Friday, October 31, 2014

8 CARA MUDAH LEBATKAN RAMBUT

Rambut gugur menyebabkan rambut makin menipis. Di sini saya ingin kongsikan lapan petua melebatkan rambut secara semulajdi. 

1. Lemon

 Gunakan air lemon yang dicampurkan minyak kelapa asli. Ramuan ini berkesan untuk menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut sihat dan lebat.

2. Minyak Badam

Pemakaian minyak badam yang disapu ke rambut mampu mencegah rambut menjadi rapuh mudah putus

3. Kacang Kedelai

Protein nabati dalam kedelai dapat menambah kesuburan rambut. Ia juga sesuai dijadikan masker rambut, selain bagus diminum sebagai susu kedelai.

4. Makan Buah-buahan

Vitamin A, C dan E yang terdapat dalam pelbagai buah-buahan mempunyai banyak manfaat untuk mempercepat pertumbuhan folikel rambut.  Selain boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus, ia juga boleh dijadikan sebagai masker rambut.

5. Menggunakan kulit epal 

Kulit epal mempunyai banyak manfaat penting seperti melancarkn pengaliran darah pada bahagian kepala sekaligus menyihatkan rambut. Hanya perlu sapukan kulit epal yang dikisar pada rambut.

6. Minum Air Putih

Air putih sememangnya sangat penting dalam menjaga kesihatan tidak kira kesihatan badan, wajah atau rambut. Minumlah sekurang-kurangnya dua atau tiga liter sehari untuk mengelakkan rambut kering dan mudah rapuh.

7. Pengambilan Protein Secukupnya

Banyakkan pengambilan protein dalam diet seharian. Sumber protein yang bagus untuk diambil adalah daging merah, kacang-kacangan, susu, telur dan ayam. Ia bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan cepat.

8. Merapi Rambut Setiap Hujung Bulan

Memotong sedikit rambut anda setiap hujung bulan dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat dan sihat. Kadang kala anda tidak sedar rambut anda sebenarnya bercabang atau rosak. Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah rambut rosak dan bercabang.

SELAMAT MENCUBA!!!!