Friday, October 03, 2014

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kita perlulah mengambil diet makanan yang seimbang. Kesihatan yang baik juga mencerminkan kesihatan kulit dan rambut. Ramai yang mengambil vitamin C untuk kulit supaya kelihatan cantik. Sebenarnya Vitamin C juga bermanfaat untuk rambut. Jom tengok apa manfaat Vitamin C untuk rambut kita.

1. Meningkatkan pertumbuhan rambut
- Kekurangan Vitamin C menyebabkan beberapa masalah kepada rambut seperti rambut menjadi kering dan bercabang. Radikal bebas yang terbentuk semasa proses penukaran tenaga dari makanan merosakkan rambut menyebabkan rambut menipis dan rapuh. Ia mengganggu pertumbuhan rambut. Antioksida pada Vitamin C mengurangkan  pembentukan radikal bebas. Pengambilan Vitamin C dengan kuantiti yang cukup dalam diet harian memberi kesan kepada rambut yang sihat, kuat dan lebat.

2. Merawat Kelemumur
- Kelemumur terjadi akibat daripada sel kulit kepala yang mati. Sel mati yang menyebabkan folikel rambut tersumbat dan merosakkan rambut jika tidak dirawat. Pengambilan Vitamin C membantu melawan bakteria di kulit kepala. Ia juga merawat kelemumur dan mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.


3. Merawat rambut gugur
- Kekurangan kelenjar ardenal menyebabkan rambut gugur. Vitamin C melawan kekurangan kelenjar ardenal dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih lebat kerana kelenjar ardenal adalah punca untuk seimbangkan hormon tubuh.


4. Pertumbuhan rambut yang lebat
- Kulit kepala juga perlu adanya peraliran darah yang cukup. Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang lebat dan akar yang kuat.

5. Mencegah rambut beruban
- Vitamin C bukan sahaja bermanfaat merawat rambut gugur, malah dapat mencegah rambut dari beruban.

6. Mengatasi masalah rambut
- Pengambilan Vitamin C yang cukup dapat mencegah masalah rambut botak bagi lelaki dan alopecia. Vitamin C amat penting bagi mengatasi masalah rambut.

sumber: www.carakhasiatmanfaat.com - manfaat vitamin c untuk kesehatan

Sudah tahu kebaikan Vitamin C? Ingin mendapatkannya? Bagaimana?

VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE adalah vitamin C terbaik kerana murah dan menjimatkan. Kenapa? Kerana ia sustained release. Ia bermaksud proses yang diformulasikan khasa agar dapat dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah untuk menjamin penyerapan di antara 3-6 jam.  Ia bersifat larut air. Dinasihatkan minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

Baca khasiat Vitamin C



Berminat? Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

4 comments:

  1. ini vitamin wajib sy setiap hari..

    Anak Makan Memilih? Jemput Baca -->> TIPS HADAPI ANAK PICKY EATERS

    ReplyDelete
  2. elok la amik vitamin c kalau rambut dah mula menipis..huhu

    rugi kalau terlepas Promosi Berbaloi-Baloi Bulan Oktober | Diari Mama

    ReplyDelete
  3. Bagus amalkan vitamin C setiap hari

    Perut kerap kembung? Kenapa perut kembung?

    ReplyDelete
  4. vitamin c jugak bagus untuk imun saya!!!!!

    Jom jana pendapatan >>
    http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/10/menjana-pendapatan-bersama-shaklee.html

    ReplyDelete