Wednesday, November 05, 2014

Punca Jerawat dalam Mata dan Petua Mengatasi Part I

Jerawat dalam mata? Ada ke jerawat tumbuh dalam mata? Hehe..sebenarnya jerawat mata adalah ketumbit atau bisul mata. Hari nie nak kongsi pasal ketumbit sebab si pengarangnya tengah derita ketumbit. Hari nie dah masuk hari keempat. Makin membesar je kurasakan...adehhh..Nak dipicit tak boleh sebab kat dalam kelopak mata. Biasa kena tepi-tepi kelopak mata, senang nak picit supaya tak melarat jadi makin besar. Ini kat dalam, kelopak mata, macam mana nak uruskan ye?

Ini lah rupa ketumbit atau jerawat dalam mata

Orang kata mata jadi ketumbit sebab mengintai orang. Betul ke? Nak mengintai siapa je ye kat rumah nie, duk seorang diri. Jadi, jom baca kenapa terjadinya ketumbit dan punca-puncanya.


Mengikut pandangan Prof Muhaya, ketumbit tiada kaitan dengan tabiat mengintai orang. Sebabnya ketumbit adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria membiak di akar bulu mata sebelum menjadi radang pada mata. Disebabkan sering sakit mata sejak kena sengat tebuan masa Tingkatan Dua sampai sekarang, pernah juga tanya doktor kenapa. Doktor cakap sebab bisa serangga tue menyebabkan mata nie selalu naik bisul. Alahaiiii....

Punca terjadinya ketumbit pula ada dua.

  1. Ketumbit yang disebabkan jangkitan kuman pada pangkal bulu mata
  2. Keradangan akibat kelenjar yang menghasilkan minyak kalazion (menentukan bulu mata kalis air) tersumbat.


Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor yang menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah:

  • Tekanan (mungkin juga sebab sekarang mudah stress)
  • Perubahan hormon
  • Menggunakan alat solek yang sama untuk jangka masa yang lama atau dijangkiti bakteria (yang ini bukan faktornya sebab tak suka pakai bersolek)
  • Diabetis
  • Kekurangan vitamin dalam badan (mungkin juga sebab sekarang banyak skip ambil vitamin dek sibuk melampau)
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan (kena periksa lemak nie tapi ada ke lemak berlebihan ye sebab kurus sangat nie)


Ketumbit tidak menjejaskan penglihatan tapi gejala ketumbit menyebabkan ketidakselesaan padaku. Rasa nak menangis pun ada sebab mata dah bengkak. Bila kelipkan mata, mesti seksa yang amat. Masa sujud dalam solat pula rasa nak tersembur biji mata nie. Jom ketahui gejala dan simpton ketumbit.

  • Mata berair
  • Mata terasa gatal terutama jika ada habuk (mungkin kena ketumbit sebab pergi rumah saudara ahad lepas. Memang alah sangat dengan habuk, lepas tue mata jadi gatal, bangun tidur esoknya lekat sebiji ketumbit nie haa)
  • Kelopak mata menjadi bengkak dan merah (memang dah jadi pun ^_^)
  • Mata menjadi sensitif kepada cahaya

Nenek pernah cakap kalau ada serangga kecil macam langau terbang sekitar muka dan mata, tandanya nak sakit mata. Betul ke? Selalu juga jadi macam nie..jangan percaya ye, kan jatuh syirik kecil pula.

Rawatan ketumbit:

Gunakan ubat antibiotik yang disarankan doktor. Jangan ambil ubat sembarangan kerana boleh membawa risiko yang lebih besar kepada penglihatan. Jangan guna ubat orang lain walaupun ubat sakit mata juga kerana dos yang disarankan doktor berlainan setiap orang. 

sumber dari google
Tapi sekarang dah tak nak guna ubat titik mata tue. Pengambilan yang kerap boleh menjejaskan penglihatan. Sekarang amalkan pengambilan vitamin C dan vitamin A (carotomax) dari shaklee. 

Vitamin C

Vitamin A
Tak larat dah nak mengadap lappy nie. Esok lah ye sambung Petua merawat ketumbit.




8 comments:

  1. Sakitnya.nak kelip mata pun terasa berat dan sakit .nasib baik ada supplement shaklee.



    Jom baca
    kurangkan derita sakit gout

    ReplyDelete
  2. saya pernah baca petua untuk ketumbit ni, sapu bawang putih je..tapi pedih sikit lah..hehe

    6 CARA UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK ANDA

    ReplyDelete
  3. saya masih ada jerawat dkt kelopak bawah mata smpai skrg..dulu pnh doc pcahkn tp ada blk..ingt nk cuba carotomax nanti..

    Ketahui Teknik Power Pumping

    ReplyDelete
  4. Pernah jugak jadi ketumbit kat mata.tapi dl xkenal supplement.tiap pagi ambil air embun.titikkan kat mata,alhamdulillah hilang

    MINYAK IKAN BANTU KURUSKAN BADAN

    ReplyDelete
  5. masa sekolah dulu, selalu jugak ada kawan yang sentiasa kena ni kat mata....
    kadang2 pelik juga awat la selalu ada kat mata dia...rupanya infection ye...

    5 Tips Anak Bijak Sejak Dari Dalam Kandungan

    ReplyDelete
  6. Tolong. Dlm mata sy ada nth apa. Mungkin jerawat. Ni dalam mata ya, mata blah kiri tepi btg hidung. Sy perasan masa sy mndi tadi. Sakit pla msa gosok mata. Sy tgk crmin tkjut sgt.. apa perlu ku buat.. :(

    ReplyDelete
  7. mostly kalo pasal jangkitan kulit ke ape last2 tu mesti ade shaklee

    ReplyDelete