Yogurt sememangnya terkenal dalam dunia kecantikan. Jika dimakan begitu sahaja pun sangat sedap, terutama yogurt strawberi dan mix friut. Nyummm3!!! Delicious....
Bagi yang mementingkan kecantikan kulit wajah, terdapat beberapa petua untuk cantik dengan yogurt. Antaranya:
Menjadikan Kulit Cerah dan Bercahaya
Yogurt dijadikan masker muka. Boleh disapu begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain seperti lemon, minyak zaitun, tomato dan madu. Bersihkan selepas ia kering atau lebih kurang 10 minit. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu. Selain mencerahkan kulit, ia juga menjadikan kulit tampak lembap.
Mengurangkan Jerawat
Yogurt mempunyai antibakteria. Sebab itu ia baik untuk perut juga. Sapu yogurt pada kawasan yang ditumbuhi jerawat dan bersihkan selepas 30 minit.
Sesuai Untuk Kulit Bermasalah
Kandungan zink dalam yogurt sangat sesuai bagi kulit cepat terbakar bila terkena matahari. Hanya perlu tambah minyak dari bunga chamomile (essential oil) pada kulit.
Terliur pulak tengok gambar yogurt nie. Mesti beli jap lagi!!!