Monday, August 15, 2011

*~*~* 4 Orang Lelaki *~*~*

Seseorang wanita itu apabila di yaumal al-khirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
nau'uzubillah......artikel ini bukan utk memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yg dipikul!!!

Pertama : ayahnya
apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti tidak mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat...tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua : suaminya
apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tetapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam diri..walaupun dia seorang yg alim (solat tidak tanggih, puasa tidak tinggal), maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga : abang-abangnya
apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam..tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat : anak lelakinya
apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, seperti apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya..maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nanti...