Thursday, September 11, 2014

Hiperhidrosis? Kenali Punca dan Rawatan

Hiperhidrosis? Tak pernah dengar pun. Meh nak cerita.

Sebenarnya, hiperhidrosis juga dikenali sebagai pelu berlebihan. Ramai yang tak tahu sebenarnya ia adalah satu penyakit. Saya juga punya kawan yang hiperhidrosis. Katanya biasalah sebab cemas atau takut. Memang kita akan berpeluh bila takut atau gementar Tapi bagi penghidap penyakit ini, peluh yang terhasil adalah berlebihan dari biasa. Walaupun hiperhidrosis tidak berbahaya tetapi ia memberi impak psikologi. Mereka mudah mengalami tekanan kerana malu untuk bersosial dan lebih suka menyendiri.

Hiperhidrosis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki ataupun perempuan, tidak kira tua atau muda. Jika tidak dirawat, ia akan kekal seumur hidup. Bahaya juga kan pada kesan mental.

Puncanya?
Punca hiperhidrosis terbahagi kepada iaitu sebab yang tidak diketahui (primer) dan juga disebabkan penyakit seperti kencing manis, batuk kering, berat badan berlebihan, ibu hamil dan warga tua. Namun punca utama tidak dapat dikenalpasti. Kajian awal didapati disebabkan kalenjar peluh. Kebiasaannya menyerang di tapak tangan dan kaki. Aktiviti saraf simpatetik keterlaluan memberi rangsangan kepada kalenjar peluh yang normal. Hiperhidrosis juga boleh diwarisi.

Biasanya hiperhidrosis berlaku pada empat bahagian utama tubuh iaitu:
- muka
- tapak tangan
- kaki
- ketiak

Kesan Hiperhidrosis
- Kurang keyakinan diri
- Mengalami tekanan
- Masalah dalam hubungan intim

Rawatan 
- Ubat anti peluh (ada kesan sampingan)
- Ubat makan yang mengandungi anti kolinergik (ada kesan sampingan)
- Suntikan Botox atau Botulinum
- Kaedah pengionan
- Pembedahan endoskopi torasik simpatektomi (ETS)

sumber http://blackrosehunter.blogspot.com/2010/12/hiperhidrosis.html

Apesal rawatannya ada kesan sampingan? Haa, apa kata cuba rawatan secara semulajadi lak. Bagaimana tue? 

Vitamin B
- Vitamin B membantu mengurangkan peluh. Ia membantu menyingkirkan sisa toksin darah dan dicerna melalui perkumuhan iaitu air kencing. Badan yang banyak toksik mudah berpeluh kerana badan akan cuba merembes toksin melalui peluh. Bila sistem dalaman tubuh berfungsi dengan baik, badan akan kurang berpeluh. Selain itu, boleh makan makanan yang mengandungi vitamin B ialah pisang, telur, kacang dan sayuran hijau.

Vitamin C
- Vitamin C membantu menyahkan toksin dalam tubuh dan sekaligus meningkatkan sistem imun dan membantu melawan penyakit. Juga boleh makan buah-buahan sitrus.

Ostematrix
- Kalsium dan magnesium membantu mengurangkan peluh. Kekurangan salah satu vitamin ini akan menyebabkan bau badan dan peluh berlebihan. Boleh didapati melalui lobak merah, susu, sayuran hijau dan ikan.

Zinc Complex
- Zink membantu mengekalkan sistem adrenal biasa dan meningkatkan metabolisma.

Berminat? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

5 comments:

  1. Ada kawan kat sekolah dulu mcm ni..baru tau termnya...tq dear..

    WAJIB BACA: KEDUDUKAN RAHIM PENENTU KESUBURAN
    http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/2014/09/adakah-kedudukan-rahim-penentu-kesuburan.html?m=1

    ReplyDelete
  2. dulu pernah jadi kat bhgn tapak tangan...alhamdulillah skrg tiada lagi

    Cara Daftar Sebagai Ahli

    ReplyDelete
  3. wahh..br tau psl ni, thanx for sharing ye..


    Bayi Anda Pernah Alami Ruam? Jom baca petua -->> PETUA ATASI RUAM BAYI

    ReplyDelete
  4. Rasanya ada gak member skolah dulu kes mcm ni. Nanti nk suggest pd dia set shaklee ni... tq for sharing...

    Jom jalan kat blog kak tun >>>
    vitaminterbaikku.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Saya memang kerap berpeluh kat tapak tangan dan kaki..
    Rupa-rupanya ia adalah sejenis penyakit!
    Fuuuhhh...nasib baik jumpa entry ni..
    Tq dear..

    JOM baca Entry GLA yang GILA
    http://bit.ly/1m2KZMb

    ReplyDelete