Tuesday, September 23, 2014

Marriage between Muslim and non Muslim

Tiba-tiba entri tentang perkahwinan. Hahahaaa..

Sebenarnya nak cerita kisah selepas pertemuan dengan pelanggan tempat kerja. Ia bermula dengan persoalan pemakaian purdah. Makin lama berbual, makin banyak yang dibincangkan sehingga tajuk berkenaan perkahwinan.

Besar betul tanggungjawab hari ini. Ini lah yang dikatakan dakwah. Walaupun kecil namun diharap ia sebagai satu usaha menarik minat orang bukan Islam mengenali Islam.

Bukan senang untuk menerangkan hukum hakam Islam. Setiap perkataan dan tutur kata perlu berhikmah.

Bila dah masuk bab perkahwinan, banyak pula persoalan yang diberi. Rasa sangat berat untuk menjawab. Bimbang tersalah. Maklumlah, tuan yang menjawab pun belum berkahwin, mana nak ambil berat sangat hal-hal perkahwinan nie. Tambahan pula, perkahwinan antara non muslim dengan muslim. Tak terfikir akan berhadapan dengan situasi ini. Hampir 2 jam!!! Bukan masa yang singkat.

Antara soalan yang diajukan
"would you marry a non muslim one day in the future?What if the man's first wife is non muslim, and the same man marry muslim women?Can you marry a non muslim and he does not need to convert into muslim?Is this marriage possible in Malaysia?"

Atau lebih kurang maksudnya
"Adakah saya akan mengahwini lelaki non muslim suatu hari nanti?""Bagaimana jika lelaki non muslim itu sudah mempunyai isteri non muslim dan berkahwin dengan wanita muslim?""Boleh ke berkahwin dengan wanita muslim jika lelaki non muslim tidak memeluk Islam?""Adakah perkahwinan ini dibenarkan di Malaysia?"

dan banyak lagi la soalannya. Tak tertulis pula rasa nya.

Ini pula jawapannya.
KUALA LUMPUR, Sept 27 — Any marriage between a Muslim and a non-Muslim is disallowed and is not recognised in this country and action can be taken by the state Islamic religious authorities, said Malaysian Islamic Development Department (Jakim) director-general Datuk Othman Mustapha.
He said Islamic family laws state no Muslim man can marry a non-Muslim woman and no Muslim woman can marry a non-Muslim man.
“A marriage between spouses of different religions is completed prohibited and against the principle of beliefs of the Shafie sect (Ahli Sunnah Wal Jamaah) in Malaysia,” he said in a statement here today. 
He was commenting on a Universiti Malaya study on the issue of liberalism in Muslim marriages with non-Muslim spouses not having to convert from their religions.  
Two days ago, Universiti Malaya Academy of Islamic Studies, Department of Akidah and Islamic Thought Associate Prof Dr Khadijah Hambali told religious authorities in the country to carry out specific measures to curb the phenomenon. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/marriage-between-muslim-and-non-muslim-illegal-says-jakim#sthash.arc7mKmO.dpuf


Sedaya mungkin cuba menjawab dengan berhemah. Bila diberitahu dalam Al-Quran pun tidak membenarkan, barulah dia akur. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 221.

Tanpa bantuan dari Allah tidak mungkin dapat menghadapi situasi berhadapan dengan perkara seperti ini. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya hati dan minda ini mencari jawapan dan menjawab setiap pertanyaan dia.

Situasi ini menyedarkan diri ini tentang kepentingan sebagai hamba Allah. Setiap manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Besar amanah dan tanggungjawab yang Allah beri, namun sejauh mana kita laksanakan?

Allahuakbar...terima kasih kerana memberikan diri ini satu pengalaman yang cukup bermakna. Tak terlintas langsung!!!

#motif#
Hilang idea nak buat entri shaklee. Teringat-ingat situasi tadi.

Moga dia diberi hidayah memeluk Islam

4 comments:

  1. mencabar nie nak menerangkan kepada non-muslim..

    nak kurus dengan selamat???

    jom baca >>>
    http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/09/mari-kuruskan-badan-dengan-selamat.html

    ReplyDelete
  2. Berhati-hati dalam memilih pasangan. Biarlah dia mencintai kita kerana Allah. Jangan covert tu semata-mata nk kawin je...

    Jom baca petua akak ni >>> Petua Rambut Gugur

    ReplyDelete