Tuesday, September 30, 2014

Atasi Kelemumur dan Rambut Gugur

Setiap orang impikan rambut yang sihat dan cantik. Tidak kira lelaki mahupun wanita pasti menjaga penampilan diri, terutama si teruna dan si dara. Penampilan yang kemas bermula dari rambut, terutama lelaki. Wanita yang bertudung juga lebih perlu menjaga kesihatan rambut kerana rambut yang sentiasa tertutup akan menyebabkan peluh terperangkap dan bercampur dengan minyak kepala dan terjadi kelemumur. 

Setiap orang pasti mengalami masalah kelemumur sehingga menyebabkan rambut gugur yang kronik. Namun ada sesetengah orang mengalami masalah kelemumur yang sukar diubati. Kelemumur merupakan proses normal kulit kepala. Sel kulit kepala akan saling berganti dari sel lama kepada sel baru, tapi bagi sesetengah sel mati lebih cepat dari masa yang sepatutnya. Punca sebenar tidak dapat dipastikan. Umumnya, dikaitkan dengan sejenis kulat atau fungus. Kulat ini tinggal di kepala dan mengakibatkan kelemumur. Bagi sesetengah orang ia tidak memberi sebarang masalah tapi akan menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur apabila terlalu banyak di kepala.

Biasanya kelemumur terjadi di peringkat dewasa. Lelaki lebih kerap mempunyai kelemumur. Ini kerana mempunyai kalenjar penghasilan minyak kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Kulit kepala dan rambut yang berminyak juga menjadi faktor pertumbuhan kelemumur. Kekurangan zink dan vitamin B juga menyebabkan kelemumur. Orang yang mempunyai masalah berkaitan neurologi juga berisiko mendapat kelemumur.

Kulit kepala yang kering dan berminyak sering menjadi punca kelemumur sekaligus akan menyebabkan kegatalan, berminyak, kulit menjadi merah dan berkuping. Kurang bersyampu dan sensitif pada bahan kimia yang terdapat dalam syampu rambut juga menyebabkan kelemumur. Masalah kulit seperti prosiasis dan ekzema juga salah satu punca kelemumur. Punca lain ialah stress, berlaku perubahan hormon dan masalah neurologi.

Umumnya kelemumur boleh diubati dengan bersyampu, tapi sesetengah orang perlukan rawatan alternatif untuk merawat kelemumur. Sebelum anda merujuk kepada pakar kulit, apakata rujuk dahulu pakar dari kamiSelamat mencuba dan selamat tinggal kelemumur ^__^



Friday, September 26, 2014

Atasi Masalah Kebas Tangan dan Kaki dengan Shaklee

Apa itu kebas?Kenapa terjadi?Bagaimana cara menghilangkan kerap kebas?

Haa..sebelum jawab apa itu kebas, ada tak sesiapa yang tak pernah alami kebas? Dan tak tahu langsung apa itu kebas. Rasa nya semua pernah mengalami rasa kebas. 

Kebas biasanya berlaku di sekitar tangan dan kaki. Seseorang akan mengalami kekurangan deria rasa dan sentuhan apabila diserang kebas. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Kebas akan berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa.

Kebas terjadi disebabkan oleh masalah peredaran darah yang tidak lancar, kekurangan vitamin dalam tubuh seperti vitamin B12, penghidap diabetis, hipotiroid, kesan sampingan ubat dan apabila berlaku kecederaan saraf seperti akibat kemalangan. 

Bagaimana merawat kebas?
Dengan mengamalkan beberapa vitamin dari shaklee, boleh membantu mengurangkan masalah kebas tangan dan kaki. Antaranya:

Ostematrix - berfungsi mengurangkan rasa kaki kejang
Alfalfa Comple - menurunkan keasidan dalam tubuh
Vitalea - mengimbangi nutrien dalam tubuh

dan beberapa jenis lagi mengikut bajet anda. Nak tahu? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana *SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308


Thursday, September 25, 2014

Rezeki di Shah Alam

Alhamdulillah....syukur.

Pagi semalam pergi temuduga, petangnya dah dapat tawaran kerja di situ. Pihak pengurusan yang call dengan suspen bagitahu "Bos dah berkenan kat awak. So, awak diterima." Pastu dia gelak-gelak. Lucu pun ada cara dia bagitahu tue.

Hrmm...memang rezeki ada menanti di sana. Baru pasang niat beberapa minggu lepas, tup tup rezeki dah menjemput. Di harap dapat menyesuaikan bidang tugas di tempat kerja baru nanti.

Bidang yang diceburi ini luas cabangnya. Mencuba sesuatu yang baru memang mencabar. Dah la orang yang menemuduga semalam cakap, "You are still young to join our team,. But you still can try. We are looking people like you. And if you can handle all, i will take over this branch to you." Memang betul lah katanya, sangat muda untuk orang seperti aku nak ceburi bidang nie. Tapi bila dah ada minat nie, tak salah kan mencuba. Bukan nama nya ika bila tak mencuba. Hahaaaa...

Lepas tue dia tanya apa kelebihan yang ada bila dah ceburi bidang nie nanti. Dengan yakinnya, jawab dengan selamba step demi step. Lepas tu disuruhnya aku mendaftar dengan 'Lembaga' cepat-cepat. Motifnya nak suruh take over branch. Perghhh...nampak tak kat situ dia punya plan. Tapi apa pun, kena buktikan dahulu la dalam masa 3 bulan pertama. Diharap semua berjalan dengan lancar.

Tapi part yang terbaik, cerita juga pasal jadi pengedar shaklee nie. Mungkin ini juga satu kelebihan kenapa aku terpilih. Dengan Shaklee pun boleh buat kita berada di tempat teratas dalam senarai calon yang layak untuk diambil bekerja tau!!! Bertuah bersama shaklee nie. Boleh rujuk di SINI


Bila nampak peluang yang menanti, semangat sangat nak teruskan. Kena kerja keras untuk capai impian tue. Mana tahu suatu hari nanti, nama ini akan mencipta sejarah. Poyosss nya...

Motif
#gembira dapat peluang masuk bidang yang diminati walaupun sebenarnya dari segi keputusan lebih menyerlah berkenaan kira-kira#
#Akan mula sibuk selesaikan tugasan sebelum berhenti#


Set Kurus Shaklee Bohong

"...Kau jual shaklee ke?"
"...Elok ke? Aku makan tak jadi pun..."

Ada segelintir pengguna shaklee yang potpet-potpet shaklee tak bagus pun.  Kenapa ada golongan yang berkata begitu? Namun ramai yang mencuba shaklee berjaya mencapai objektif mereka bersama shaklee.

Hasil pemerhatian saya, ada beberapa sebab mengapa mereka berkata begitu.

DISIPLIN sangat penting untuk mencapai matlamat. Contohnya, kenapa ambil set kurus? Sebab nak kurus lah kan. Bila tidak disiplin dalam pengambilan supplement shaklee, bagaimana anda boleh berjaya untuk kurus?

Disiplin dalam pengambilan air putih
Air putih diperlukan untuk membantu proses fungsi supplement yang anda ambil. Untuk kurus, air diperlukan untuk melancarkan proses detox. Ada yang merungut kena berulang alik ke tandas sebab banyak minum air putih. Kekurangan air putih juga boleh mengundang pelbagai penyakit. Bagaimana nak tahu air dalam badan mencukupi dengan kita? Bila kencing, air kencing putih dan tak berbau tanda kita mengambil air putih dengan cukup. Atau 25kg untuk 1 liter. Haa kira lah sendiri dengan berat ye.

Diet harian
Nak kurus tapi makan macam tak makan seharian. Apa boleh kata bila begini? Seharusnya bila nak kurus, pastikan kita mengawal jumlah makanan yang diambil. Makan dengan kuantiti yang sedikit.

Senaman
Makan kerap tapi tak bersenam. Ini adalah formula yang salah. Anda seolah-olah mendera tubuh anda sendiri. Senaman diperlukan bagi membantu pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma. Jangan malas untuk bersenam.

Tanpa disiplin, jangan lah nak berangan dapat kurus ye....

Antara supplement untuk diet dan menurunkan berat badan ialah:


Lecithin - memecahkan lemak dan membantu mengurangkan berat badan. Juga berfungsi menurunkan paras kolestrol.

Alfalfa - Sebagai detox. Membuang toksin dan merendahkan kolestrol dalam badan.

Herb-Lax - Memudahkan fungsi usus dan merawat sembelit.

Omega Guard - Mengurangkan kolestrol, membakar lemak dan mengawal selera makan.


Tapi bagi yang ada bajet lebih, boleh ditambah dengan ESP atau  Energizing Soy Protien yang memberikan rasa kenyang dan tenaga yang lebih lama. Juga ditambah dengan Cinch Shake Mix yang berfungsi membakar lemak, mengurangkan berat badan dan membina otot.


Ramai yang dah berjaya turunkan berat badan dengan set kurus shaklee. Yang penting disiplin diri untuk kurus dan sentiasa bersemangat serta konsisten dengan shaklee. 

Berminat? Hubungi saya untuk pertanyaan atau tempaahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Wednesday, September 24, 2014

Temuduga oh Temuduga

Malasnya bila nak kena hadir temuduga.

Tengahari tadi dapat call untuk satu temuduga di Taman Tun Dr Ismail a.k.a TTDI. Esok pagi temuduga. Minta dibuat hari lain, katanya bos outstation. Terpaksa cabut pagi-pagi esok. Apa-apa persediaan pun tak buat nie..hehe.. Tapi sempat lagi buat entri. ngeeeeeee...

Musykil juga bila dapat panggilan dari syarikat tue. Dah lama tak isi jawatan kosong. Tahun lepas pernah laa minta kerja kat situ, tapi syarikat tue tak nak lak ambil. Kali ini dipanggil lagi sekali. Hrmmm, ada hikmah nie. Mudah-mudahan

Lepas asar tadi, tiba-tiba teringat pernah update status di Facebook awal bulan September, kononnya nak jadi ejen hartanah satu hari nanti dan dalam perancangan tak lama lagi. Mungkin ini sebagai batu loncatan untuk mencapai impian tue. Jawatan yang ditawarkan untuk esok tak ada lah gempak pun. Tapi tak apa, cuba dulu, mana lah tahu ada rezeki Allah nak bagi kat syarikat tue plak kan. 

Esok pagi-pagi dah nak kena keluar rumah. Biasa nak pegi kerja jam 8 lebih baru mandi. Hehe.. bahagia sangat kan....Tapi esok subuh dah kena mandi. Malas betul.

Oklah. Kena tidur awal nie, selamat malam.

Doakan ye. 

Tuesday, September 23, 2014

Glukosamin Untuk Sakit Sendi

"Salah seorang keluarga saya mengalami sakit sendi lutut dan telah berjumpa dengan doktor. Doktor menasihati saya mencari supplement glukosamin di pasaran. Puas saya mencari di pasaran tapi tidak jumpa. Awak ada jual tak glukosamin?"

Semestinya Shaklee ada glukosamin untuk orang yang menderita osteoartritis!!! Advance Joint Health Complex sangat sesuai untuk pesakit sendi.


Advance Joint Health Complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari. Advance Joint Health Complex dihasilkan dari sumber sayuran berbanding kebanyakan glukosamin yang dihasilkan dari kerang.

Apa itu Glukosamin?
Glukosamin adalah sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekal pelinciran. Pelbagai kajian telah dibuat menunjukkan glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti. 

Sendi yang stress
Kesan berterusan, kerja terlalu kuat, haus, dan lusuh biasa pada sendi:
1. Rawan menjadi lemah dan rapuh
2. Tisu penghubung sekeliling terurai
3. Geseran berlaku di antara tulang-tulang, yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan dan pergerakan yang terhad.

Sendi yang sihat
Advanced Joint Health Complex membantu sendi sihat dalam 3 cara:
1. Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan - cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan merkea bergerka lebih bebas.
2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zink, kuprum, maganase, dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi
3. Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.



Manfaatnya:
1. Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari
2. Keselesaan sendi hampir 28% lebih cepat dari yang didakwa oleh Oste Bi-Flex
3. 45% lebih berkesan meningkatkan keselesaan sendi dari Oste Bi-Flex

Berminat? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana *SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Marriage between Muslim and non Muslim

Tiba-tiba entri tentang perkahwinan. Hahahaaa..

Sebenarnya nak cerita kisah selepas pertemuan dengan pelanggan tempat kerja. Ia bermula dengan persoalan pemakaian purdah. Makin lama berbual, makin banyak yang dibincangkan sehingga tajuk berkenaan perkahwinan.

Besar betul tanggungjawab hari ini. Ini lah yang dikatakan dakwah. Walaupun kecil namun diharap ia sebagai satu usaha menarik minat orang bukan Islam mengenali Islam.

Bukan senang untuk menerangkan hukum hakam Islam. Setiap perkataan dan tutur kata perlu berhikmah.

Bila dah masuk bab perkahwinan, banyak pula persoalan yang diberi. Rasa sangat berat untuk menjawab. Bimbang tersalah. Maklumlah, tuan yang menjawab pun belum berkahwin, mana nak ambil berat sangat hal-hal perkahwinan nie. Tambahan pula, perkahwinan antara non muslim dengan muslim. Tak terfikir akan berhadapan dengan situasi ini. Hampir 2 jam!!! Bukan masa yang singkat.

Antara soalan yang diajukan
"would you marry a non muslim one day in the future?What if the man's first wife is non muslim, and the same man marry muslim women?Can you marry a non muslim and he does not need to convert into muslim?Is this marriage possible in Malaysia?"

Atau lebih kurang maksudnya
"Adakah saya akan mengahwini lelaki non muslim suatu hari nanti?""Bagaimana jika lelaki non muslim itu sudah mempunyai isteri non muslim dan berkahwin dengan wanita muslim?""Boleh ke berkahwin dengan wanita muslim jika lelaki non muslim tidak memeluk Islam?""Adakah perkahwinan ini dibenarkan di Malaysia?"

dan banyak lagi la soalannya. Tak tertulis pula rasa nya.

Ini pula jawapannya.
KUALA LUMPUR, Sept 27 — Any marriage between a Muslim and a non-Muslim is disallowed and is not recognised in this country and action can be taken by the state Islamic religious authorities, said Malaysian Islamic Development Department (Jakim) director-general Datuk Othman Mustapha.
He said Islamic family laws state no Muslim man can marry a non-Muslim woman and no Muslim woman can marry a non-Muslim man.
“A marriage between spouses of different religions is completed prohibited and against the principle of beliefs of the Shafie sect (Ahli Sunnah Wal Jamaah) in Malaysia,” he said in a statement here today. 
He was commenting on a Universiti Malaya study on the issue of liberalism in Muslim marriages with non-Muslim spouses not having to convert from their religions.  
Two days ago, Universiti Malaya Academy of Islamic Studies, Department of Akidah and Islamic Thought Associate Prof Dr Khadijah Hambali told religious authorities in the country to carry out specific measures to curb the phenomenon. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/marriage-between-muslim-and-non-muslim-illegal-says-jakim#sthash.arc7mKmO.dpuf


Sedaya mungkin cuba menjawab dengan berhemah. Bila diberitahu dalam Al-Quran pun tidak membenarkan, barulah dia akur. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 221.

Tanpa bantuan dari Allah tidak mungkin dapat menghadapi situasi berhadapan dengan perkara seperti ini. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya hati dan minda ini mencari jawapan dan menjawab setiap pertanyaan dia.

Situasi ini menyedarkan diri ini tentang kepentingan sebagai hamba Allah. Setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Besar amanah dan tanggungjawab yang Allah beri, namun sejauh mana kita laksanakan?

Allahuakbar...terima kasih kerana memberikan diri ini satu pengalaman yang cukup bermakna. Tak terlintas langsung!!!

#motif#
Hilang idea nak buat entri shaklee. Teringat-ingat situasi tadi.

Moga dia diberi hidayah memeluk Islam

Saturday, September 20, 2014

10 Langkah Menjemput Rezeki

Setiap manusia ingin menjadi kaya, mempunyai rezeki yang banyak dan halal. Demi mendapatkan harta yang banyak, ada manusia yang sanggup menghalalkan apa jua cara. Islam menganjurkan kita bertebaran mencari rezeki di muka bumi Allah ini. 

Islam juga meletakkan beberapa panduan untuk menjemput rezeki. Antaranya

1. Bertakwa
Allah swt berfirman dalam surah Al-Talaq ayat 2-3. barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan bukakan jalan keluar baginya dan Allah akan memberi rezeki yang tak disangka-sangka oleh kita. Allah juga berjanji, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, akan dicukupkan (keperluan) baginya. Subhanallah, besar janji Allah kan.

2. Bertawakal
Nabi Muhammad saw bersabda, sekiranya kita bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, Allah akan kurniakan kita rezeki seperti burung diberi makan. Burung kan pagi-pagi carri makanan sebab lapar, bila pulang ke sangkar di petang harinya dalam keadaan kenyang. Dalam maksud nie ye. Fikirkan...
(hadis riwayat:Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim dari Umar bin Khattab r.a)

3. Melaksanakan Solat Dhuha
Dari hadis riwayat Hakim dan Tabrani, Allah swt pesan kat kita jangan malas lakukan solat dhuha 4 rakat di permulaan hari sebab Allah dah janji akan cukupkan keperluan pada petangnya.

4. Banyakkan Istighfar
Dengan perbanyakkan istighfar (memohon ampun), Allah janji akan berikan jalan keluar atas kesedihan, kelapangan untuk setiap kesempitan dan Allah akan beri rezeki yang halal dari arah yang tak disangka-sangka.

5. Hubungan Persahabatan
Bila dah senang, jangan lupa orang sekeliling. Jangan lupa eratkan silaturrahim.

6 Bersedekah
Bersedekah bukan akan mengurangkan harta atau rezeki yang ada, malah akan bertambah. Jangan takut untuk bersedekah dan menolong orang yang lemah.

7. Berbuat Kebaikan
Orang yang berbuat kebaikan akan diberi ganjaran, manakala orang yang berbuat kejahatan akan dihukum. Perbuatan yang baik akan diberi rezeki di dunia dan pahala di akhirat.

8. Berniaga
Nabi pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki adalah dengan berniaga.(HR Ahmad). Ia juga sunnah Rasulullah.

9. Bangun Pagi
Allah berikan rezeki setiap harinya pada waktu antara bermulanya subuh hingga terbit matahari. Amalkan bangun pagi.

10. Bersyukur
Jika kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah beri, Allah pasti akan menambahkan lagi nikmat kepada kita (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk sahut 10 langkah di atas, apa kata join bersama kami sebagai ahli shaklee dan berpeluang menjadi pengedar. Bagaimana?

Hanya bermodalkan rm75 (semenanjung Malaysia) atau rm85 (Sabah/Sarawak)

ATAU

Beli mana-mana produk shaklee bernilai RM650 untuk 1 resit

Nak beli apa sampai rm650?
*Cadangan : Beli vivix 2 botol @ Kolagen shaklee 3 kotak. Dengan syarat dalam satu resit.

Hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli. Terpulang ingin mendaftar dengan belian rm650 dalam satu resit atau bayaran pendaftaran rm75

Panduan dah ada, jom kita sama-sama cuba ikut langkah di atas. Pertolongan dan janji Allah pasti ada bagi mereka yang yakin dan berusaha. 

Farhana * SID 1165794
sms/whatsapp/telegram 014-8216308

Thursday, September 18, 2014

Oren Sumber Vitamin C Terbaik :: Sustained Release Vita-C 500mg

Siapa yang tak kenal buah oren kan? Ke ada juga pembaca yang tak tahu buah oren nie? Kira kes berat tue. Huhuuu. Meh nak tunjuk bagaimana rupa nya buah oren nie.


Khasiat buah oren yang terkenal dengan kecantikan memang tidak dapat disangkal lagi. Tambahan pula, rasanya yang masam-masam manis dan buah yang menarik sememangnya menggoda sesiapa yang melihatnya.

Antara manfaat vitamin C dalam buah oren:

ANTIOKSIDAN
Vitamin C merupakan vitamin larut air. Vitamin C membantu proses pembentukan kolagen dalam tubuh. Sumber terbaik vitamin C adalah dari buah oren.

MENCANTIKKAN KULIT
Vitamin C juga untuk kecantikan kulit. Siapa yang mahukan kulit cantik, gebu dan mulus, amat sesuai mengamalkan vitamin C, terutama dari buah oren. Selain kecantikkan, ia juga bermanfaat untuk kesihatan. Vitamin C melindungi kulit daripada radikal bebas dan memelihara sel-sel kulit.

DIET YANG SESUAI
Bagi yang ingin menurunkan berat badan, amat sesuai memakan buah oren kerana membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Sebiji oren mengandungi serat sebanyak 30g.

RENDAH KALORI
Selain sesuai untuk diet, ia juga rendah kalori (60-80 kcal) untuk sebiji oren bersaiz sederhana. Sebiji oren mengandungi karbohidrat, fosforus, magnesium vitamin B6, iron, riboflavin dan asid pantotenik.

MEMELIHARA JANTUNG
Penyerapan vitamin C yang tinggi mampu mencegah lemak jahat (LDL) meningkat dalam tubuh yang merupakan penyebab penyakit jantung.


Banyak kan khasiat vitamin C dari buah oren. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Namun mampukah untuk mengambil buah oren setiap hari untuk mendapatkan khasiat vitamin C? 

Dengan memilih Sustained Release Vita C 500mg, tidak perlu risau dengan jumlah vitamin C yang diperlukan setiap hari. Hanya 2 kali sehari , 2 tablet setiap kali selepas makan. Mudah kan? Apa tunggu lagi, moh order dari saya.


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Wednesday, September 17, 2014

Kenali Kedudukan Jerawat dan Tips Cantik

Setiap orang inginkan kulit yang cantik dan licin. Perkara yang paling ditakuti adalah jerawat. Tahu tak sebenarnya jerawat yang tumbuh di anggota badan menandakan badan anda bermasalah. Jom kenali kenapa jerawat tumbuh di kawasan tertentu.


Dah tengok face mapping kat atas? Tak faham? Meh nak terangkan satu persatu

Sekitar dahi
Menandakan peredaran darah kurang baik, mengalami tekanan hidup dan tidur yang tidak mencukupi.

Sekitar kening
Menandakan ada masalah berkaitan jantung.

Sekitar mata
Menandakan hati tidak berfungsi dengan baik

Sekitar hidung
Menandakan sistem penghadaman yang lemah. Jerawat di batang hidung mungkin disebabkan tulang belakang bermasalah. Di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan gangguan sistem penghadaman. Di salah satu hujung hidung pula dikatakan gangguan kesuburan ovari atau sistem reproduksi.

Sekitar pipi kiri
Menandakan gangguan fungsi hati yang kurang lancar yang mengakibatkan masalah menyahtoksin atau detoks lemah dan masalah penghasilan darah.

Sekitar pipi kanan
Menandakan fungsi paru-paru yang lemah. Juga tanda awal selsema

Sekitar dagu
Menandakan fungsi buah pinggang lemah, masalah hormon wanita atau sistem peranakan bermasalah.

Sekitar mulut
Mengalami sembelit

Sekitar badan (belakang dan depan)
Menandakan sistem pencernaan yang bermasalah seperti sembelit

Sekarang dah faham kenapa jerawat tumbuh di tempat tertentu kan. Bila dah kenali punca jerawat tumbuh, mudahlah untuk ubati masalah jerawat. Merawat dari luar sahaja tidak memadai. Ada orang boleh hilangkan jerawat dengan produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Namun tidak semua orang mengalami masalah yang sama. Punca pun sudah kita ketahui berbeza. 

Oleh itu, anda boleh mencuba set jerawat shaklee. 

Bagi yang mengalami masalah hormon, perlu lah menstabilkan dahulu hormon yang menyebabkan jerawat tumbuh dengan GLA COMPLEX shaklee.



Juga boleh mengambil set detox.


Dan saat yang dinanti-nanti iaitu, untuk nampak cantik berseri, perlulah mengamalkan set bajet untuk cantik dari shaklee.



Juga boleh diambil bersama set kecantikan nutriwhite shaklee.


Berminat? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Monday, September 15, 2014

Kepentingan Zinc pada Tubuh

Zinc merupakan salah satu mineral penting dalam tubuh manusia. Namun ramai yang mengabaikan kepentingan zinc. Kekurangan zinc menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.

Kenapa zinc penting?
Zinc penting dalam memastikan seseorang mendapat kesihatan yang baik, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sebagainya.


Antara kekurangan dan manfaat Zinc:

Pemyembuhan luka
~ Luka lambat sembuh jika sel yang rosak atau musnah tidak dapat diproses dan diganti baru. Penyembuhan luka akan berlaku dengan cepat jika tubuh dapat membina sel baru menggantikan sel yang telah rosak dan musnah. Zinc membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan, iritasi kulit serta luka luaran dan dalaman.

Kemandulan dan Kesuburan
~ Kekurangan Zinc terutama pada lelaki mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, kiraan sperma yang rendah dan pelbagai masalah prostat. Zinc dapat membantu mengatasi masalah prostat, kemampuan seks yang bertenaga untuk lelaki dan membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanan wanita.


Deria rasa dan bau
~ kekurangan Zinc menyebabkan deria rasa dan bau kurang berbanding orang yang normal. Ia mengubah kandungan air liur dalam mulut seseorang. Zinc diperlukan untuk mengekalkan deria bau dan sensitiviti (rasa dan bau) yang sihat.

Jerawat
~ kulit muka yang berminyak menyebabkan jerawat mudah terhasil. Ini kerana sistem imun yang kurang menyebabkan bakteria mudah menyerang dan membiak menghasilkan jerawat yang banyak. Kandungan Zinc yang mencukupi dalam tubuh dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.


Pertumbuhan rambut dan kuku
~ Zinc diperlukan dalam penghasilan keratin untuk memastikan kuku dan kulit sihat dan tidak rapuh. Kekurangan Zinc mengakibatkan rambut gugur, cepat menipis dan beruban. 


Tanda kekurangan Zinc
~ Hilang selera makan
~ Tekanan perasaan
~ Rambut gugur
~ Cirit-birit

Zinc boleh didapati dari sumber makanan seperti:
~ tiram
~ gandum
~ kuaci
~ coklat hitam
~ kacang tanah
~ daging
~ biji labu


Namun berapa ramai yang boleh konsisten mengamalkan makan dari sumber makanan?

Dengan Zinc Shaklee, tak perlu bersusah payah kerana sudah tersedia dalam bentuk tablet. Bagi yang mengalami masalah kekurangan zinc, disarankan mengambil zinc shaklee sebagai makanan tambahan. Namun perlu diingatkan bahawa orang yang sihat tidak boleh mengambil melebihi yang disarankan.


Berminat? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan atau tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308


Adab Bangun Tidur

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang mendapat pinjaman nyawa hari ini.

Tapi bagaimana kita lahirkan rasa syukur itu?

Sini ada beberapa adab bangun tidur yang boleh dilakukan. Moga setiap perbuatan kita dari bangun tidur sehingga bangun tidur dikira ibadah, agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.


Moga beroleh barakah bagi yang mengamalkannya

#credit gambar http://mfrstudio.blogspot.com/

Adab sebelum tidur

Sebelum tidur, jom amalkan adab-adab ini. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Niat mengamalkan pun dah dapat pahala, apatah lagi bila kita betul-betul amalkan. Jom sama-sama kita jadikan tidur kita sebagai ibadah



7 Sunnah Rasulullah SAW

"Barangsiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW pada zaman kerosakan ummat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

Ada beberapa sunnah Rasulullah SAW yang dijadikan amalan harian Baginda SAW. Jom kita tengok satu persatu agar menjadi ikutan.

SOLAT TAHAJJUD
- kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

MEMBACA AL-QURAN
- sebelum melihat dunia, lihatlah dahulu al-Quran dengan membaca dan memahaminya

JANGAN TINGGALKAN MASJID
- Bagi orang lelaki, bersolah lah di masjid kerana masjid adalah tempat barakah

SOLAT DHUHA
- solat dhuha adalah kunci rezeki. 

SEDEKAH
- Allah menyukai orang yang sentiasa bersedekah.

JAGA WUDHU'
- Allah menyayangi orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhu'.




Saturday, September 13, 2014

Merawat Gastrik Dengan Cepat dan Berkesan!!!

Gastrik hilang tak sampai 5 minit!!!!

Ini pengalaman sendiri. Sangat teruja dan excited. Saya mengalami gastrik bukan sebulan dua, tapi bertahun-tahun. Dah 10 tahun!!! Wow, baru ku kira tempohnya. Hahaa.. 

Semalam balik kerja dah lewat. Bila balik nak kena masak dulu. Jadinya waktu makan malam dah berubah. Perut dah meminta untuk makan. Dah biasa ajar makan sebelum jam 9 malam. Semalam makan jam 10 lebih. Apa lagi, perut dah marah, gastrik pun menyerang. Pedih betul perut nie.

Lepas makan saya bancuh ESP. Sebabnya tak sempat nak bancuh masa sarapan pagi. Masa tue perut dah sakit kena gastrik walaupun dah makan. Tak sangka lepas minum ESP, tak sampai 5 minit, rasa pedih ulu hati yang teramat sangat hilang. SubhanaAllah. Tak disangka ESP dapat hilangkan gastrik tanpa perlu ubat gastrik dan hanya dalam beberapa minit.

Dengan metabolisma badan yang tinggi dan cepat lapar, sangat mudah nak kena gastrik setiap hari. Bila dah kena gastrik, kerja apa pun tak boleh buat. Sebabnya duk menahan sakit je. Hanya orang yang biasa kena gastrik yang memahami. Sesetengah orang sampai mengganggu ibadah dan tak boleh puasa (bulan Ramadhan).

Dalam tempoh masa 10 tahun menghidap gastrik, bermacam ubat dan cara dah nak hilangkan gastrik. Biasanya bila gastrik, mesti kena baring dan sapu minyak angin. Kalau tak, kena makan ubat angin yang warna putih tue. Sangat tak suka!!! Tapi baring memang wajib sebab nak lega kan pedih ulu hati. Tapi semalam, tak perlu baring dan sapu minyak angin dah. Syukur Alhamdulillah. Jom kenali punca gastrik.


Punca gastrik macam-macam. Antaranya

  • Makanan pedas - tak pedas tak sedap kan. Kadang-kadang makan jugak yang pedas..hehe..Perut alah dengan pedas sebab merangsang perut merembes jus gastrik. 
  • Makanan masam -  nak kata suka sangat, tak jugak. Tapi kadang-kadang teringin jugak makan. Orang yang gemar makan masam, perutnya cepat menipis akibat hakisan asid hidroklorik.
  • Makanan berminyak - makanan yang berminyak susah dicerna oleh perut dan berada dalam perut lebih lama. Ia merangsang perut merembes jus gastrik. Tapi tak suka pun makanan berminyak pun selalu jugak kena gastrik.
  • Minuman berkafein - Banyak minum teh dan kopi merangsang perut lebih aktif.
  • Tekanan - Bila tertekan, macam-macam penyakit boleh terjadi, antaranya gastrik.
  • Perokok

Nak tahu apa tanda-tanda bila kena gastrik?
  • sakit perut
  • senak
  • perut berangin dan kerap sendawa
  • kerap kentut (buang angin)
  • loya dan rasa nak muntah
  • hilang selera makan 
  • berat badan menurut (tahap teruk)

Bila dah gastrik, rawatannya ubat. Pengambilan ubat dalam jangka masa yang lama memberi kesan sampingan. Bahaya kan...Tapi sekarang saya tak perlu risau lagi. Dengan ESP, saya boleh merawat gastrik saya tanpa ubat. ESP berfungsi meneutralkan kandungan asid dalam perut, kerana ESP mengandungi soya yang bersifat alkali. Asid + Alkali = Neutral..hehe..

Boleh baca kelebihan ESP di SINI

Selain tue, boleh juga ambil set gastrik
B-complex - Mengawal tekanan yang menyebabkan gastrik
Ostematrix - Berfungsi seperti ESP
Peppermint Ginger Plus - Mengandungi halia yang berfungsi melegakan angin dalam perut, senak, dan rasa sebu dalam perut.

Berminat dapatkan ESP sebagai makanan tambahan dan merawat gastrik, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Thursday, September 11, 2014

Hiperhidrosis? Kenali Punca dan Rawatan

Hiperhidrosis? Tak pernah dengar pun. Meh nak cerita.

Sebenarnya, hiperhidrosis juga dikenali sebagai pelu berlebihan. Ramai yang tak tahu sebenarnya ia adalah satu penyakit. Saya juga punya kawan yang hiperhidrosis. Katanya biasalah sebab cemas atau takut. Memang kita akan berpeluh bila takut atau gementar Tapi bagi penghidap penyakit ini, peluh yang terhasil adalah berlebihan dari biasa. Walaupun hiperhidrosis tidak berbahaya tetapi ia memberi impak psikologi. Mereka mudah mengalami tekanan kerana malu untuk bersosial dan lebih suka menyendiri.

Hiperhidrosis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun perempuan, tidak kira tua atau muda. Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup. Bahaya juga kan pada kesan mental.

Puncanya?
Punca hiperhidrosis terbahagi kepada iaitu sebab yang tidak diketahui (primer) dan juga disebabkan penyakit seperti kencing manis, batuk kering, berat badan berlebihan, ibu hamil dan warga tua. Namun punca utama tidak dapat dikenalpasti. Kajian awal didapati disebabkan kalenjar peluh. Kebiasaannya menyerang di tapak tangan dan kaki. Aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberi rangsangan kepada kalenjar peluh yang normal. Hiperhidrosis juga boleh diwarisi.

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama tubuh iaitu:
- muka
- tapak tangan
- kaki
- ketiak

Kesan Hiperhidrosis
- Kurang keyakinan diri
- Mengalami tekanan
- Masalah dalam hubungan intim

Rawatan 
- Ubat anti peluh (ada kesan sampingan)
- Ubat makan yang mengandungi anti kolinergik (ada kesan sampingan)
- Suntikan Botox atau Botulinum
- Kaedah pengionan
- Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS)

sumber http://blackrosehunter.blogspot.com/2010/12/hiperhidrosis.html

Apesal rawatannya ada kesan sampingan? Haa, apa kata cuba rawatan secara semulajadi lak. Bagaimana tue? 

Vitamin B
- Vitamin B membantu mengurangkan peluh. Ia membantu menyingkirkan sisa toksin darah dan dicerna melalui perkumuhan iaitu air kencing. Badan yang banyak toksik mudah berpeluh kerana badan akan cuba merembes toksin melalui peluh. Bila sistem dalaman tubuh berfungsi dengan baik, badan akan kurang berpeluh. Selain itu, boleh makan makanan yang mengandungi vitamin B ialah pisang, telur, kacang dan sayuran hijau.

Vitamin C
- Vitamin C membantu menyahkan toksin dalam tubuh dan sekaligus meningkatkan sistem imun dan membantu melawan penyakit. Juga boleh makan buah-buahan sitrus.

Ostematrix
- Kalsium dan magnesium membantu mengurangkan peluh. Kekurangan salah satu vitamin ini akan menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan. Boleh didapati melalui lobak merah, susu, sayuran hijau dan ikan.

Zinc Complex
- Zink membantu mengekalkan sistem adrenal biasa dan meningkatkan metabolisma.

Berminat? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Wednesday, September 10, 2014

Stress Rambut Gugur!!!!

Masalah keguguran rambut bukanlah masalah baru. Lelaki mahupun wanita sering mengalami keguguran rambut, serius atau tidak bergantung kepada keadaan individu tersebut. Saya sendiri mengalami masalah ini sejak sekolah. Rambut dijaga rapi, pelbagai petua tardisional dicuba, pelbagai syampu dibeli, namun sangat menghampakan. Makin lama makin menipis. Nak kongsi petua tradisional yang pernah dicuba.

Limau Nipis atau Limau Purut
Orang tua-tua dulu guna limau-limau nie je nak cantikkan rambut dan elakkan rambut gugur. Ia juga digunakan untuk menghalang dan merawat kelemumur. Caranya, perah dan lumurkan air limau nipis atau limau purut ke kulit kepala dan rambut. Biarkan seketika dan bilas. Saya buat selang sehari.
Tapi tak berhasil sangat laaa..sobsss3...sedihnya..

Pastu cuba guna lendir pokok lidah buaya. Sanggup pergi mintak dengan jiran yang ada pokok nie. Caranya, buang bahagian berduri lidah buaya, belah dua dan sapukan ke rambut. Amalkan selalu.
Orang cakap boleh cantikkan rambut. Tapi saya buat tak menjadi pun. Abis togel pokok jiran asyik mintak je...haha

Tanpa putus asa, cuba lagi petua guna daun bunga raya. Ramas daun bunga raya dalam air dan guna air tue sapu kat rambut. Tapi tak lama. Malas nak pi kutip daun hari-hari.

Dalam masa yang sama, cuba jugak syampu-syampu di pasaran. Kemain lagi terpengaruh dengan iklan di tv macam dove, sunsilk, pantene, safi. Semua dah cuba. Syampu kat cosway pun dah cuba, makin teruk je..huk3..


Lain orang lain kesannya. Mungkin ada yang mencuba dan berjaya. Tahniah. Tapi yang tak berhasil, mesti stress kan sebab hari-hari nampak rambut gugur banyak kat lantai. Apa kata cuba shaklee plak. Rambut gugur nie disebabkan masalah dari dalaman tubuh. 

Shaklee ada menawarkan beberapa jenis vitamin yang sesuai untuk masalah rambut gugur. Jom tengok set untuk rambut gugur.


Kenapa Set ini?Sebabnya
Zinc Complex - merawat rambut rosak, rapuh dan bercabang
ESP - Merawat rambut rapun dah bercabang
Vita Lea - Untuk mengatasi kekurangan zat besi

Selain itu, boleh menggunakan set rawatan rambut Prosante Shaklee iaitu Revatilizing Shampoo, Lightweight Conditioner dan Nourishing Scalp.

Selain itu, jika ada peruntukan yang lebih, boleh juga ambil GLA Complex dan B Complex
GLA Complex - untuk menstabilkan paras hormon dalam badan
B Complex - Membantu masalah peredaran darah terutamanya dibahagian kepala.

Berminat mencuba dan ingin mendapatkan set rawatan rambut nie? Boleh hubungi saya

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308