Monday, November 03, 2014

Penyakit Gout

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat kedua ibu bapa sihat. Tiada apa yang lebih membimbangkan dan menyedihkan apabila mendengar ibu bapa sakit atau kurang sihat. Betul tak? Teringat pada ibu ayah buat hati sedih dan rindu pada mereka. Kali ini terpanggil nak menulis tentang gout. Balik beraya bulan lepas, seperti biasa orang yang akan ambil alih tugas didapur bersedia dengan pelbagai menu istimewa untuk ibu ayah. Maklum lah jarang-jarang sangat balik kampung. Tapi sedih pula bila tahu ayah ada gout. Jadi penyediaan makanan sangat terhad. Ayah suka makan terutama daging dan makanan laut. Jadi nafsu makannya terbatas dek kerana gout.

Disebabkan ayah ada gout, terpanggil nak kongsi punca gout. Lagipun dalam sejarah keturunan belum ada yang gout. Jom baca punca terjadinya gout. 

Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca hanya dari SATU sebab iaitu kandungan asid urik yang tinggi dalam badan. Asid urik adalah bahan merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protien yang dipanggil purin. Bahan kumuhan akan dibuang dari badan melalui air kencing tapi bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

tak sanggup nak tengok 

Siapa yang berisiko?

Penyakit gout bukanlah satu penyakit yang baru. Zaman dahulu, gout sukar dikawal kerana bidang kesihatan yang terhad sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecacatan pada penghidap. Kaum lelaki lebih berisiko diserang gout berbanding wanita. Biasanya gout menyerang mereka yang berada dalam linkungan 30 hingga 60 tahun.

SIMPTOM GOUT

Tanda seseorang itu diserang gout adalah ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Lazimnya gout menyerang ibu jari kaki. Serangan terjadi secara tiba-tiba dan kerap. Sendi yang diserang menjadi bisa. Ia boleh menyerang berhari-hari atau berminggu-minggu jika tidak dirawat. Gout juga menyerang di bahagian sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari. Tanda-tanda ini juga pernah terjadi pada ayah sewaktu belum diketahui mengidap gout. Bahaya kan.

KESAN GOUT

Asid urik yang berlebihan di dalam badan akan berkumpul di bawah kulit dan membentuk benjolan yang dipanggil tophi. Batu karang juga boleh terjadi di saluran air kencing atau saluran urinari. Juga akan mendapat beberapa masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, diabetes dan hiperlipidemia.

Bila dah tahu bahaya penyakit gout jika tidak dirawat, rasa nak cepat-cepat beli set gout shaklee untuk ayah. Di rumah sekarang dah ada Performance Drink, lepas nie nak tambahkan omega pula untuk ayah. Harap ada lah rezeki lebih untuk ayah bulan nie.
Set Gout Shaklee


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 


8 comments:

  1. Ayah saya sebelum ni doktor ckp gout..pastu bila cek asid urik rupanya rendah.sebaiknya buat ujian darah dlu...mcm ayah saya doc terus je bg ubat gout walhal bukan gout.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo yeke..tak pasti pula dengan ayah. Kena tanya lebih lanjut nie..tapi ari tue dia makan daging, berensot jugak la kaki lepas bangun tidur sebab sakit.

      Delete
  2. Kawan sebaya saya pun sudah kena gout di di awal usia 30-an. Selama ni ingat orang tua je yang kena. Rupanya orang muda pun berisiko juga...

    Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak tun,skang nie org muda pun berisiko gout nie...mungkin faktor pemakanan dan gaya hidup kot...

    ReplyDelete
  4. Orang gout kene minum banyak air juga kan, sebab nak keluarkan lebihan asid urik dalam badan.

    KENAPA ANAK ANDA PERLUKAN VITAMIN C?

    ReplyDelete
  5. bahaya juga penyakit ini kalau biarlna bawa mautkan..buat kerja pun tak senang

    ReplyDelete
  6. eeh, ngeri pulak tengok gambar tu..kawan saya ada yg dh kna gout..umur bru 30an..menderita je die ble gout dtg..xleh bgn langsung..

    Teknik Perahan Susu Ibu

    ReplyDelete