Alhamdulillah minggu lepas dapat mesej dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya terpilih untuk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik. Tapi baru terpilih untuk peperiksaan online.
Esok, 1 November adalah hari peperiksaan dijalankan. Diharap esok semuanya berjalan dengan lancar. Berdebar rasa dihati ini usah dicakap. Bukan mudah untuk terpilih dan tersenarai dalam calon spa. Ini kali kedua setelah sekian lama SPA tak panggil. Masa mula-mula dipanggil tahun 2009. Masa tu jawatan kerani, tapi tak lulus laa..huwaaaa...
Bila dipanggil lagi kali ini, rasa bertuah juga. Dah lama tak dipanggil oleh kerajaan. Diharap adalah rezeki untuk memasuki kerajaan.
Sekarang nak kena baca nota-nota sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik esok. Orang kata susah juga nak dapat ye. Tapi tak apa lah, cuba dahulu. Tak cuba tak tahu.
Ya Allah, jika ini sebagai jalan pembuka rezekiku, maka Engkau permudahkanlah mana yang susah, Engkau lapangkanlah jalan mana yang sukar, Engkau dekatkanlah mana yang jauh dan Engkau bukakanlah mana yang terhalang...Amiiinnnn...
DOAKAN SAYA YE ^__^
Wah, bestnya..saya tak termohon2 lagi..huhu nanti nak mohon gak..
ReplyDeletedah lama menunggu spa panggil..kak hajar, mohon untuk next session lak..akhir2 tahun banyak pemilihan temuduga kerajaan..kena update resume sekurang-kurangnya 3 bulan skali kat spa.
DeleteMacamana exam semalam. Ok tak ika? Good luck dear...
ReplyDeleteMengapa Perlu Memilih Omega Guard Shaklee??
ada tiga sesi..sesi 1 pengetahuan am, oklah juga..sesi 2 math, soalan kaw2 susah, x cukup masa..rasa tak sempat nak bernafas..huhu..sesi 3 best, sekejap je jwb..harap2 lulus lah..
Delete