Friday, October 17, 2014

Hidung Berdarah Tiba-tiba???? Ketahui Punca dan Penyelesaiannya....


Hidung berdarah sering kali terjadi pada kanak-kanak. Namun ia juga boleh terjadi pada remaja dan orang dewasa. Hidung berdarah berlaku secara tiba-tiba tanpa isyarat. Hidung berdarah boleh terjadi kepada sesiapa tanpa mengenal usia. Ketahui sebab-sebab hidung berdarah, rawatan serta langkah penjagaan kesihatan awal untuk mengelakkan hidung berdarah berulang.

Kenapa hidung berdarah tiba-tiba?
Anda perlu tahu kenapa hidung mudah berdarah dan kerap menyerang dengan tiba-tiba. Dalam hidung, terdapat permukaan yang dilapisi mukosa. Mukosa ialah lapisan lembap yang menggalas struktur berongga seperti salur pernafasan supaya kulit sentiasa lembap. Membran mukosa ini mengandungi banyak salur darah yang sensitif. Membran mukosa juga mudah luka jika tercucuk sesuatu seperti kuku.

Kawasan yang mudah terjadi pendarahan ialah dibahagian hadapan nostril iaitu lubang hidung. Ia adalah kawasan yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali. Apabila terdapat jangkitan kuman di kawasan tersebut atau mengalami trauma hentakan di muka, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah. 

Apa punca hidung berdarah?
Terdapat faktor luaran dan dalaman hidung berdarah.

1. Faktor luaran
  • Terhantuk
  • Perubahan suhu dan cuaca yang ketara
  • Kurang minum air putih
  • Kurang pengambilan Vitamin C / buah yang mengandungi kandungan Vitamin C
  • Habuk dan pencemaran
  • Asap rokok
  • Ubat-ubatan - aspirin / herba tradisional
2. Faktor dalaman
  • sinus / selsema / inflamasi pada hidung
  • Darah tinggi
  • Leukemia
  • Kanser
  • Kekurangan Vitamin K - penyakit genatik mudah berdarah.
  • Penyakit hati
Anda mengalami masalah hidung mudah berdarah? Sudah ketahui punca hidung berdarah? Jangan panik kerana hidung berdarah terjadi adalah perkara yang normal. Kecuali anda mengalami kanser, leukemia dan penyakit serius. Biasa penyakit serius diiringi simpton yang lain juga. Anda boleh atasi masalah ini dengan beberapa jenis supplement yang bersesuaian.

Apa penyelesaiannya?
Hidung berdarah menandakan anda memerlukan pengambilan Vitamin C, Zinc Complex, Alfalfa, Nutriferon, Garlic atau Performance Drink. Banyaknya??!!!!! Jangan cemas. Anda hanya perlukan mengikut masalah anda sahaja.

Vitamin C - Menolong mengukuhkan kapilari dan dinding sel

Performance Drink - mengelakkan dihidrasi yang boleh menyebabkan hidung berdarah



Garlic - Antibiotik semulajadi

Nutriferon - mempertingkatkan sistem imun

Zinc Complex  - menolong pemulihan kapilari


Alfalfa Complex - Vitamin K membantu pembekuan darah. Sesuai untuk mereka yang kekurangan Vitamin K

Berminat? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
sms/whatsapp/telegram 014-8216308

6 comments:

  1. Perubahan cuaca sekarang sangat membimbangkan. Anak-anak saya pun kerap berdarah hidung mereka secara tiba-tiba... In shaa Allah akan mencuba vitamin-vitamin terbaik ini untuk mereka...

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri kerap berdarah hidung tiba-tiba minggu nie...tak sempat makan vitamin C minggu nie sebab sibuk melampau...lepas nie tak boleh skip Vitamin C dan vitamin lain..

    ReplyDelete
  3. Paling penting bila hidung berdarah menunjukkan badan kita kurang vitamin C dan vitamin K kan.
    Memang kena cegah sebelum semakin teruk.

    ReplyDelete
  4. Petua org dulu sumbat hidung guna sireh. Memang berhenti darah lepas tu. Duk kampung boleh la cari sireh. Kat bandar mana nak cari. Huhu

    ReplyDelete
  5. Saya kerap berdarah hidung semenjak dr kecil sehingga dewasa. Adakah berdarah hidung ini hanya pekara normal shj.

    ReplyDelete
  6. MASA MENGANDUNGKAN ANAK KE 3, SAYA ALAMI HIDUNG BERDARAH YANG SANGAT TERUK..SIAP KNA SCOPE BAGAI..HUHUHUHU..

    http://www.ohmyvitamin.com/2016/07/04/tips-hentikan-hidung-berdarah-dengan-cepat/

    ReplyDelete