Friday, October 03, 2014

Tips Rambut Sihat | Makanan Untuk Rambut

Semua orang tahu rambut adalah mahkota wanita. Namun berapa ramai yang menitikberatkan penjagaan rambut? Tambahan bagi wanita yang bertudung, perlu memberi penjagaan yang lebih. 

Tahu tak sebenarnya makanan juga mempengaruhi kesihatan rambut. Antaranya:

1. Makanan dari sumber Protein
- Rambut dibina dari protein. Kekurangan protein menyebabkan pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur, kelemumur dan lain-lain. 

 
 2. Pengambilan Vitamin C
- Vitamin C diperlukan untuk mengekalkan kesihatan rambut dan mengelakkan rambut rapuh dan bercabang. Baca khasiat vitamin C untuk rambut.


 3. Ikan Salmon
- Ikan salmon mengandungi protein dan Vitamin D. Ia bagus untuk kesihatan rambut. Ikan salmon juga mengandungi Omega 3 yang membekalkan minyak semulajadi kepada kulit kepala dan mengelakkan rambut terhidrat dan menjadi kering.


4. Walnut
- Kacang walnut kaya dengan biotin dan Vitamin E. Ia diperlukan untuk membantu melindungi rambut daripada gugur. Walnut juga mempunyai mineral yang membantu mengekalkan warna asli rambut dan mengilatkan rambut.

5. Telur
- Telur mengandungi zink, sulfur, besi dan selenium. Kekurangan zat-zat ini menyebabkan rambut gugur. Zat besi pula diperlukan untuk membantu sel-sel membawa oksigen ke folikel rambut.
6. Bayam
- Bayam mengandungi Vitamin C, zat besi, beta karotena dan folat yang penting untuk menjaga folikel rambut yang sihat dan mengelakkan minyak berlebihan dari kulit kepala yang menyebabkan kelemumur.