Friday, October 31, 2014

Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Alhamdulillah minggu lepas dapat mesej dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya terpilih untuk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik. Tapi baru terpilih untuk peperiksaan online. 

Esok, 1 November adalah hari peperiksaan dijalankan. Diharap esok semuanya berjalan dengan lancar. Berdebar rasa dihati ini usah dicakap. Bukan mudah untuk terpilih dan tersenarai dalam calon spa. Ini kali kedua setelah sekian lama SPA tak panggil. Masa mula-mula dipanggil tahun 2009. Masa tu jawatan kerani, tapi tak lulus laa..huwaaaa...

Bila dipanggil lagi kali ini, rasa bertuah juga. Dah lama tak dipanggil oleh kerajaan. Diharap adalah rezeki untuk memasuki kerajaan. 

Sekarang nak kena baca nota-nota sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik esok. Orang kata susah juga nak dapat ye. Tapi tak apa lah, cuba dahulu. Tak cuba tak tahu. 

Ya Allah, jika ini sebagai jalan pembuka rezekiku, maka Engkau permudahkanlah mana yang susah, Engkau lapangkanlah jalan mana yang sukar, Engkau dekatkanlah mana yang jauh dan Engkau bukakanlah mana yang terhalang...Amiiinnnn...

DOAKAN SAYA YE ^__^

ATASI MASALAH RAMBUT DENGAN PROSANTE

Rentetan dari entri sebelum ini yang saya kongsikan iaitu tips lebatkan rambut dengan cara semulajadi. Ramai yang ingin mencuba cara tradisional tapi tapi zaman sekarang agak mustahil untuk melakukannya secara konsisten. Jadi saya ingin kongsikan cara mudah untuk dapatkan rambut yang sihat iaitu dengan Prosante.

Kelebihan utama Prosante dari Shaklee.

1. Revitalizing Syampoo


  • melebatkan rambut, 
  • menyeimbangi kulit kepala supaya tidak kering atau berminyak
  • mengurangkan kekusutan rambut

2. Lightweight Conditioner

  • menyuburkan dan melindungi rambut
  • melembapkan rambut agar mudah diurus dan tidak kusut
  • menguatkan rambut agar rambut nampak hitam berkilat

3. Nourishing Scalp Treatment

  • Melindugi kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran
  • Mengandungi antioksida seperti Vitamin A dan E
  • Mudah dibawa ke mana-mana kerana hanya perlu disapu dan tidak perlu dibilas
  • Tidak melekit dan berminyak
Nantikan entri selepas ini. Saya akan terangkan secara terperinci mengenai prosante shaklee. Sekarang masa untuk fokus pada peperiksaan esok..Tadaaaaa....



8 CARA MUDAH LEBATKAN RAMBUT

Rambut gugur menyebabkan rambut makin menipis. Di sini saya ingin kongsikan lapan petua melebatkan rambut secara semulajdi. 

1. Lemon

 Gunakan air lemon yang dicampurkan minyak kelapa asli. Ramuan ini berkesan untuk menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut sihat dan lebat.

2. Minyak Badam

Pemakaian minyak badam yang disapu ke rambut mampu mencegah rambut menjadi rapuh mudah putus

3. Kacang Kedelai

Protein nabati dalam kedelai dapat menambah kesuburan rambut. Ia juga sesuai dijadikan masker rambut, selain bagus diminum sebagai susu kedelai.

4. Makan Buah-buahan

Vitamin A, C dan E yang terdapat dalam pelbagai buah-buahan mempunyai banyak manfaat untuk mempercepat pertumbuhan folikel rambut.  Selain boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus, ia juga boleh dijadikan sebagai masker rambut.

5. Menggunakan kulit epal 

Kulit epal mempunyai banyak manfaat penting seperti melancarkn pengaliran darah pada bahagian kepala sekaligus menyihatkan rambut. Hanya perlu sapukan kulit epal yang dikisar pada rambut.

6. Minum Air Putih

Air putih sememangnya sangat penting dalam menjaga kesihatan tidak kira kesihatan badan, wajah atau rambut. Minumlah sekurang-kurangnya dua atau tiga liter sehari untuk mengelakkan rambut kering dan mudah rapuh.

7. Pengambilan Protein Secukupnya

Banyakkan pengambilan protein dalam diet seharian. Sumber protein yang bagus untuk diambil adalah daging merah, kacang-kacangan, susu, telur dan ayam. Ia bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan cepat.

8. Merapi Rambut Setiap Hujung Bulan

Memotong sedikit rambut anda setiap hujung bulan dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat dan sihat. Kadang kala anda tidak sedar rambut anda sebenarnya bercabang atau rosak. Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah rambut rosak dan bercabang.

SELAMAT MENCUBA!!!!

Thursday, October 30, 2014

Punca Pening Kepala Berpusing | Vertigo

Pening kepala berpusing bukan perkara yang mudah untuk di atasi. Ia datang tanpa sebarang isyarat. Keadaan menjadi lebih teruk apabila disertai muntah dan pengsan. Lebih merisaukan apabila ia menyerang sewaktu anda berada di tempat awam seperti di dalam kereta api untuk ke tempat kerja, sewaktu memandu atau ketika sedang berjalan. Ia akan membuatkan anda hilang keseimbangan badan. Apabila anda cuba menahan keadaan ketika pening, badan akan berpeluh dan tangan menjadi sejuk. Ia juga sering terjadi kepada saya terutama ketika saya menaiki kenderaan.

Tahukah anda apakah penyebabnya? Pening berpusing biasanya terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan badan. Ia juga dikenali sebagai gejala vertigo. Gejala vertigo menyebabkan anda berasa berpusing atau bergoyang. Biasanya anda ada merasakan ruang sekeliling anda turut serta berpusing. Perasaan ini akan berlaku dalam tempoh beberapa minit dan boleh berlarutan sehingga berhari-hari. Sesetengah orang yang mengalami gejala ini akan berasa mual, loya dan muntah, disertai sakit kepala, penglihatan berpinar dan bertindih, badan menjadi lemah, berpeluh dan jantung berdenyut lebih cepat.

Punca vertigo yang sering terjadi adalah disebabkan oleh masalah telinga. Gangguan keseimbangan berlaku kerana pemendapan atau pembentukan kalsium di saluran semisirkular, jangkitan atau keradangan tertentu. Ia menyebabkan masalah di bahagian telinga dan sistem saraf yang berkait rapat dengan sistem vestibular. Tiga punca masalah telinga yang biasa terjadinya vertigo adalah radang urat saraf, benign paroxysmal prstional vertigo (BPPV) dan penyakit Meniere.

Vertigo yang disebabkan oleh BPPV disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga. Ia terjadi dalam beberapa minit sahaja kerana pergerakan kepala. Manakala penyakit Meniere disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga. Ia sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan vertigo, kehilangan bunyi dan pendengaran, dan bunyi dalam telinga. Ia akan terjadi dalam beberapa minit dan berlanjutan ke beberapa jam mengikut keadaan. Radang urat saraf pula disebabkan virus yang menyebabkan keradangan di sekeliling saraf. Anda akan menjadi loya, muntah dan kesukaran untuk berdiri atau berjalan. 

Vertigo juga terjadi kerana

  • Ubat-ubatan
  • Kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepala, trauma atau selepas pembedahan di bahagian kepala
  • Migrain
  • Strok
  • Pendarahan dalam otak

Tanda anda mengalami vertigo

  • Pening atau sakit kepala
  • Penglihatan berpinar atau bertindih
  • Lemah tangan dan kaki
  • Sakit dada
  • Pitam atau pengsan
  • Muntah tanpa henti
  • Suhu badan meningkat
  • Kebas dibahagian badan


Rawatan Vertigo dengan cara alternatif

Vivix - mengandungi antioksidan yang tinggi untuk kesihatan


B Complex - Untuk peredaran darah dan fungsi sistem saraf pusat

Vita Lea - mengimbangi vitamin dan mineral


Vita C - mempertingkatkan peredaran darah


Vita E - memperingkatkan peredaran darah


Lecithin - diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak


Ostematrix - membantu peredaran darah (denyutan jantung)


Garlic - membekalkan lebih oksigen ke otak


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan




Wednesday, October 29, 2014

Pening Kepala Berpusing

Pening adalah satu perasaan yang sukar diterangkan. Hanya orang yang pernah mengalami pening sahaja yang tahu betapa seksanya bila diserang pening kepala. Saya percaya, setiap orang pasti pernah mengalami masalah pening kepala seperti rasa pening, berpusing, loya dan mual. Pening akan membuatkan seseorang itu tidak dapat menstabilkan badan, rasa berpusing, ingin muntah atau pitam. Pening berlaku secara tiba-tiba tanpa memberi isyarat. 

Tahukah anda pening mempunyai kaitan dengan peredaran darah dan jantung? Peredaran darah yang tidak stabil juga menyebabkan seseorang berasa pening. Perasaan yang teramat pening disebabkan oleh peredaran darah yang lemah atau tekanan darah yang serius. Bila pening terjadi, kepala akan berasa berpusing, berombak (bergoyang) atau badan tidak seimbang dan stabil. Apabila gejala ini menyerang, anda akan berasa seolah-olah anda sedang dipusingkan oleh keadaan sekitar. Contohnya, ketika anda berasa di atas katil, anda akan berasa seolah-olah katil tersebut telah dipusingkan oleh seseorang atau alat dengan sangat laju. 

Sebenarnya ketika saya menulis saat ini, asam menemani. Ini kerana saya juga sedang mengalami pening sejak semalam. Agaknya yang mana satu menjadi punca peningku? Hurmm...sangat tak elok amalkan makan asam tapi apakan daya, kadang-kala pening ini dapat dikurangkan dengan asam. Walhal saya bukanlah seorang penggemar asam. Memang tak boleh makan langsung makanan masam, tapi bila pening, bertukar sebaliknya, jadi hantu asam pula.

Sebenarnya ada beberapa cara Islam yang bagus dan berkesan untuk merawat pening kepala. Antaranya:



1. Mengikat serban


Cara ini boleh merawat masalah pening dan migrain. Cuba ikat kepala dengan kain seperti kain serban atau tuala. Ikat kemas-kemas dan rehatkan badan. InshaAllah pening kepala akan beransur pulih.

2. Merawat dengan inai


Sifat inai yang sejuk dan mudah kering dapat membantu mengatasi pening kepala. Caranya, tumbuk inai sehingga lumat dan dibalut dikepala. Tapi mana lah nak dapat ye inai di bandar nie. Di kampung pun belum tentu ada di belakang rumah. Hehee..

3. Merawat dengan berbekam


Berbekam sangat digalakkan dalam Islam. Pernah suatu ketika di zaman Rasulullah, apabila ada orang mengadu sakit kepala kepada Rasulullah, maka Rasulullah menjawab, "berbekamlah".

Dalam banyak-banyak cara, cara pertama sahaja yang dapat dibuat buat masa ini. Oklah..nak cuba tips ikat kain di kepala supaya hilang rasa pening nie.

Selamat mencuba semua.



Tuesday, October 28, 2014

Promosi ESP | 4 Hari Lagi

Sudah hampir ke penghujung Oktober rupanya. Hanya 4 hari lagi kita akan memasuki bulan November. Jadi, promosi ESP atau Energizing Soy Protien akan berakhir tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang anda untuk memilikinya dengan harga yang terendah. Banyak kelebihan dan manfaat ESP jika diamalkan secara konsisten. Saya sendiri sangat teruja dengan perubahan diri sejak mengamalkan ESP.

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sejak amalkan ESP. Antaranya badan saya bertenaga walaupun saya perlu bekerja lebih masa. Di tempat kerja pula, saya tiada masa untuk berehat, makan atau bersembang. Kerja yang diarahkan tidak pernah putus. Sangat memenatkan namun saya masih bertenaga untuk bangun pagi esoknya. Badan saya juga berasa ringan apabila saya bangun dari tidur. Rasa kepuasan dan tidur yang lena. Ini kerana saya dah membuang sisa toksin dari tubuh yang menyebabkan badan rasa berat, letih dan tidak bermaya. 

Selain itu, saya dapat rasakan perubahan kulit saya. Kulit menjadi semakin lembut dan gebu. Akhir-akhir ini saya kerap tidur tanpa menyapu losen pada tapak kaki dan tangan saya. Sebelum ini kulit cepat kering kerana terdedah kepada penghawa dingin. Dengan amalkan ESP, saya tak perlu risau tumit kaki merekah. Ia merawat kulit saya dari dalam. Kulit juga tampak lebih cerah dan parut semakin pudar berbanding dulu.

Antara manfaat lain ESP shaklee adalah:

  • Membaiki pigmentasi - ESP dapat membantu mengatasi masalah kedutan dan pigmentasi kulit.

  • Merawat masalah rambut - membantu membaiki masalah rambut seperti rambut cepat beruban, rambut rapuh dan keguguran rambut.

  • Baik untuk prostat - genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan ovari, uterus, menopaus dan pembesaran prostat.

  • Ibu mengandung - memberi tenaga dan mengurangkan tekanan sewaktu mengandung

  • Ibu menyusu - sangat bagus untuk ibu yang ingin memperbanyakkan susu ibu dan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi.

Antara testimoni pengguna yang mengamalkan ESP


Berminat nak cuba juga? Dapat ESP sekarang dengan harga promosi dari saya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.






Bahaya Tidur Berdengkur

Adakah suami atau isteri anda tidur berdengkur? Atau anda sendiri mengalaminya? Atau anda berhadapan dengan rakan sebilik yang kuat berdengkur?


Masalah tidur berdengkur sebenarnya tidak asing lagi. Namun ramai yang tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi ini. Risikonya sangat membahayakan sehingga mengganggu kesejahteraan rumahtangga. Saya pernah membaca artikel berkenaan seorang isteri menghadapi tekanan kerana suami kuat berdengkur sehingga mengganggu waktu tidur isteri. Yang lebih membahayakan, si isteri ingin meminta cerai kerana tidak tahan dengan dengkuran si suami yang menyebabkan si isteri tidak dapat tidur lena dan rehat yang secukupnya hampir setiap malam.

Ketahui sebab-sebab terjadinya dengkuran semasa tidur. Antara sebab yang biasa berlaku adalah

  • Saluran pernafasan tersekat adalah punca utama kepada tidur berdengkur.
  • Otot yang lemah di bahagian lidah, langit dan tekak.
  • Tisu tekak yang besar dan tebal. Biasanya disebabkan oleh tonsil.
  • Anak tekak (uvula) yang panjang apabila ia mengecilkan rongga pembukaan hidung ke tekak.
  • Tulang hidung yang bengkok, polip atau jangkitan sinus.
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Cara mengatasi dengkuran semasa tidur:

  • Ubah posisi tidur kepada keadaan mengiring
  • Tidur dengan bantal yang tinggi dan selesa.
  • Kurangkan berat badan
  • Elakkan makan sebelum tidur
  • Gunakan pelekat bantu pernafasan (Breath Right Nasal Strips)

Boleh juga baca PETUA ELAK TIDUR BERDENGKUR

Penat mencuba cara di atas tapi tidak berhasil? Apa kata cuba amalkan Vitamin E dari shaklee. Saya percaya punca utama berdengkur adalah pernafasan. Ini kerana ada dikalangan rakan saya yang kurus juga mengalami masalah tidur berdengkur. Dengan Vitamin E, ia dapat membantu melancarkan perjalanan dan aliran darah. Sekaligus melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Fungsi Vitamin E adalah untuk membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efektif. 


Jadi, tiada lagi masalah tidur. Ini juga sebagai satu usaha untuk membantu mengurangkan masalah suami isteri kerana gangguan orang sebelah dan mengeratkan kembali hubungan suami isteri.

Berminat untuk mendapatkan Vitamin E untuk pasangan anda? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Monday, October 27, 2014

Awas!!!! Perhatikan Najis Anda

Kenapa entri kali ini sedikit kotor? Haha.. jangan terkejut dan jangan skip pembacaan anda. Biasa kita selalu periksa najis si kecil tapi kali ini periksa najis sendiri pula. Anda perlu tahu keadaan najis anda walaupun kita tidak digalakkan untuk melihat benda kotor untuk menjaga mata dan hati. Tapi ada sebab yang kukuh kenapa saya minta anda semua perhatikan najis anda. HANYA SEKETIKA...PERIKSA SAHAJA....jangan ditenung lama-lama..ahaksss!!!!


Seperti peribahasa untung sabit timbul, untung batu tenggelam. Begitu juga dengan tubuh badan kita. Badan yang sihat, najisnya akan kelihatan timbul dan terapung manakala badan yang bermasalah, najisnya akan kelihatan tenggelam. Kenapa najis boleh ada yang terapung dan tenggelam pula ye? Dari penceritaan pakar kesihatan kepada saya, masalah kesihatan seseorang boleh diperhatikan melalui sisa perkumuhan. Sebab itu semasa kita membuat pemeriksaan kesihatan, kita disuruh untuk menjalani ujian air kencing. Dari itu mereka akan periksa tahap kesihatan seseorang.

Seseorang yang mempunyai najis yang tenggelam, mereka perlu mengambil tindakan untuk membaiki tahap kesihatan. Walaupun secara luaran, mereka kelihatan sihat, namun sebenarnya sistem tubuh mereka bermasalah seperti masalah usus dan toksin berlebihan. Masalah usus dan toksin berlebihan boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih besar seperti kanser kolon, keletihan, lemah daya ingatan dan tenaga, penyakit jantung dan lain-lain.

Oleh itu, detox lah badan anda dengan mencuci usus. 

Detox adalah proses pembersihan usus daripada toksin, lemak dan sisa-sisa yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila usus bersih, maka badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sebab itu detox sangat penting untuk kesihatan. Bagi yang bermasalah untuk detox kan usus secara semulajadi, boleh cuba gunakan HEBL-LAX sebagai ejen pencuci usus anda.

Kenapa herblax?

  • Sangat bagus mencuci najis yang tersekat
  • membantu masalah sembelit. Bila sembelit, pembuangan najis tidak lancar dan tidak dapat dikeluarkan sebaiknya.
  • membantu mempercepatkan pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama di dalam tubuh.
  • mengempiskan perut.

Ketahui juga bahawa toksin di dalam badan boleh memudaratkan ===> BACA DI SINI


Berminat ingin mencuba dan mendapatkan Herblax ini? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.







Perlukah Merokok????

Macho ke bila seorang lelaki itu merokok? Bertambah macho dengan gaya merokoknya di hadapan awek. Sebenarnya orang yang tak merokok lagi macho berbanding orang yang merokok. Itu pendapat peribadi laaa...hehe

Dari pengalaman sendiri berhadapan dengan perokok, mereka sebenarnya tidak suka bila diminta untuk berhenti merokok. Mereka pasti akan pertikaikan balik hujah-hujah mereka tentang rokok. Tak kena belum tahu lagi banggg oiii.

Ok, nak bercerita sedikit pengalaman ayah saya berhenti merokok. Ayah sebenarnya juga seorang perokok. Alhamdulillah sewaktu umurnya sekitar 40-an, ayah berjaya berhenti merokok. Itu pun selepas dia menjalani pembedahan. Selepas pembedahan, ayah cuba merokok juga, namun mulutnya terasa pahit bila menyedut rokok dan akan batuk terbahak-bahak. Alhamdulillah. Yang paling best, dengan beraninya adik saya yang perempuan mematahkan rokok yang ayah beli, kadang-kadang bila dia jumpa rokok ayah di dalam rumah, dia akan buang sahaja ke dalam tong sampah. Sampai ayah terpaksa sorokkan rokok di dalam rumah tapi bila satu tahap, agaknya ayah pun dah penat nak sorokkan rokok dia dan ada je kena buang, ayah pun tak merokok langsung. Kami memang sangat gembira.

Itu adalah salah satu push factor yang terbaik kami lakukan dalam usaha sifarkan asap rokok dalam rumah kami. Tidak perlu tips berhenti merokok seperti yang disarankan kerajaan. Tapi ada berani ka buat macam kami? Heheeee...

Tapi saya sarankan jangan dibuat ye..hehe..kang dibuang atau patah-patahkan rokok sampai lunyai, terajang dan penampar pula yang dapat. Maklum lah sekarang nie bermacam-macam kes di akhbar. Saya nasihatkan si isteri jangan buat cara kami ye jika suami jenis baran melampau. Bagi yang dah usaha tapi belum berjaya, saranan saya boleh cuba dengan Vivix dari shaklee. Sebab tak semua orang boleh berhenti merokok dengan kuasa minda mereka tanpa bantuan apa-apa. Cuba lah Vivix kerana ramai testimoni sudah berjaya. Suami mereka berhenti merokok sejak si isteri beri si suami vivix. Hanya satu sudu sehari bersama vivix.


Banyak testimoni yang mengatakan si perokok dah tak rasa nikmat merokok sebab mereka rasa rokok tue pahit bak hempedu. Tahu tak kenapa? Sebabnya vivix dah nyahkan nikotin dalam badan perokok. Jadi mereka dah kurang rasa ketagihan terhadap nikotin. Antioksidan yang tinggi dapat mengurangkan pengaruh merokok dan memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok. Antioksidan dalam vivix juga membantu menstabilkan radikal bebas akibat nikotin, dan memperbaiki semula DNA yang terjejas. 

Ingin lihat suami atau ahli keluarga anda bebas dari rokok? Hubungi saya untuk mendapatkan Vivix dengan harga yang terhebat. 




Sunday, October 26, 2014

Vivix Penyelesaian kepada Perokok

Si A: SUSAH SANGAT KE NAK BERHENTI MEROKOK????? APA LAH YANG SEDAP SANGAT DENGAN MEROKOK TUE...

Perokok: KENAPA SOALAN KAU BODOH SANGAT?????


Si A: KAU TAHU TAK MEMBAZIR HISAP ROKOK, BAKAR DUIT JEW...BAIK KAU SIMPAN DUIT TUE UNTUK MASA DEPAN.

Perokok: HABIS TUE KAU YANG TAK MEROKOK, DAH BANYAK MANA DUIT YANG KAU SIMPAN?

Hahaaa...kan dah terkena balik buah keras. Pernah tak bertanya kepada perokok macam soalan di atas? Mesti ramai yang pernah tanya kan. Sememangnya sangat susah untuk berhenti jika rokok itu sudah sebati dalam hidup perokok.

Jom kita buat sedikit kira-kira berkenaan rokok.

Kita ambil contoh beberapa jenama rokok yang terkenal seperti Dunhill, Kent dan Benson & Hedges.

Sekotak rokok = RM12.00
1 hari = 1 kotak rokok
1 bulan = 30 kotak
1 bulan = RM360.00

Itu pun kalau 1 kotak sehari. Jika 2 hari untuk 3 kotak? Boleh mencecah rm500 sebulan!!! Banyak kan...

Sebagi solusi dan alternatif untuk berhenti merokok, apa kata cuba amalkan vivix. Hanya RM475.00 dan sesudu sahaja untuk sehari.

Bagaimana vivix membantu perokok untuk berhenti?

Vivix membantu membuatkan rokok terasa pahit seperti hempedu. Bila rokok dah terasa pahit, maka nikmat merokok akan hilang perlahan-lahan. Bila dah tak terasa nikmat merokok, maka keinginan untuk berhenti akan meningkat.

Buat perokok-perokok sekalian atau buat para isteri yang sayangkan suami anda, tiada perkara yang mustahil jika tidak berusaha. Tidak salah untuk laburkan sedikit wang anda demi orang yang tersayang. Selain dapat berhenti merokok, badan juga bertambah sihat. Dengan fungsi utama Vivix sebagai anti penuaan, wajah si perokok juga akan bertambah awet muda. Duit pun dapat dijimatkan.

Seronok bukan bila orang yang kita sayang berhenti merokok? 

Hadiahkan Vivix pada orang yang anda sayang sekarang sebelum terlambat.

Dapatkan dari saya pengedar sah anda. Hubungi saya untuk mendapatkan harga yang lebih hebat!!!



Saturday, October 25, 2014

Vivix | Penyelesaian Hebat dan Menakjubkan

PENYELESAIAN HEBAT, FORMULA YANG EKSLUSIF, KEPUTUSAN YANG MENAKJUBKAN!!!!

Itulah yang boleh diperkatakan tentang Vivix. Hanya mereka yang pernah mencuba Vivix sahaja yang tahu akan kebenaran di atas. Namun perlu diingat, ia adalah bantuan dan izin Allah. Setiap orang digalakkan untuk berusaha dan berserah pada Allah. Allah akan memberi mengikut prasangka kita. Jika kita berfikiran positif, maka perkara positif lah yang akan kita peroleh.

Ok, kembali pada Vivix. Kenapa ia sangat menakjubkan? Vivix memberi kesan positif kepada penggunanya. Mereka dapat menyelesaikan masalah kesihatan mereka seperti:

  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan Artritis
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Melegakan alergi dan lelah
  • Meningkatkan daya seks, pengeluaran sperma
  • Menghalang kejadian tumor dan merawat kanser
  • Menghalang Alzheimer
  • Antioksidan - mengurangkan kedutan halus, mengurangkan bintik penuaan dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Membantu Glaukoma
  • dan banyak lagi (tak larat nak senaraikan...kan jadi panjang pula entri nie..hehe)

Antara manfaat Vivix pula:

  • Menyokong sistem imun
  • Memelihara kesihatan jantung
  • Memelihara kesihatan sendi
  • Anti penuaan
  • Kesihatan keseluruhan


Siapa yang sesuai mengambil Vivix?

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit jantung
  • Pesakit yang lemah daya tahan penyakit
  • Pesakit SLE
  • Pesakit gout
  • Pesakit kanser
  • Pesakit Alzheimer


Berminat ingin mencuba Vivix? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.





Khasiat VIVIX

Ramai pengguna shaklee jatuh cinta pada VIVIX!!!!!!! Kenapa ye? Jom baca lebih lanjut untuk ketahui khasiat VIVIX kepada semua orang. Sehingga semua orang yang pernah mencuba Vivix jatuh cinta yang amat kepadanya.


Inilah rupa Vivix

Vivix dihasilkan untuk melambatkan penuaan pada tahap selular level. Ia dihasilkan melalui kajian penyelidikan selama bertahun-tahun. Adunan fitonutrien proprietari yang terkandung dalam Vivix, memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan 10x ganda lebih efektif dari resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.


Vivix memberi impak kepada empat mekasnisma utama penuaan pada tahap sellular. Antara kesan utama kepada pengguna adalah:

1. Melindungi dan membaiki sellular DNA.

Zaman moden kini, kita tidak terlepas daripada unsur radikal bebas. Setiap hari sel tubuh diserang oleh beribu serangan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivix dapat membantu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.


2. Memberi kesan positif kepada pengawalan genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Vivix dapat membantu mengaktifkan satu pengawalan gentika utama yang membantu melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Menggalakkan biogenesis mithochondria

Haa..apa tue biogenesis dan mithochodria? Dengan bahasa yang mudah, menggalakkanpembentukkan baru penjana tenaga. Mitochondria iaitu penjana tenaga di dalam sel menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh kita. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Jadi, Vivix menggalakkan boigenesis (pembentukkan baru) mitochandria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End Products)

Penimbunan berlebihan protin AGE boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menggangu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix dapat melambatkan pembentukkan protin AGE.

Selain itu, Vivix sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin menjaga kesihatan mereka seperti:

  • kesihatan jantung
  • kesihatan otak
  • kesihatan sistem imun
  • kesihatan sendi
  • perlindungan antioksidan
  • peningkatan tenaga pada tahap sellular


Berminat untuk menjadi salah seorang penggun dan pencinta Vivix? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.





Friday, October 24, 2014

ESP Pemberi Tenaga yang Saya Perlukan


Beberapa minggu nie tersangatlah sibuk. Kerja selalu balik lewat malam. Sebelum nie memang tak boleh nak bersengkang mata lama-lama, tak boleh nak fokus kerja, dan cepat penat. Alhamdulillah dengan ada nya ESP shaklee, badan dapat tenaga yang berpanjangan. Walaupun penat tapi dapat bangun awal keesokkan hari untuk kerja lagi. Boleh dikatakan balik rumah je memang terus tidur. Sebelum nie balik kerja sempat juga memasak dan dan membasuh baju, tapi sekarang semua tue dah tak dihiraukan. huhu..memang tahap apa dah hidup nie.


Macam tak percaya je sejak amalkan ESP, badan boleh bertahan dengan keadaan yang dialami kini. Nama pun Energizing Soy Protein kan. Dah terbukti minuman tambahan pembekal tenaga. Sesiapa yang cepat penat, memang bagus amalkan ESP. Perlu juga periksa badan tue ada toksin tak. Macam mana nak tahu badan banyak toksin tak? Boleh periksa kesihatan atau ketahui simptom toksin dalam tubuh. 


Banyak kelebihan ESP nie..kan....

Nak bertenaga macam saya juga? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.




Thursday, October 23, 2014

Toksin Punca Badan Lemah dan Tidak Bermaya

Kali nie nak kongsi pengalaman sendiri berkenaan toksin. Tahun lepas ada satu kumpulan doktor dari Jepun datang buat pemeriksaan kesihatan di rumah mak. Sebenarnya nak promosi barang kesihatan mereka. Kira rumah mak dijadikan tempat untuk orang kampung datang buat pemeriksaan. Sebagai ganjaran, keluarga kami dapat pemeriksaan percuma. 

Tanpa melepaskan peluang, dengan rela hati meminta doktor tersebut ambil darah saya untuk diperiksa. Sangat seronok sebab dapat tengok apa yang terjadi pada badan sendiri. Yang seronoknya mereka akan tunjuk apa yang berlaku dalam badan kita melalui darah yang diuji pada skrin komputer.  Biasa buat ujian darah di hospital kita hanya akan dapat keputusan di atas kertas putih je. Nak dijadikan cerita, doktor tu tunjuk dari hujung kepala sampai hujung kaki. Bila sampai satu tempat, terkejut sebab nampak tompok hitam yang banyak sangat. Bila ditanya, doktor cakap tue tandanya badan banyak toksin. Ohhhhh sangat tak percaya sebab saya nie jenis yang jaga kesihatan. Jom baca lagi untuk ketahui punca dan kesan bila toksin makin berleluasa di dalam tubuh anda.

Toksin dalam tubuh terjadi disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya:

  • Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  • Pemakanan ubat-ubatan kimia
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Udara kotor
  • Radiasi bebas
  • Dehidrasi
  • Merokok / Asap rokok orang sekitar
  • Pengambilan minuman keras

Bila badan dah banyak toksin, badan akan memberi beberapa petanda. Ia juga terjadi pada saya. Antaranya:

  • Kerap sakit kepala
  • Badan cepat letih dan penat tanpa sebarang sebab walaupun buat kerja ringan.
  • Bahagian keliling mata gelap dan kulit menjadi hitam sekeliling mata (mesti ingat eyebag je kan)
  • Susah bangun tidur / Badan berat (rasa macam tak cukup tidur je)
  • Badan banyak angin
  • Urat mudah membengkak
  • Inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Selulit
  • Sakit sendi
  • Tekanan darah tinggi, sakit jantung
  • Sakit Gout
  • Masalah jerawat


Yang dihitamkan tue semua saya dah alami. Sampai satu tahap kritikal, baru berjalan 10 langkah dah tak mampu nak berdiri sebab toksin!!! Ingatkan selama nie ada sakit apa. Buat pemeriksaan di hospital, doktor pun tak tahu apa punca. Bagi ubat macam-macam tapi tak makan pun..haha..

Sekarang alhamdulillah saya dah makin bertenaga. Sebenarnya tak perlu makan ubat macam-macam sebab punca sebenar penyakit adalah dari toksin yang disimpan dalam tubuh. Hanya perlu buang toksin untuk kembali bertenaga dan sihat seperti orang lain.

Bagaimana nak nyah toksin dari tubuh?

Cuba detoks kan dengan SET DETOKS SHAKLEE. Detoks berfungsi mengeluarkan toksin daripada tubuh sekaligus memberi tenaga dan tidur yang lebih lena, mengaktifkan sel-sel badan dan memperbaiki imun tubuh.

ALFALFA - alfalfa sangat bagus untuk meneutralkan keasidan badan yang berpunca dari toksin kerana alfalfa bersifat alkali. Membantu proses detox hati, darah dan usus, menyingkirkan lemak, kolestrol, merawat masalah pencernaan dan banyak lagi


DTX COMPLEX - Membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.


GARLIC -  membantu meningkatkan sistem penghadaman dan megeluarkan logam berat dari dalam darah. 


HERBLAX - membantu memcuci usus dan najis yang lama dan melegakan sembelit.


Jangan biarkan kesihatan mengganggu kehidupan harian anda. Kerana tiada yang lebih bernilai dari nikmat sihat.

Berminat? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan.