Friday, October 03, 2014

Kelebihan Bulan Zulhijjah | Puasa Sunat 9 Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah. Bersesuaian dengan itu, umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan istigfar, berselawat, berpuasa sunat dan amalan-amalan sunat  yang lain pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Namun jangan lah hanya beramal pada masa-masa tertentu sahaja. Setiap hari kita disarankan untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah di mana seseorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijjah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail di malam hari itu seumpama qiamulail selama setahun"

Rasulullah SAW juga menyarankan kita berpuasa pada hari kesembilan bulan Zulhijjah, Hari Asyura dan tiga hari dalam setiap bulan iaitu puasa sunat hari isnin dan khamis.

Puasa Arafah (9 Zulhijjah)

Umat Islam disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah iaitu puasa Arafah bagi yang tidak mengerjakan ibadah haji. Ganjaran yang sangat besar akan diperoleh apabila berpuasa sunat Arafah sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan selepas" - HR Muslim.

Rasulullah SAW juga bersabda "Orang yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan memberi ganjaran baginya puasa 60 tahun dan dituliskan sebagai orang yang taat.

Jom kita sama-sama merebut peluang dengan berpuasa pada 9 Zulhijjah. Allah berbangga dengan hambaNya yang berpuasa pada hari arafah.

Niat Puasa 9 Zulhijjah 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku berpuasa pada hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.


Moga niat dan amal kita dterima Allah.

 sumber: safiqolbu