Thursday, December 04, 2014

Cara Elak Derita Tak Tertanggung Akibat Sakit Urat Belakang Lutut


Ngeri tengok urat bersimpul

Siapa pernah mengalami urat kaki bersimpul? Lazimnya ibu hamil kerap mengalami masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos. Memang kasihan melihat kaki menjadi ngeri dengan urat-urat yang timbul di kaki, betis dan peha. Golongan ini juga akan mengalami rasa sakit apabila berdiri atau berjalan terlalu lama. Memang derita sakit urat belakang lutut jika tak dirawat.


Kakak saya tengah mengandungkan anak ketiganya. Memang ngeri sangat tengok kakinya. Dari betis sampai peha, berketul-ketul uratnya timbul, dengan warna kebiru-biruan. Ditambah pula kakak berkulit kuning langsat, memang jelas kelihatan. Normal bagi orang mengandung mengalami urat bersimpul kerana berat badan mereka bertambah kerana kandungan yang dikandung. Tetapi orang yang single mingle macam saya ini, bagaimana pula boleh terjadi?


Dahulu, pantang orang ajak keluar berjalan-jalan, sayalah orang yang paling bersemangat nak pergi, tapi kini saya mesti menolak sebab kaki saya akan sakit apabila banyak berjalan. Kalau pergi pasaraya besar, saya akan berasa cepat penat sebab kaki dah sakit. Macam orang tua-tua pula rasanya. 


Bidang kerja saya pula perlu banyak keluar ke tapak lokasi kerja. Boleh dikatakan lima hari bekerja, hanya dua hari di pejabat dan selebihnya perlu keluar ke lokasi tertentu. Sudah tentu saya banyak berdiri dan berjalan. Sejak minggu lepas, jadual kerja sangat padat. Semalam, jam 6 pagi saya sudah keluar rumah dan pulang ke rumah jam 10 malam. Ditambah pula memandu jauh. Bila sampai ke rumah, saya rasa kaki kebas, kejang, lenguh dan rasa berat. Apabila diperiksa, urat belakang lutut bersimpul-simpul. Patutlah sakit sangat kaki ini. Memang derita bila urat mula bersimpul. Walaupun tidak serius tetapi kadangkala ia mengundang pelbagai masalah kepada saya sehingga sukar untuk berjalan. 


Jom baca apa kata Dr Lee Soon Khai, Pakar Bedah Vaskular mengenai masalah urat bersimpul.
" Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.
Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.

Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit. Pada peringkat awal, pesakit hanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki tetapi oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling darah tidak mendapat oksigen yang cukup dan kulit menjadi hilang waran atau menjadi pucat"
Sumber Harian Metro http://www2.hmetro.com.my 

Secara ringkasnya gejala awal urat bersimpul ialah:

~ salur darah menjadi besar, berwarna biru dan berbelit
~ kaki bengkak
~ bengkak dan sakit pada betis
~ Kulit menjadi pucat, berlaku perubahan warna kulit
~ Kaki cepat letih dan kekejangan
~ kulit menjadi nipis dan kering

Terdapat tips mengurangkan gejala urat bersimpul ini. Antaranya:


  • Sebelum tidur, alaskan kaki dengan bantal supaya kaki berada lebih tinggi untuk melancarkan peredaran darah di bahagian kaki. Saya pernah juga cuba tips ini tetapi apabila bangun dari tidur, bantal sudah ke lantai. Hihiii
  • Luruskan kaki ketika duduk. Biasanya saya lakukan selepas solat. Duduk seketika sambil luruskan kaki supaya sama paras dengan punggung sambil mengurut sekitar urat bersimpul dan betis.
  • Memakai stokin elastik yang boleh didapati di farmasi apabila menaiki kenderaan pada jarak jauh.
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat dan vitamin C.


Bagi saya sukar untuk konsisten dengan tips di atas. Saya lebih suka petua yang ringkas dengan mengambil suplemen. Saya suka minum ESP atau Enerzing Soy Protien dan Vitamin C. Tetapi sudah lebih seminggu saya tidak bancuh ESP kerana dah diposkan ke Kedah dan semalam terlupa untuk bawa bekalan Vitamin C bersama. Kenapa saya katakan suplemen ini bagus untuk atasi masalah urat bersimpul? Jom tengok kelebihan vitamin ini.


ESP - membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh. Ia juga mengekalkan kesihatan jantung.

Vitamin C - membantu menguatkan saluran darah. Pesakit yang mengalami urat bersimpul mempunyai saluran injap yang lemah. Jadi sangat sesuai mengambil vitamin C untuk menguatkan kembali saluran injap tersebut. Vitamin C juga menggalakkan aliran darah ke jantung

Vitamin E - Vitamin ini kaya dengan antioksida. Vitamin E sangat membantu mengelakkan terjadinya urat bersimpul. Ini kerana Vitamin E berfungsi menggalakkan pengaliran darah yang lancar dalam tubuh.
vitamin yang besttt


Rindunya pada ESP. Sejak amalkan ESP dan Vitamin C, alhamdulillah kesihatan saya cukup baik kerana sejak dahulu lagi saya mengalami gangguan kelancaran darah dalam tubuh.

Anda juga derita urat bersimpul seperti saya? Jangan biarkan ia melarat lebih teruk dan menjadi ulser. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut mengenai masalah ini atau ingin berkongsi pengalaman bersama saya. Bak kata orang, hanya sesama mereka yang mengalami sahaja memahami deritanya.




27 comments:

  1. Alhamdulilah mengandungkan anak sulung dan kedua tidak mengalami masalah urat bersimpul.tapi ngeri tengok mereka yang mempunyai masalah ini.harap anda iktiar ambil Shaklee ye
    vitamin C Shaklee terbaik di pasaran

    ReplyDelete
  2. gerun kan tengok kaki yang berurat timbul ni...minta dijauhkan dari sakit ni...semoga sentiasa sihat!!

    ReplyDelete
  3. Laa ya ka kena drive jauh. Kiranya memang guna tenaga yg banyak tu ieka kan. Memang patut amek supplemet. Kalau d tambah dgn b comp n vita lea...fuhh mantop lagi apa..

    JommSihatDanCantik -> SERLAHKAN KEJELITAAN SEBENAR KULIT ANDA

    ReplyDelete
  4. Saya amalkan ostematrix jugak,sumber kalsium yang dicadangkan oleh doktor bagi mengatasi masalah saya yang mengalami masalah ni di babagian tulang belikat. Seksa sangat bila kena. huhu

    ReplyDelete
  5. sakit urat sampai boleh kena demam urat.bahaya kalau tak ditangani.. perkongsian yang menarik

    PASANGAN MINTA PUTUS KERANA TIDAK TAHAN BAU MULUT YANG BUSUK

    ReplyDelete
  6. sakit urat mmg boleh demam....pernah jugak saya alami..sakitnya hanya Allah je tahu...nasib la ada suplemen yang membantu

    KU TUNGGU KEHADIRANMU UNTUK CANTIK BERSERI

    ReplyDelete
  7. Takut tgk gmabar urat simpul tu.. mesti sanagt sakit..

    Tips Cepat Hamil

    ReplyDelete
  8. Perasan x mak-mak kita mesti ada kes gini..siannya mak saya mayb dulu kerja kuat duduk bendang kan,susah pula dulu..dalam pantang pun buat kerja berat-berat..sejak bagi mak minum esp urat simpul tu makin ok..alhamdulillah
    Punca Gadis Cantik Ini Ditoreh

    ReplyDelete
  9. Saya dulu masa masih kerja di ward,.mmg banyak berdiri.stoking pressure socks tu mmg selalu nak kena pakai. Xpakai alamatnya malam susah tidur kaki jadi lenguh dan rasa berat. Skrg ni jadi wahm dah xde masalah tu alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. ngeri kalau tengok urat macam nak terkeluar tu ....nasib baik selalu amalkan ostematrix....

    Beberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong

    ReplyDelete
  11. Tengok kat kaki tak nampak pula urat bersimpul tapi kadang bila datang kaki lenguh tu.. rasa nak je cabut kak sekejap. Urut-urut then pasang semula! Hehe

    ReplyDelete
  12. Takut tgk keadaan urat kaki yg bersimpul..kejang urat rasa sakit sangat..

    ReplyDelete
  13. Gerun kan tengok urat bersimpul tu. Harap2 dengan konsisten supplemen boleh bantu saya dari masalah mcm ni..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni baik-baik saja. Cuma lenguh nya kemain lagi
    Punca kulit kusam

    ReplyDelete
  15. Banyak juga cara untuk kurangkan sakit sendi. Baru tau supplemen pun ada, ingat just ubat sapu jer. :)

    ReplyDelete
  16. bagus juga supplemnt shaklee ni ya? dari hujung rambut sampai ke kaki.

    ReplyDelete
  17. ni vericose vein..kalau pergi hospial jumpa therapis, mereka akan bagi seperti stokin untuk comprese urat tu.

    ReplyDelete
  18. Sy seorg llaki, urat timbul ni mula berlaku sejak sy darjah enam lg smpai skarg, dh 12 tahun, mula2 skit shj, tp skarg ni pasti geli bg yg tgk.. Sblom ni x pernah rasa skit, smpailah sminggu yg lpas urat2 trsebut mmbengkak n jdi keras, bila sentuh sj trasa amat sakit, solat pon duduk je..x tau plak bleh jd seteruk ni.. Dah dua tiga kali jumpa doktor tp x da pbyelesaiannya smpai hrini. T_T T_T

    ReplyDelete
  19. Sy seorg llaki, urat timbul ni mula berlaku sejak sy darjah enam lg smpai skarg, dh 12 tahun, mula2 skit shj, tp skarg ni pasti geli bg yg tgk.. Sblom ni x pernah rasa skit, smpailah sminggu yg lpas urat2 trsebut mmbengkak n jdi keras, bila sentuh sj trasa amat sakit, solat pon duduk je..x tau plak bleh jd seteruk ni.. Dah dua tiga kali jumpa doktor tp x da pbyelesaiannya smpai hrini. T_T T_T

    ReplyDelete
  20. Sy seorg llaki, urat timbul ni mula berlaku sejak sy darjah enam lg smpai skarg, dh 12 tahun, mula2 skit shj, tp skarg ni pasti geli bg yg tgk.. Sblom ni x pernah rasa skit, smpailah sminggu yg lpas urat2 trsebut mmbengkak n jdi keras, bila sentuh sj trasa amat sakit, solat pon duduk je..x tau plak bleh jd seteruk ni.. Dah dua tiga kali jumpa doktor tp x da pbyelesaiannya smpai hrini. T_T T_T

    ReplyDelete
  21. Jual Rak Supermarket DC-17

    Spesifikasi Umum :


    Kondisi 100 % BARU dan Berkualitas

    Bahan : Besi

    Warna : Full Putih

    Cat : Powder Coating ( Tahan Lama)

    Produk Import

    Memakai Back Plat


    Jenis & Ukuran Rak :


    1. Rak Gondola Single ( Wall) T.200 cm

    P x L x T = 120 cm x 45 cm x 200 cm

    Susunan standard : 5 Shelving

    Shelving dasar, Lebar 45 cm

    Shelving ke-2, 3, 4, 5 @ Lebar= 40 cm

    Penambahan Shelving bisa dilakukan sampai 10 susun shelving

    Posisi penempatan rak single biasanya di pinggir tembok Supermarket


    2. Rak Gondola Double ( Island) T.200cm

    P x L x T = 120 cm x 90 cm x 200 cm

    Susunan standrad : 5 Shelving x 2 sisi = 10 Shelving / unit

    Shelving dasar, Lebar 45 cm

    Shelving ke-2, 3, 4, dan 5 @ Lebar= 40 cm

    Penambahan Shelving bisa dilakukan sampai 10 susun shelving

    Posisi penempatan rak double biasanya di tengah ruangan supermarket


    3. Rak Gondola Single ( End) T.200 cm

    P x L x T = 90 cm x 45 cm x 200 cm

    Susunan standard : 5 Shelving

    Shelving dasar, Lebar 45 cm

    Shelving ke-2, 3, 4, 5 @ Lebar= 40 cm

    Penambahan Shelving bisa dilakukan sampai 10 susun shelving

    Posisi penempatan rak single biasanya di depan rak Double


    Pemesanan Hub : WA 081213-3040-75 Office Jl. Raya serpong km 7 No 1 Gading Serpong Tangsel
    http://jualrakshelving.blogspot.co.id/2016/09/rak-supermarket-dc-17.html

    ReplyDelete
  22. Perkongsian yang baik. Saya juga amalkan ostematrix sahaja untuk hilangkan sakit belikat. 2 tahun menderita, Alhamdulillah pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
  23. Perkongsian yang baik. Saya juga amalkan ostematrix sahaja untuk hilangkan sakit belikat. 2 tahun menderita, Alhamdulillah pulih sepenuhnya...

    ReplyDelete
  24. Jika sakit di lipatan,belakang lutut...mcm mane nak hilang kn?
    Cara tuam mengunakan pek ais boleh ke

    ReplyDelete