Tuesday, November 18, 2014

Punca Wajah Wanita Di Malaysia Nampak Tua Sebelum Usia


Tua sebelum usia adalah perkara yang digeruni setiap orang terutama wanita. Memiliki rupa paras yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Namun ramai yang tidak sedar bahawa wajah mereka tampak lebih berusia berbanding usia. Teringat pula perbualan beberapa orang lelaki yang beratur di belakang saya semasa menunggu giliran membuang undi sewaktu PRU-13 yang lepas. Waktu itu, mereka baru lepas berbual dengan seorang rakan wanita mereka yang sarat mengandung anak kedua. Saya juga mengenali wanita itu. Kata salah seorang dari kumpulan lelaki tersebut wajah wanita di Malaysia nampak tua sebelum usia. Perubahan ini boleh dilihat selepas setahun dua berkahwin. Kenapa ya?

Lihat, lelaki pun boleh perasan perubahan ketara pada wajah wanita, bagaimana pula dengan diri sendiri? Adakah anda perasan akan perubahan ini? Apakah punca wajah wanita nampak lebih tua berbanding usia mereka? Jom kita lihat sedikit punca dan tips awet muda yang boleh saya kongsi.


Faktor Pemakanan

Nak sedap ke nak cantik???

Cuba perhatikan pemakanan harian kita. Adakah anda mengamalkan pemakanan yang seimbang? Jika makanan segera, burger dan ayam segera yang menjadi kegilaan anda, ubahlah dari sekarang. Kurangkan pengambilan makanan segera dan gantikan dengan ulam-ulaman, sayuran, buah-buahan dan ikan. Anda juga boleh tambahkan suplemen untuk membantu anda nampak lebih muda.

Faktor Gaya Hidup Sihat

Tips tampil lebih muda

Dalam seminggu berapa kali anda bersenam? Jika tiada, dalam sebulan pula berapa kali? Langsung tiada? Anda perlu ubah pola hidup. Luangkan sedikit masa untuk beriadah kerana ia dapat mengurangkan tekanan kerja mahupun rumah. Apabila tertekan, saraf dibahagian muka akan mengendur, menyebabkan kulit berkedut dan kusam. Amalan rohani juga penting. Jaga solat 5 waktu, lakukan juga solat-solat sunat seperti tahajud dan dhuha. Amalkan juga zikir terapi diri agar dapat menghadapi tekanan dengan baik.

Faktor Penjagaan Wajah

Cantik dan nampak lebih muda dengan Nutriwhite

Lambakan produk kecantikan di pasaran membuatkan kita ingin mencuba. Awas ye, kenalpasti dahulu jenis kulit sebelum mencuba kerana jika tidak sesuai boleh merosakkan kulit wajah. Penggunaan mekap yang terlalu lama memberi kesan wajah menjadi kusam dan kering. Kulit wajah yang kering menyebabkan seseorang nampak lebih tua dari usia. Mencuci muka terlalu kerap juga boleh menyebabkan wajah nampak lebih berusia.

Faktor Peribadi Diri

Jangan mengumpat sampai muncung mulut tue ye

Yang ini paling penting. Cuba perhatikan orang yang suka mengumpat, suka marah atau suka buka aib orang. Macam mana rupanya ye. Mesti nampak lebih berusia dari umur sebenar. Sebab apa? Allah tarik balik seri wajah orang bersikap mazmumah nie. Bak kata ustaz, muka cantik macam bidadari pun, perangainya pula suka mencaci atau mengumpat orang, Allah hilangkan seri wajah nya.

Jadi, sama-sama muhasabah diri dan perbetulkan mana yang kurang. Nak cantik luar, mesti lah kena cantik dari dalam juga.

Sedia membantu..sudi-sudilah hubungi saya ^_^