Wednesday, November 26, 2014

Bakal Pengantin Risau Rambut Makin Botak Mencari Tips Atasi Keguguran Rambut


Masalah rambut gugur bukanlah perkara yang asing lagi bagi sesiapa. Boleh dikatakan semua orang sama ada lelaki mahu pun wanita mengalami masalah rambut gugur. Begitu juga dengan seorang bakal pengantin risau rambut makin botak dan ingin mencari tips atasi keguguran rambut. Dia mengalami keguguran rambut sejak di bangku sekolah. Bayangkan rambutnya semakin menipis dan menampakkan kulit kepala. Boleh dikatakan rambutnya hampir botak.


Risau bagaimana penerimaan bakal suami tentang penampilannya selepas diijab kabulkan tahun hadapan, dia menjaga pemakanan yang boleh menyebabkan rambut gugur lagi teruk, malah mencuba pelbagai petua tradisional dan bertukar syampu untuk rambut gugur, namun tidak berhasil. Katanya, dia makin tertekan apabila ayahnya juga mula menegur rambutnya seakan botak dan menampakkan kulit kepala. Apabila tertekan, boleh menyebabkan rambut gugur makin teruk.


Boleh dikatakan setiap hari dia akan mengutip rambut gugur dilantai rumah dan bilik air. Rambut-rambut tersebut disimpan di dalam plastik dan apabila pulang ke kampung, dia akan bawa bersama rambut gugur yang dikumpulnya untuk ditanam. Bayangkan rambut gugur yang dikumpul itu seolah-olah sarang burung. Kesian kan. Bagi wanita rambut adalah mahkota dan boleh menonjolkan kecantikan seseorang.


Namun dia tidak berputus asa dan tetap mencuba pelbagai petua yang dikongsi di laman sesawang dan terjumpa set untuk rambut gugur. Setelah berfikir, akhirnya dia bersedia melaburkan sedikit wang untuk tampil anggun menarik di mata bakal suaminya nanti.


Semalam dia menghubungi saya untuk mendapatkan sedikit pandangan, akhirnya dia ingin mencuba Zinc, ESP dan Prosante. Berharap pelaburan ini berbaloi baginya.

Antara set rambut gugur
Sebagai sumber protin untuk rambut

Antara testimoni pengguna set rambut gugur.

Testimoni syampu prosante


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.





Tuesday, November 25, 2014

Ibu Pening Mencari Cara Merawat Resdung Kronik Anak Bongsu


Ibu mana yang tidak risau apabila anak kerap mengadu sakit. Setiap ibu bapa sentiasa memastikan kesihatan anak mereka terjaga. Apabila anak kerap mengadu sakit, ibu lah yang paling risau memikirkan petua dan rawatan yang boleh menyembuhkan anak mereka. Begitu juga dengan seorang ibu kepada tiga anak ini. Baru-baru ini, seorang ibu mengadu kepada saya tentang masalah kesihatan anaknya. Katanya pening mencari rawatan yang sesuai dan cara merawat resdung kronik anaknya.


Ibu tersebut menceritakan kepada saya masalah resdung kronik yang dihadapi anak bongsunya. Anaknya langsung tidak boleh makan makanan laut dan yang mempunyai alahan kepada bahan makanan tertentu. Apabila tersalah makan, muka anaknya akan menjadi gatal-gatal teruk sehingga meninggalkan parut lebam pada muka. Mukanya juga akan ditumbuhi jerawat batu. Setiap pagi anaknya mengadu sakit kepala. Kadang kala sehingga menghantukkan kepala sendiri kerana tidak tahan. Apabila badan gatal-gatal, alat sulitnya juga merasa kesan gatal-gatal akibat resdung.


Kata ibu tersebut, pelbagai set resdung telah dicuba tapi tidak berhasil. Tahap resdung anaknya masih tidak berubah. Yang mahal dan yang murah, semua telah dicuba. Katanya duit boleh dicari tapi kesihatan sangat bernilai. Dia juga ingin mencuba set resdung shaklee untuk anak bongsunya itu. 


Saya sangat setuju dengan kata-kata ibu tersebut. Tak apa berkorban duit sedikit demi kesihatan anak. Saya juga bersimpati dengan keadaan anak bongsunya itu. Dia meminta saranan saya berkenaan set resdung. Jadi saya sarankan beberapa jenis suplemen yang sesuai untuk anaknya. Antaranya:


Alfalfa

~ mengurangkan keradangan resdung

~ kaya dengan klorofil untuk mengurangkan alergik atau gatal-gatal


B Complex

~ Mengandungi B6 yang membantu memelihara selaput lendir agar kekal sihat

~ meningkatkan antibodi tubuh

~ Berfungsi sebagai anti stress apabila berlaku keradangan.


Vitamin C

~ meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi tubuh dalam melawan resdung

~ membantu mempercepat penyembugan luka dalam hidung

~ sebagai antioksida


Set Resdung Shaklee

Testimoni resdung

Testimoni resdung 1

Testimoni resdung 2

Bagi penghidap resdung, apa kata anda juga mencuba set resdung dari shaklee.


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.





Saturday, November 22, 2014

Kawan Terlajak Gembira Kerana Jumpa Cara Menghilangkan Jerawat dengan Cepat Tanpa Parut

Alhamdulillah, baru dapat merehatkan diri dengan selesanya. Inilah yang dikatakan rumahku syurgaku. Penat betul berjalan jauh sepanjang dua hari. Dari Kuala Lumpur ke Kedah bukanlah satu jarak perjalanan yang singkat. Tapi semua tue hilang apabila kawan ajak keluar bersama. Katanya dia sangat gembira kerana dapat menghilangkan jerawat dengan cepat tanpa kesan parut. Nak tahu apa rahsia dia? Jom baca kisah kami.

Sebelum saya bertolak ke Kedah Khamis lepas, saya singgah di Seksyen 7, Shah Alam untuk makan malam. Semasa di kedai makan tersebut, saya terserempak dengan kawan semasa belajar. Lama betul tak berjumpa. Langsung tiada perubahan pada diri dia. Saya sempat menegur jerawatnya yang tak pernah surut. Katanya dah cuba pelbagai produk tapi tak berhasil. Hilang satu jerawat, lepas tue naik lagi jerawat yang lain. Bukan jerawat kecil, tapi jerawat batu. Sakit katanya.

Kebetulan dalam beg, saya bekalkan beberapa biji vitamin C dan Zinc untuk bekalan saya di Kedah nanti. Saya berikan pada dia untuk dicuba. Manalah tahu berhasil kan. Tak apa lah saya berkorban sedikit demi kawan. Sekembalinya saya ke Shah Alam, dia ajak saya lepak-lepak sama. Dia menceritakan betapa gembiranya hati dia sebab dapat hilangkan jerawat dengan cepat tanpa meninggalkan parut.

Kawan baru amalkan vitamin C dua hari. Dia minum air putih yang cukup iaitu sebanyak 3 liter sehari seperti yang saya pesan. Dia juga jadikan Vitamin C sebagai masker muka. Bahagianya bukan kepalang. Sejak sekian lama dia menderita jerawat batu yang tak pernah segan tumbuh di muka nya. Alhamdulillah..

Jadi, sesiapa yang ada masalah yang sama, jom cuba Vitamin C dan beberapa produk shaklee untuk mengurangkan masalah jerawat anda. 


Tadaaa..ini dia Vitamin C untuk jerawat

Antara kebaikan Vitamin C:

~ kulit makin cantik dan bersih
~ bagus untuk mereka yang ada masalah jerawat
~ sesuai untuk orang yang mengalami resdung
~ mengatasi masalah selsema dan jangkitan penyakit
~ meningkatkan imun tubuh

Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.




Friday, November 21, 2014

Cara Menghilangkan Bau Badan Akibat Peluh

Peluh berlebihan membuatkan badan seseorang tidak selesa. Ramai yang menganggap peluh berlebihan menyebabkan badan menjadi berbau hapak. Sebenarnya peluh tidak berbau tapi apabila bertindak balas dengan bakteria di udara yang melekat pada kulit, akan menghasilkan bau pada badan. Kawasan yang biasa menyebabkan peluh adalah sekitar ketiak dan bahagian berlapik. Oleh itu perlulah menjaga kebersihan diri agar dapat mengelakkan masalah bau badan.


Jom amalkan tips kebersihan diri untuk mengelakkan bau badan. Untuk penjagaan fizikal, terdapat beberapa tips, antaranya:


MANDI DENGAN KERAP

Mandi dapat membersihkan badan dari kotoran. Kalau mandi pun ala kadar atau tak nak mandi langsung, memang mengundang bau badan lah. Islam pun menggalakkan kita membersihkan diri dengan mandi. Ia juga dapat mencegah dari pelbagai penyakit.

MEMBERSIHKAN DAN MERAPIKAN DIRI

Islam menyarankan kita memotong kuku, mencukur bulu ari-ari dan mencabut bulu ketiak. Jadi jangan biarkan ia terlalu banyak, wajib bersihkan sebelum 40 hari ye. Kalau tak jadi tempat syaitan bersarang. Bakteria pun berkumpul di situ dan menghasilkan bau badan.

JAGA PEMAKANAN

Kawal pemakanan anda dari mengambil makanan yang boleh menyebabkan bau badan seperti lemak, makanan pedas dan beberapa jenis makanan lain.

Dari segi penjagaan dalaman pula, terdapat beberapa tips yang boleh dicuba, antaranya:


HERBLAX

~ membuang toksin dari dalam tubuh yang menyebabkan badan berbau

OMEGA

~ memecahkan lemak yang menyebabkan badan menghasilkan peluh berlebihan


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Thursday, November 20, 2014

Penuntut UiTM Saman Hospital Demam Melarat Buta | Cara Merawat Demam Tanpa Perlu Makan Ubat

Nur Laila bersama peguam

Sedih pula dengar kisah seorang penuntut UiTM cawangan Dungun, Nur Laila Md Yusuf, 21, yang buta akibat demam. Menurut sumber berita, Nur Laila mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar kerana demam dan diberi ubat Paracetamol, Piriton, Amoxycilin, Benadryl, Eye Drop dan Hydrocortisone. Akibat pengambilan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, Nur Laila mengalami alahan terhadap ubatan tersebut. Menurut doktor yang merawat Nur Laila dari Hospital Sungai Buloh, Nur Laila alahan kepada ubat antibiotik. Setelah sembuh dari demam, Nur Laila menyaman Hospital Dungun kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan dia hilang penglihatan.


Pernah juga semasa mendapatkan rawatan dari klinik atau hospital, doktor bertanya ada alahan pada ubat atau tak. Manalah kita tahu kan kita ada alahan pada ubat apa. Bila kita dengar pelbagai kisah seperti kisah Nur Laila, pasti akan datang rasa fobia untuk ke hospital atau makan ubat kan. Apapun, untuk mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini, marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga. Apa kata rawat dahulu demam tanpa menggunakan ubat. Terdapat pelbagai alternatif yang boleh dicuba. Jom baca cara merawat demam atau selsema tanpa perlu makan ubat.


MADU



Madu berperanan melawan bakteria. Madu juga bagus untuk merawat sakit tekak. Caranya, amalkan pemakanan madu setiap pagi atau malam. Bila sakit tekak, campurkan madu dengan sedikit perahan limau nipis.

HALIA


Halia membantu melegakan badan dari dalam. Ia membantu menghilangkan sejuk dalam badan. Caranya, campurkan beberapa hirisan halia atau perahan halia dengan limau ke dalam air panas dan minum.

KUNYIT


Kunyit bagus untuk melawan jangkitan dan virus serta merawat selsema kerana selsema menandakan simptom awal demam. Caranya campurkan kunyit ke dalam susu panas dan minum. Pastikan kunyit hidup yang asli ye.

IKAN


Banyakkan pengambilan ikan dalam menu harian. Contoh ikan ialah salmon, tuna dan ikan kembung. Ia kaya dengan omega 3 dan membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

SAYUR-SAYURAN HIJAU


Makan sayuran hijau kerana ia dapat membantu melawan demam dan selsema. Boleh dibuat sup sayur.

Terdapat banyak alternatif lain untuk sembuhkan demam tanpa mengambil ubat. Tapi sebelum mencuba alternatif, perlulah diketahui dahulu tanda-tanda demam. Selsema juga salah satu tanda demam akan berkunjung seperti hidung berair dan sakit tekak.


Selain itu, boleh amalkan suplemen sebagai langkah pencegahan awal.

VITAMIN C / CHEWABLE VITAMIN C

~ Membantu meningkatkan imun tubuh dan melawan jangkitan.

OMEGA GUARD

~ Memberi kelegaan akibat selsema dengan cepat.

MEALSHAKES

~ Meningkatkan sistem imun terutama kanak-kanak yang mudah terdedah dengan pelbagai jangkitan penyakit

set untuk merawat demam

TESTIMONI PENGGUNA OMEGA GUARD MERAWAT SELSEMA ANAK-ANAK




Siapa yang sesuai mengambil suplemen di atas?

~Orang yang fobia dengan ubat.

~Orang yang takut nak telan ubat sebab pahit.

~Orang yang takut nak ke hospital atau berjumpa doktor.

~Suplemen shaklee sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan



Wednesday, November 19, 2014

Tips Jaga Kulit Wajah dan Tangan Berkedut Tanpa Perlu Luangkan Masa Lama

Bila nampak kulit sudah mula berkedut, rasa seolah-olah terganggu mimpi ngeri atau nightmare. Apa tidaknya, kulit berkedut menandakan berlakunya proses penuaan. Mula lah timbul pelbagai persolaan di minda. Dah tua ke aku nie? Kurang zat ke? Bila dah berkedut baru nak risau cari produk yang sesuai untuk tangani masalah. Jom baca petua jaga wajah dan kulit tangan dari nampak berkedut.


Vitamin C

in love with vita c

Vitamin C amat terkenal dalam produk kecantikan. Vitamin C sangat bagus untuk kulit. Jika tidak mana mungkin orang sanggup berhabis duit buat suntikan vitamin C. Dengan mengamalkan suplemen vita C dari shaklee, anda tidak perlu habiskan duit beratus-ratus setiap bulan kerana vitamin C shaklee tahan 6 bulan. Bukan setakat kulit muka dan tangan sahaja yang sihat, malah vitamin C juga penting untuk rambut.

Baca juga KESAN VITAMIN C UNTUK KULIT
Dan juga KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK RAMBUT

Vitamin E

Ada pati biji anggur

Vitamin E juga bagus untuk merawat kulit berkedut terutama sekitar mata. Vitamin E shaklee mempunyai antioksidan yang tinggi. Untuk penjagaan tangan pula, gunakan pencuci tangan atau bahan kimia yang mengandungi vitamin E untuk melindungi kulit tangan dari berkedut.

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP yang sedap

ESP mempunyai 1001 kelebihan. Sejujurnya sejak mengamalkan ESP, kulit sangat lembut, halus dan gebu. Dah jarang sangat menggunakan losyen. Kulit pun nampak makin lembap dan nampak lebih tegang. kedut-kedut halus pada kulit tangan dan wajah makin pudar.

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Collagen Powder

Kolagen akan berkurang dari tubuh apabila usia melebihi 25 tahun. Oleh itu, sangat perlu untuk memastikan pengambilan kolagen mencukupi untuk keanjalan kulit. SCP berfungsi melembapkan kulit yang kering dan mengurangkan kedutan kulit wajah dan tangan.

Tips yang sangat mudah dan selamat...hehe..Tak perlu petua nenek moyang yang perlukan penyediaan masa yang lama. Tapi kalau rajin, apa salahnya sekali sekala cuba petua nenek moyang kita kan.

Nak kongsi juga pengalaman saya sejak mengamalkan suplemen dari shaklee, kulit muka dan badan dah makin cantik dan lembap. Saya seorang yang sibuk bekerja, sehingga tiada masa untuk manjakan diri sendiri dengan losyen atau rawatan lain. Dengan shaklee, ambil sebiji dua dan telan. Sangat sesuai untuk sibuk berkejar masa ini. Badan sihat dan cantik. 

Baru-baru ini ke Petaling Jaya, berjumpa dengan saudara mara. Makcik saya pun dah tegur kulit muka dah makin cantik. Hehe..siapa yang tak suka bila dipuji kan. Nak cantik dan sihat macam saya, tapi tiada masa untuk diri sendiri, jom cuba tips saya di atas. 

Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.






Tuesday, November 18, 2014

Wanita Malaysia Kelihatan Tua Sebelum Usia

Tiada seorang wanita pun yang tak nak nampak cantik, awet muda dan anggun menawan. Sememangnya wanita dan kecantikkan ibarat isi dengan kuku, tak dapat dipisahkan. Namun untuk nampak cantik sepanjang usia, perlu penjagaan dari muda. Begitu juga dengan seorang kakak yang saya jumpa minggu lepas semasa saya ke satu tempat atas urusan kerja.


Awalnya, saya menegur seorang wanita yang juga sedang menunggu di perhentian bas. Mungkin tunggu seseorang datang ambilnya dari situ. Saya pula baru selesai urusan di salah satu pejabat di bangunan berhampiran. Saya panggil dia kakak. Semasa kami berbual, dia fikir saya ini pelajar. Sebab dia nampak saya lebih kurang sebaya dengan pelajar di situ. Dia bertanyakan pada saya sedikit tips untuk nampak muda berbanding usia.


Wanita itu berkata, walaupun dia baru mencecah 30-an, tapi rupa parasnya dah macam kebanyakan orang yang berusia 40-an dan 50-an. Kadang-kadang dia berasa malu untuk dipanggil makcik. Dah puas mencuba pelbagai produk kecantikan supaya kulit nampak berseri dan awet muda. Memang nampak kulit muka kakak itu kusam dan jeragat sudah nampak di kulit muka nya. Badan pun dan makin berisi walaupun dah jaga pemakanan. Kata kakak tersebut lagi, rambut dia pun dah mula ditumbuhi uban. Makin lama makin banyak. Risau suaminya cari yang lain.


Saya pula berseloroh dengan kakak tue. Suruh dia amalkan makan sup kaki ayam, seminggu sekali dah ok. Cubalah, tapi lebih berkesan jika diamalkan sejak muda remaja. Bila dah meningkat usia, perlu bekerja keras untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik.
Jadi saya cadangkan Collagen Powder pada kakak tue. 



Kelebihan Collagen Powder


  • Melembapkan kulit bagi mengurangi kulit kering
  • Menegangkan dan menganjalkan kulit
  • Mengurangi jeragat, pigmentasi dan kulit tidak sekata
  • Menghilangkan kedutan dan mengecilkan pori-pori di wajah


Antara testimoni Collagen Powder



Penjagaan luaran juga penting. Pemilihan produk yang sesuai yang tidak merosakkan kulit. Set Nutriwhite sangat bagus untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik.


Manakala untuk penjagaan dari dalam, rujuk DI SINI


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.




Punca Wajah Wanita Di Malaysia Nampak Tua Sebelum Usia


Tua sebelum usia adalah perkara yang digeruni setiap orang terutama wanita. Memiliki rupa paras yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Namun ramai yang tidak sedar bahawa wajah mereka tampak lebih berusia berbanding usia. Teringat pula perbualan beberapa orang lelaki yang beratur di belakang saya semasa menunggu giliran membuang undi sewaktu PRU-13 yang lepas. Waktu itu, mereka baru lepas berbual dengan seorang rakan wanita mereka yang sarat mengandung anak kedua. Saya juga mengenali wanita itu. Kata salah seorang dari kumpulan lelaki tersebut wajah wanita di Malaysia nampak tua sebelum usia. Perubahan ini boleh dilihat selepas setahun dua berkahwin. Kenapa ya?

Lihat, lelaki pun boleh perasan perubahan ketara pada wajah wanita, bagaimana pula dengan diri sendiri? Adakah anda perasan akan perubahan ini? Apakah punca wajah wanita nampak lebih tua berbanding usia mereka? Jom kita lihat sedikit punca dan tips awet muda yang boleh saya kongsi.


Faktor Pemakanan

Nak sedap ke nak cantik???

Cuba perhatikan pemakanan harian kita. Adakah anda mengamalkan pemakanan yang seimbang? Jika makanan segera, burger dan ayam segera yang menjadi kegilaan anda, ubahlah dari sekarang. Kurangkan pengambilan makanan segera dan gantikan dengan ulam-ulaman, sayuran, buah-buahan dan ikan. Anda juga boleh tambahkan suplemen untuk membantu anda nampak lebih muda.

Faktor Gaya Hidup Sihat

Tips tampil lebih muda

Dalam seminggu berapa kali anda bersenam? Jika tiada, dalam sebulan pula berapa kali? Langsung tiada? Anda perlu ubah pola hidup. Luangkan sedikit masa untuk beriadah kerana ia dapat mengurangkan tekanan kerja mahupun rumah. Apabila tertekan, saraf dibahagian muka akan mengendur, menyebabkan kulit berkedut dan kusam. Amalan rohani juga penting. Jaga solat 5 waktu, lakukan juga solat-solat sunat seperti tahajud dan dhuha. Amalkan juga zikir terapi diri agar dapat menghadapi tekanan dengan baik.

Faktor Penjagaan Wajah

Cantik dan nampak lebih muda dengan Nutriwhite

Lambakan produk kecantikan di pasaran membuatkan kita ingin mencuba. Awas ye, kenalpasti dahulu jenis kulit sebelum mencuba kerana jika tidak sesuai boleh merosakkan kulit wajah. Penggunaan mekap yang terlalu lama memberi kesan wajah menjadi kusam dan kering. Kulit wajah yang kering menyebabkan seseorang nampak lebih tua dari usia. Mencuci muka terlalu kerap juga boleh menyebabkan wajah nampak lebih berusia.

Faktor Peribadi Diri

Jangan mengumpat sampai muncung mulut tue ye

Yang ini paling penting. Cuba perhatikan orang yang suka mengumpat, suka marah atau suka buka aib orang. Macam mana rupanya ye. Mesti nampak lebih berusia dari umur sebenar. Sebab apa? Allah tarik balik seri wajah orang bersikap mazmumah nie. Bak kata ustaz, muka cantik macam bidadari pun, perangainya pula suka mencaci atau mengumpat orang, Allah hilangkan seri wajah nya.

Jadi, sama-sama muhasabah diri dan perbetulkan mana yang kurang. Nak cantik luar, mesti lah kena cantik dari dalam juga.

Sedia membantu..sudi-sudilah hubungi saya ^_^



Saturday, November 08, 2014

Cara Mengatasi Anak Kerap Demam dan Selsema Di Taksa

Ibu bapa sering merungut apabila anak sering demam, selsema atau dijangkiti penyakit sejak tinggal di taska atau tempah pengasuh. Ini adalah perkara biasa. Tambahan pula sistem imun kanak-kanak tidak sekebal orang dewasa. Mereka mudah dijangkiti penyakit terutama penyakit yang mudah berjangkit. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kerap sakit. Semua ibu bapa inginkan anak mereka sihat dan cergas kan. 

Pengalaman saya menjaga anak saudara sejak umurnya baru seminggu sehingga hampir 7 bulan, anak saudara saya sukar untuk demam atau selsema. Kalau demam pun bila disuntik doktor. Namun sejak dia dihantar ke taska, boleh dikatakan setiap bulan dia sakit. Tak demam, selsema atau batuk. Pernah juga dijangkiti penyakit kuku dan mulut. Kesian pula. Tapi apakan daya, saya juga perlu menyambung pelajaran saya demi masa depan. Kakak dan suaminya sering merungut anaknya sering sakit. Dah tak tahu nak buat macam mana dah katanya. Walaupun sudah diberi penjagaan yang terbaik, namun apabila dihantar ke taska semula, pasti terdedah dengan jangkitan kanak-kanak lain. Apakan daya, faktor persekitaran pun memainkan peranan anak kerap sakit.

demam pun aktif

Sebagai ibu bapa yang prihatin, langkah pencegahan perlulah diambil bagi memastikan anak sentiasa sihat agar tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain di tempat pengasuh atau taska. Apalah salahnya melaburkan sedikit wang demi kesihatan anak. Sebelum itu, ibu bapa perlu sedar dan perlu tahu punca anak kerap sakit. Antara punca anak kerap sakit ialah pemakanan, persekitaran dan sistem imun yang lemah. Juga ketahui cara mengatasi masalah anak yang sering sakit.


  • PEMAKANAN - Elakkan makanan yang kurang bergizi seperti sosej, nugget dan makanan ringan. Jika diberi, berilah dalam kadar yang sedikit. Tambahkan juga suplemen agar si manja anda mendapat zat yang seimbang. Berikan Chewable Vitamin C dan Mealshakes untuk kesihatan optimum anak anda.
Sedap dikunyah


Menggantikan susu

  • PERSEKITARAN - Perhatikan botol susu anak anda. Adakah anda mencucinya dengan bersih? Dari pemerhatian saya, ramai ibu bapa yang mengambil mudah penjagaan botol susu. Ingin memberi anak khasita dari susu tapi dalam masa yang sama botol susu tercemar terutama di sekitar puting susu. Jika sibuk atau 'rajin' mencuci, rendam sahaja botol susu dengan Basic-H dan bilas keesokannya. Kebersihan dijamin suci.
Beza kan?


  • SISTEM IMUN - Sistem imunisasi yang lemah menyebabkan anak mudah dijangkiti penyakit. Sistem imun yang baik diperlukan untuk melawan jangkitan dan virus yang merebak dan menyerang anak anda. Oleh itu, bekalkan anak anda dengan nutriferon agar sistem imun anak anda dapat diperbaiki.


Apa kata ibu-ibu yang risau anak selalu sakit sejak tinggal di taska




Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mendapat suplemen shaklee? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.









Friday, November 07, 2014

Cara Merawat Demam Selsema Dengan Cepat dan Berkesan

Pernah tak pura-pura demam sebab nak ponteng kerja. Lepas tu pergi beli cuti sakit. Sekali kena demam betul-betul, baru lah rasa betapa nikmatnya cuti sakit kan..hehe.. Nikmat ke cuti sakit? Rasanya makin merana ada lah. Sebab tak selesa hidung berair, sengal-sengal sendi, sakit tekak dan menahan sakit. Biasa demam akan datang sekali dengan selsema dan batuk. Masa nie nak minta demam dan selsema cepat-cepat hilang. Ada juga yang demam sebab cuaca. Maklumlah sekarang cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan lebat..kan..Jadi, bagaimana nak hilangkan demam dengan cepat?

Tak nak demam...


Ada beberapa petua yang boleh dicuba. Antaranya:


  • Madu - berkesan menentang bakteria dan menghilangkan sakit tekak
  • Halia - dapat menghilangkan rasa panas dalam badan. Caranya bancuh halia dengan air limau dan minum.
  • Bawang putih - sebagai penentang bakteria dan virus kerana ada antioksidan. Sangat elok dimakan mentah.


Tapi sanggup ke nak makan bawang putih dengan halia ye? 

Tak suka petua tradisional kerana leceh? Cuba petua santai ini pula.

  • Dapatkan rehat yang mencukupi. Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan.
  • Minum air putih dengan banyak untuk sejukkan badan
  • Makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti buah sitrus (oren, strawberi dan kiwi)
  • Ambil semangkuk air panas dan sedut wap tersebut. Boleh legakan hidung yang tersumbat. Boleh juga berendam air panas di dalam tab mandi sambil sedut wap (jika ada)

Nak cara lagi senang hilangkan demam dengan cepat?

  • Amalkan minum Performance Drink dan rehat sebentar. Lepas itu anda akan rasa badan bertenaga kembali dan tak lemau.
  • Ambil juga Vitamin C untuk meningkatkan imun tubuh melawan jangkitan virus. 
  • Telan Garlic Complex Shaklee
  • Ambil Nutriferon 1 sachet, nganga mulut, tuang serbuk nutriferon ke dalam mulut. 
Set untuk Imun Tubuh

Hehe..Selamat mencuba.


Berminat ingin dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.


Wednesday, November 05, 2014

Punca Jerawat dalam Mata dan Petua Mengatasi Part I

Jerawat dalam mata? Ada ke jerawat tumbuh dalam mata? Hehe..sebenarnya jerawat mata adalah ketumbit atau bisul mata. Hari nie nak kongsi pasal ketumbit sebab si pengarangnya tengah derita ketumbit. Hari nie dah masuk hari keempat. Makin membesar je kurasakan...adehhh..Nak dipicit tak boleh sebab kat dalam kelopak mata. Biasa kena tepi-tepi kelopak mata, senang nak picit supaya tak melarat jadi makin besar. Ini kat dalam, kelopak mata, macam mana nak uruskan ye?

Ini lah rupa ketumbit atau jerawat dalam mata

Orang kata mata jadi ketumbit sebab mengintai orang. Betul ke? Nak mengintai siapa je ye kat rumah nie, duk seorang diri. Jadi, jom baca kenapa terjadinya ketumbit dan punca-puncanya.


Mengikut pandangan Prof Muhaya, ketumbit tiada kaitan dengan tabiat mengintai orang. Sebabnya ketumbit adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria membiak di akar bulu mata sebelum menjadi radang pada mata. Disebabkan sering sakit mata sejak kena sengat tebuan masa Tingkatan Dua sampai sekarang, pernah juga tanya doktor kenapa. Doktor cakap sebab bisa serangga tue menyebabkan mata nie selalu naik bisul. Alahaiiii....

Punca terjadinya ketumbit pula ada dua.

  1. Ketumbit yang disebabkan jangkitan kuman pada pangkal bulu mata
  2. Keradangan akibat kelenjar yang menghasilkan minyak kalazion (menentukan bulu mata kalis air) tersumbat.


Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor yang menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah:

  • Tekanan (mungkin juga sebab sekarang mudah stress)
  • Perubahan hormon
  • Menggunakan alat solek yang sama untuk jangka masa yang lama atau dijangkiti bakteria (yang ini bukan faktornya sebab tak suka pakai bersolek)
  • Diabetis
  • Kekurangan vitamin dalam badan (mungkin juga sebab sekarang banyak skip ambil vitamin dek sibuk melampau)
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan (kena periksa lemak nie tapi ada ke lemak berlebihan ye sebab kurus sangat nie)


Ketumbit tidak menjejaskan penglihatan tapi gejala ketumbit menyebabkan ketidakselesaan padaku. Rasa nak menangis pun ada sebab mata dah bengkak. Bila kelipkan mata, mesti seksa yang amat. Masa sujud dalam solat pula rasa nak tersembur biji mata nie. Jom ketahui gejala dan simpton ketumbit.

  • Mata berair
  • Mata terasa gatal terutama jika ada habuk (mungkin kena ketumbit sebab pergi rumah saudara ahad lepas. Memang alah sangat dengan habuk, lepas tue mata jadi gatal, bangun tidur esoknya lekat sebiji ketumbit nie haa)
  • Kelopak mata menjadi bengkak dan merah (memang dah jadi pun ^_^)
  • Mata menjadi sensitif kepada cahaya

Nenek pernah cakap kalau ada serangga kecil macam langau terbang sekitar muka dan mata, tandanya nak sakit mata. Betul ke? Selalu juga jadi macam nie..jangan percaya ye, kan jatuh syirik kecil pula.

Rawatan ketumbit:

Gunakan ubat antibiotik yang disarankan doktor. Jangan ambil ubat sembarangan kerana boleh membawa risiko yang lebih besar kepada penglihatan. Jangan guna ubat orang lain walaupun ubat sakit mata juga kerana dos yang disarankan doktor berlainan setiap orang. 

sumber dari google
Tapi sekarang dah tak nak guna ubat titik mata tue. Pengambilan yang kerap boleh menjejaskan penglihatan. Sekarang amalkan pengambilan vitamin C dan vitamin A (carotomax) dari shaklee. 

Vitamin C

Vitamin A
Tak larat dah nak mengadap lappy nie. Esok lah ye sambung Petua merawat ketumbit.