Aku Benci Kau, Engkau dan Engkau!!!!

Iblis pernah berikrar di hadapan Allah, "Engkau menyesatkan aku, pasti aku sellau menghalang manusia daripada jalanmu yang lurus. Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Engkau tidak mendapati kebanyakan daripada mereka itu bersyukur kepadamu." (Al-Araf, ayat 16-17)

Bagi melaksanakan sumpahnya itu, iblis menbuka strateginya di hadapan Nabi Muhammad dan para sahabat. Iblis turut menjelaskan siapakah orang yang dibencinya.

Nabi Muhammad bertanya kepada iblis, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"
Lalu iblis menjawab, "Dirimu, wahai Muhammad."
Nabi Muhammad bertanya lagi,"Lalu siapa lagi?"
Iblis menjawab:

  • Pemuda muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah.
  • Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subahat serta sentiasa bersabar.
  • Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kekotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwuduk.
  • Orang fakir yang sentiasa bersabar iaitu yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama tiga hari.
  • Orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan syariat.
(Hadis laporan Muadz bin Jabbal daripada Ibnu Abbas)

3T---> Jalan Pintas Ke Syurga

Mahukan Jalan Pintas Ke Syurga???

Pada era teknologi maklumat hari ini, manusia menjadi semakin dinamik. Perubahan besar berlaku dalam sistem kerja dan urusan seharian manusia. Segalanya harus pantas, cepat dan tepat. Siapa yang lambat pasti ketinggalan. Justeru, masyarakat sentiasa mencari-cari jalan pintas bagi menyelesaikan segala urusan. Bagi yang mahu lebih cepat, mereka akan mencari jalan pintas. Ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.

Walau apapun, jalan pintas ini adalah jalan memudahkan manusia mencapai matlamatnya dengan lebih cepat.
Tahukah anda, jalan pintas itu tidak hanya wujud dalam urusan kerja seharian sahaja?Tahukah anda, ada jalan pintas untuk ke syurga?Ya, jalan pintas ke syurga!! Caranya adalah dengan mendapatkan tiket istimewa ke syurga. Tiket itulah yang dinamakan 3T (TAUBAT, TASBIH DAN TAHAJUD)

Nabi Muhammad menceritakan kepada sahabat-sahabat beliau kisah Allah memerintahkan Nabi Adam membawa rombongan manusia seramai 1,000 orang ke neraka. Daripada jumlah itu, 999 orang benar-benar menuju ke neraka dan hanya seorang sahaja yang berjaya melangkah ke syurga.

Apakah yang menyebabkan individu itu mendapat tiket ke syurga sedangkan 999 orang yang lain terus ke neraka?Jawapannya adalah kerana individu itu berjaya mendekatkan dirinya dengan Allah berbanding yang lain.

Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri..Adakah layak mendapatkan tiket ke syurga seperti individu itu?

Saturday, January 07, 2012

...TERIMALAH AKU....

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, 
Terangilah hidupku ini dengan nur imanMu, 
Hanya Engkau tempat aku berserah 
Dan memohon maghfirah di dalam syahdu...
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Ampunilah segala dosa-dosaku,
Dosa yang laksana buih di laut yang memutih,
Yang hanyut ditelan oleh amarah nafsuku sendiri.
Hari-hari yang telah aku lalui,
Ingin aku terus tinggalkannya, 
Biarlah ia terus bersemadi bersama diriku yang jahil.
Ingin aku kembali kepada fitrah insani,
Tak sanggup aku jelajahi rimba duniawi tanpa diriMu.
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu dosa, noda nafsu durjana.
Terimalah taubatku Ya Allah,
 Bimbinglah daku ke jalan redhaMu, 
Moga sinarMu terangi hidupku di dalam kegelapan..
Aku akan kembali kepadaMu ROBBI,
MengadapMu ya ROBBAL-IZZATI, 
Segala ketentuan kupasrahkan di hujung penghayatan..
Moga taubatku ini diterimaMu