Wednesday, September 24, 2014

Temuduga oh Temuduga

Malasnya bila nak kena hadir temuduga.

Tengahari tadi dapat call untuk satu temuduga di Taman Tun Dr Ismail a.k.a TTDI. Esok pagi temuduga. Minta dibuat hari lain, katanya bos outstation. Terpaksa cabut pagi-pagi esok. Apa-apa persediaan pun tak buat nie..hehe.. Tapi sempat lagi buat entri. ngeeeeeee...

Musykil juga bila dapat panggilan dari syarikat tue. Dah lama tak isi jawatan kosong. Tahun lepas pernah laa minta kerja kat situ, tapi syarikat tue tak nak lak ambil. Kali ini dipanggil lagi sekali. Hrmmm, ada hikmah nie. Mudah-mudahan

Lepas asar tadi, tiba-tiba teringat pernah update status di Facebook awal bulan September, kononnya nak jadi ejen hartanah satu hari nanti dan dalam perancangan tak lama lagi. Mungkin ini sebagai batu loncatan untuk mencapai impian tue. Jawatan yang ditawarkan untuk esok tak ada lah gempak pun. Tapi tak apa, cuba dulu, mana lah tahu ada rezeki Allah nak bagi kat syarikat tue plak kan. 

Esok pagi-pagi dah nak kena keluar rumah. Biasa nak pegi kerja jam 8 lebih baru mandi. Hehe.. bahagia sangat kan....Tapi esok subuh dah kena mandi. Malas betul.

Oklah. Kena tidur awal nie, selamat malam.

Doakan ye. 

4 comments: