Thursday, July 21, 2011

Khasiat Ikan

Disebabkan family suara penggemar ikan..so..suara rasa nak tulis stu entry berkaitan khasiat ikan.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa ikan mengandungi protein yg berkualiti tinggi. Protein di dlm ikan terdiri drpd asid-amino yg diperlukan tubuh utk pertumbuhan. Protein ikan amat mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Selain itu, pelbagai vitamin turut terdapat di dlm ikan termasuk vitamin A, D, thiamin, riboflavin dan niacin. Ada 2 kumpulan vitamin iaitu vitamin yg larut dlm air dan juga dlm lemak. Vitamin yg larut dalam air terdapat dlm ikan yg tergolong dalam kelompok vitamin B iaitu B6, B12, biotin dan niacin dan banyak terdapat dalam ikan yg dagingnya berwarna gelap. Jumlah vitamin B dalam isi ikan yg berwarna putih hampir sama banyak dgn jumlah vitamin dlm daging lembu atau ayam.

Antara khasiat lain :
1. Asma : anak yg mkn ikan berpotensi tidak diserang penyakit
2. Otak dan Mata : ikan kaya dgn lemak omega 3 yg membantu dlm hubungan otak dan retina
3. Kanser : lemak omega 3 paada ikan dpt mengurangi penyakit kanser sehingga 30-50% spt usus, payudara dan prostat.
4. Penyakit kardiiovaskular : mkn ikan setiap minggu dpt mengurangi penyakit jantung dan stroke akibat    pembekuan darah dan mengurangi peradangan, menurunkan tekanan darah, menurunkan lemak darah dan meningkatkan kolestrol baik.
7. Diabetes : ikan dpt membantu penderita diabetes mengelola kadar gula dlm darah.
sumber : sciencedaily.com


~~ikan Aji-Aji mAsak Tomato~~

Knl x ikan aji2? mesti x knl kan..haha..suara pun rasanya 1st time mkn ikan nie..mak ckp masak tomato sodap nie..so..suara pun menurut perintah..wat la ikan masak tomato..best jgk..1st trial...hehe..tp sori lah..gmbr x sempat nak snap sbb dah di ngap awal2..semua dah kebulur nak mkn tghri..


Nak cuba??? Mula2..dua ulas bwg putih,3 ulas bwg merah, 1 inci halia yg dihiris ditumis hingga wangi..
Then..buh air, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar sos tomato..buh gula, garam dan kiub pati ayam(optional)...
bila kuah dah pekat skit..buh ikan..

Then, buh bawang besar yg dipotong bulat2, tomato (dipotong), dan cili bagi pedas2 ckit (3 biji)...tunggu sekejap..n siap utk dihidang..

Senang kan memasak...hehe...

DoNuT GeBussss!!!!

Ermm...ntah nape bgn jew tdo pg td teringin nak mkn donut..ntah mimpi ape ntah mlm td..haha...
so..dgn spontannya pg td suara menguli doh utk di buat donut..jom layan....
suara nak share resepi donut nie..blh dpt lbh krg 50-60 biji..sape2 yg nak try blh la buat di rumah nnt...

sgggttt gebbuuussssssss

bahan2 :
400 gm tepung gandum/roti
50 gm marjerin / mentega
50 gm gula
30 gm susu tepung
15 gm yis
1 sudu teh pelembut roti (optional-kalu buh lg lembut)
1 sudu teh serbuk penaik (optional-kalu buh lg tembam donut tue)
1 biji telur
200 ml air

cara-caranya :
1. Satukan kesemua bahan kecuali air. Uli bahan sehingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga menjadi doh..perap selama 30 minit.
3. Kemudian canai dan terap mengikut saiz yg disukai..panaskan minyak dan goreng sehingga kuning   keperangan..
4. Setelah masak blh la di topping mengikut citarasa atau di gaul dlm gula halus...siap!!!

Wednesday, July 13, 2011

Duhai Lelaki...Tahukah Kamu???

1) Duhai lelaki..tahukah kamu pabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan airmata, bermakna wanita itu sedang menangis di dalam hatinya.

2) Duhai lelaki...pabila wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu berikan dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3) Duhai lelaki...tahukah kamu, wanita sukar mencari sesuatu yang dibenci tentang orang yang paling dia sayangi ~ sebab tue ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus di tengah jalan.

4) Duhai lelaki...tahukah kamu, sekiranya wanita itu jatuh cinta pada kamu, di fikirannya hanya akan ada kamu walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5) Duhai lelaki...tahukah kamu, jika kamu orang yang dia suka dan sayang merenung tajam ke dalam matanya, hatinya wanita itu akan cair seperti coklat.

6) Tahukah kamu..wanita amat sukakan pujian tetapi tidak tahu bagaimana untuk menerimanya.

7) Duhai lelaki..tahukah kamu, sekuntum senyuman memberi seribu erti buat wanita. jadi, jangan senyum sembarangan.

8) Duhai lelaki..tahukah kamu, wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

Sunday, July 03, 2011

menu tengahariku....


menu sampingan - kacang buncis gore
Alhamdulillah..impian suara nak ada blog sendiri dah tercapai..suara pun bknnye pandai nak mengarang ayat2 best kat cni..setakat karang esei spm blh ler..huhu..hari ini dgn baik hatinye meringankan tgn ini utk memasak asam pedas...erm..korg msti jrg2 jmpe asam pedas yg stu nie..tak tau la sdap ke tidak..hehe..
al-maklum ler..bdk br belajar kan...
jom layan resepi...

BAHAN-BAHANNYA:
2 ekor ikan jenaahak (ape2 ikan pun sedap)
*2 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*1 inci kunyit hidup
*2 hiris lengkuas
*10 biji cili padi (kalu x ske pedas blh krgkn)
asam keping
daun kesum
garam dan ajinomoto secukup rasa
air secukupnya

CARA-CARANYA:
1) Kisar semua bahan2 *
2) Isi air dlm periuk secukupnya. Bubuh semua bahan kisar td. Tunggu sehingga air mendidih.
3) Masukkan daun kesum, asam keping, ikan, garam dan ajino secukupnya dan biarkan seketika sehingga ikan masak.
4) Siap utk dihidang..

senang kan....yg x tau masak pun blh buat..campak2 jew..haha..jom makan.....