Tuesday, September 13, 2011

CiRi-ciRi SuAmi PiLihaN

Erm..terdetik rasa hati suara utk berkongsi sesuatu yg blh dijadikan panduan..topik kali ini suara ambil dari post di facebook kawan..So, suara nak share la skit ciri-ciri yg boleh dijadikan panduan yg terbaik..



1. KUAT AGAMANYA
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengalaman agamanya. Lihat sahaja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2. BAIK AKHLAKNYA
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah dibawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

3. TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

4. AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan sahaja si dia.

5. PEMURAH
Dia bukanlah kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. TIDAK LIAR MATANYA
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya, jawabnya dia bukanlah calon yang sesuai untuk kamu.

7. TERBATAS PERGAULAN
Sebagai lelaki, dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang. Tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. RAKAN PERGAULANNYA
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

9. BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. TENANG WAJAHNYA
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang waktu dia bercakap dan bertindak.