Monday, October 27, 2014

Awas!!!! Perhatikan Najis Anda

Kenapa entri kali ini sedikit kotor? Haha.. jangan terkejut dan jangan skip pembacaan anda. Biasa kita selalu periksa najis si kecil tapi kali ini periksa najis sendiri pula. Anda perlu tahu keadaan najis anda walaupun kita tidak digalakkan untuk melihat benda kotor untuk menjaga mata dan hati. Tapi ada sebab yang kukuh kenapa saya minta anda semua perhatikan najis anda. HANYA SEKETIKA...PERIKSA SAHAJA....jangan ditenung lama-lama..ahaksss!!!!


Seperti peribahasa untung sabit timbul, untung batu tenggelam. Begitu juga dengan tubuh badan kita. Badan yang sihat, najisnya akan kelihatan timbul dan terapung manakala badan yang bermasalah, najisnya akan kelihatan tenggelam. Kenapa najis boleh ada yang terapung dan tenggelam pula ye? Dari penceritaan pakar kesihatan kepada saya, masalah kesihatan seseorang boleh diperhatikan melalui sisa perkumuhan. Sebab itu semasa kita membuat pemeriksaan kesihatan, kita disuruh untuk menjalani ujian air kencing. Dari itu mereka akan periksa tahap kesihatan seseorang.

Seseorang yang mempunyai najis yang tenggelam, mereka perlu mengambil tindakan untuk membaiki tahap kesihatan. Walaupun secara luaran, mereka kelihatan sihat, namun sebenarnya sistem tubuh mereka bermasalah seperti masalah usus dan toksin berlebihan. Masalah usus dan toksin berlebihan boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih besar seperti kanser kolon, keletihan, lemah daya ingatan dan tenaga, penyakit jantung dan lain-lain.

Oleh itu, detox lah badan anda dengan mencuci usus. 

Detox adalah proses pembersihan usus daripada toksin, lemak dan sisa-sisa yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila usus bersih, maka badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Sebab itu detox sangat penting untuk kesihatan. Bagi yang bermasalah untuk detox kan usus secara semulajadi, boleh cuba gunakan HEBL-LAX sebagai ejen pencuci usus anda.

Kenapa herblax?

  • Sangat bagus mencuci najis yang tersekat
  • membantu masalah sembelit. Bila sembelit, pembuangan najis tidak lancar dan tidak dapat dikeluarkan sebaiknya.
  • membantu mempercepatkan pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama di dalam tubuh.
  • mengempiskan perut.

Ketahui juga bahawa toksin di dalam badan boleh memudaratkan ===> BACA DI SINI


Berminat ingin mencuba dan mendapatkan Herblax ini? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.







10 comments:

  1. Teringin nak cuba herblax ni. Sekarang saya cuma ambil alfalfa je dulu untuk detox.One day i'll try this herblax... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah..bagus untuk penghadaman..badan pun sihat :)

      Delete
  2. Baru tahu najis tenggelam itu najis x sihat. Bahaya nih..

    asid amino perlu

    ReplyDelete
  3. selalu kalau tak membuang dalam sehari tu sy akan ambil herblax..baru lega

    Offer tinggal beberapa hari je lagi PELUANG BERAMAL DENGAN BELIAN MEAL SHAKES

    ReplyDelete
  4. selama ni tak pernah tengok lak najis tu tenggelam ke timbul..lepas ni blh cek untuk kesihatan..huhu..thanks for nice info

    ReplyDelete
  5. saya baca satu article lain pulak dr yg ni...najis terapung tu yg bermasalah
    mana satu betul?

    ReplyDelete
  6. Saya tidak pernah memperdulikan najis saya sehingga satu hari di ruangan chatting Facebook, seorang rakan bertanyakan kepada saya,

    “salam…kalau najis tidak tenggelam dlm mangkuk jamban…apa penyakit dan sebab-sebabnya..?”

    Kembang tekak bila mengingati najis yang terapung di mangkuk najis. Namun begitu ada beberapa ‘clue’ yang memberikan gambaran tentang kesihatan seseorang berdasarkan najis yang dikeluarkannya.

    Najis manusia yang dikenali sebagai human faeces atau stool, dalam bahasa Inggeris, adalah bahan kumuh yang mengandungi kuman dikeluarkan melalui dubur.

    Oleh itu bentuk dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan seseorang dan diet yang diambil. Najis yang biasa selalunya berbentuk semisolid dan diselaputi oleh lendiran mucous. Sama ada najis itu terapung atau tenggelam, bergantung pada komposisi najis itu sendiri.

    Najis yang terapung mungkin disebabkan oleh perubahan cara pemakanan (diet), proses penghadaman yang bermasalah (malabsorption) dan terdapat jangkitan kuman pada usus.

    Apabila berlaku masalah penghadaman, nutrient yang tidak dapat diserap akan digunakan oleh bakteria dalam najis dan menyebabkan pengeluaran gas yang agak banyak dan terkumpul dalam najis. Ini akan menyebabkannya terapung.

    Kebanyakan masalah ini tidak merbahaya. Selalunya selepas beberapa hari, najis akan tenggelam semula dan menandakan jangkitan kuman pada usus telah berakhir.

    Namun begitu terdapat beberapa jenis penyakit yang agak serius menyebabkan najis terapung dan selalunya dikesan pada peringkat awal, mungkin di peringkat kanak-kanak.

    Antaranya :

    Abetalipoproteinemia
    Biliary atresia
    Cystic fibrosis
    Disaccharides deficiency (kekurangan enzim yang menghadamkan gula iaitu lactase, sucrase, atau isomaltase)
    Gluten-induced enteropathy (sprue or celiac disease)
    Idiopathic steatorrhea (najis berminyak)
    Short bowel syndrome

    Walaubagaimanapun jangan terlalu panik bila mengetahui terdapat najis yang terapung dalam mangkuk tandas. Kemungkinan ia adalah fenomena yang biasa akibat perubahan cara pemakanan.



    Apa yang penting, masalah najis yang terapung itu boleh dibincangkan dengan doktor jika ia telah berlarutan melebihi dua minggu. Apatah lagi jika masalah itu disertai dengan najis yang bercampur darah, rasa demam dan pening.

    Selalunya doktor akan bertanya jika masalah ini wujud di kalangan adik-beradik yang lain atau ibubapa. Pemeriksaan darah boleh dilakukan. Mungkin sedikit contoh najis diperlukan untuk pemeriksaan makmal.

    Doktor juga akan bertanyakan beberapa perkara seperti:

    sudah berapa lama masalah ini berlaku?
    adakah ianya berlaku setiap masa atau sesekali?
    apa menu makanan yang biasa diambil?
    adakah makanan yang diambil berubah dengan warna najis?
    masalah-masalah lain selain masalah najis,
    adakah perubahan dalam warna najis?
    Rawatan biasanya diberikan bergantung kepada punca penyakit. Pesakit biasanya dinasihatkan agar mengurangkan lemak dan minyak dalam menu pemakanan mereka dan memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Wallahu a’lam



    Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (250711)



    Rujukan:

    Bailey J. FPIN’s Clinical Inquiries: Effective management of flatulence. Am Fam Physician. 2009;79:1098-1100.

    Ohge H, Levitt MD. Intestinal gas. In: Feldman M, Friedman LS, Brandt LJ, eds. Sleisenger & Fordtran’s Gastrointestinal and Liver Disease. 8th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier;2006: chap 10.

    Lewis SJ, Heaton KW (1997). “Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time”. Scand. J. Gastroenterol. 32 (9): 920–4

    LP Degen, SF Phillips. How well does stool form reflect colonic transit? Gut 39: 1 (JUL 1996):109-113.

    Sumber :http://drzubaidi.com/blog/apa-maknanya-jika-najis-terapung/

    ReplyDelete
  7. I was thinking about how to fix skin break out regularly additionally, noticed your site by google,The Pentaverate Ken Jeong Blazer gathered huge loads of helpful information as of now i'm a piece clear.


    ReplyDelete