Wednesday, July 13, 2011

Duhai Lelaki...Tahukah Kamu???

1) Duhai lelaki..tahukah kamu pabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan airmata, bermakna wanita itu sedang menangis di dalam hatinya.

2) Duhai lelaki...pabila wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu berikan dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3) Duhai lelaki...tahukah kamu, wanita sukar mencari sesuatu yang dibenci tentang orang yang paling dia sayangi ~ sebab tue ramai wanita yang patah hati apabila hubungan cinta putus di tengah jalan.

4) Duhai lelaki...tahukah kamu, sekiranya wanita itu jatuh cinta pada kamu, di fikirannya hanya akan ada kamu walaupun dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5) Duhai lelaki...tahukah kamu, jika kamu orang yang dia suka dan sayang merenung tajam ke dalam matanya, hatinya wanita itu akan cair seperti coklat.

6) Tahukah kamu..wanita amat sukakan pujian tetapi tidak tahu bagaimana untuk menerimanya.

7) Duhai lelaki..tahukah kamu, sekuntum senyuman memberi seribu erti buat wanita. jadi, jangan senyum sembarangan.

8) Duhai lelaki..tahukah kamu, wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..