Rambut gugur menyebabkan rambut makin menipis. Di sini saya ingin kongsikan lapan petua melebatkan rambut secara semulajdi.
1. Lemon
Gunakan air lemon yang dicampurkan minyak kelapa asli. Ramuan ini berkesan untuk menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut sihat dan lebat.
2. Minyak Badam
Pemakaian minyak badam yang disapu ke rambut mampu mencegah rambut menjadi rapuh mudah putus
3. Kacang Kedelai
Protein nabati dalam kedelai dapat menambah kesuburan rambut. Ia juga sesuai dijadikan masker rambut, selain bagus diminum sebagai susu kedelai.
4. Makan Buah-buahan
Vitamin A, C dan E yang terdapat dalam pelbagai buah-buahan mempunyai banyak manfaat untuk mempercepat pertumbuhan folikel rambut. Selain boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus, ia juga boleh dijadikan sebagai masker rambut.
5. Menggunakan kulit epal
Kulit epal mempunyai banyak manfaat penting seperti melancarkn pengaliran darah pada bahagian kepala sekaligus menyihatkan rambut. Hanya perlu sapukan kulit epal yang dikisar pada rambut.
6. Minum Air Putih
Air putih sememangnya sangat penting dalam menjaga kesihatan tidak kira kesihatan badan, wajah atau rambut. Minumlah sekurang-kurangnya dua atau tiga liter sehari untuk mengelakkan rambut kering dan mudah rapuh.
7. Pengambilan Protein Secukupnya
Banyakkan pengambilan protein dalam diet seharian. Sumber protein yang bagus untuk diambil adalah daging merah, kacang-kacangan, susu, telur dan ayam. Ia bagus untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan cepat.
8. Merapi Rambut Setiap Hujung Bulan
Memotong sedikit rambut anda setiap hujung bulan dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat dan sihat. Kadang kala anda tidak sedar rambut anda sebenarnya bercabang atau rosak. Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah rambut rosak dan bercabang.
SELAMAT MENCUBA!!!!