Saturday, September 20, 2014

10 Langkah Menjemput Rezeki

Setiap manusia ingin menjadi kaya, mempunyai rezeki yang banyak dan halal. Demi mendapatkan harta yang banyak, ada manusia yang sanggup menghalalkan apa jua cara. Islam menganjurkan kita bertebaran mencari rezeki di muka bumi Allah ini. 

Islam juga meletakkan beberapa panduan untuk menjemput rezeki. Antaranya

1. Bertakwa
Allah swt berfirman dalam surah Al-Talaq ayat 2-3. barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan bukakan jalan keluar baginya dan Allah akan memberi rezeki yang tak disangka-sangka oleh kita. Allah juga berjanji, sesiapa yang bertawakal kepada Allah, akan dicukupkan (keperluan) baginya. Subhanallah, besar janji Allah kan.

2. Bertawakal
Nabi Muhammad saw bersabda, sekiranya kita bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, Allah akan kurniakan kita rezeki seperti burung diberi makan. Burung kan pagi-pagi carri makanan sebab lapar, bila pulang ke sangkar di petang harinya dalam keadaan kenyang. Dalam maksud nie ye. Fikirkan...
(hadis riwayat:Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim dari Umar bin Khattab r.a)

3. Melaksanakan Solat Dhuha
Dari hadis riwayat Hakim dan Tabrani, Allah swt pesan kat kita jangan malas lakukan solat dhuha 4 rakat di permulaan hari sebab Allah dah janji akan cukupkan keperluan pada petangnya.

4. Banyakkan Istighfar
Dengan perbanyakkan istighfar (memohon ampun), Allah janji akan berikan jalan keluar atas kesedihan, kelapangan untuk setiap kesempitan dan Allah akan beri rezeki yang halal dari arah yang tak disangka-sangka.

5. Hubungan Persahabatan
Bila dah senang, jangan lupa orang sekeliling. Jangan lupa eratkan silaturrahim.

6 Bersedekah
Bersedekah bukan akan mengurangkan harta atau rezeki yang ada, malah akan bertambah. Jangan takut untuk bersedekah dan menolong orang yang lemah.

7. Berbuat Kebaikan
Orang yang berbuat kebaikan akan diberi ganjaran, manakala orang yang berbuat kejahatan akan dihukum. Perbuatan yang baik akan diberi rezeki di dunia dan pahala di akhirat.

8. Berniaga
Nabi pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki adalah dengan berniaga.(HR Ahmad). Ia juga sunnah Rasulullah.

9. Bangun Pagi
Allah berikan rezeki setiap harinya pada waktu antara bermulanya subuh hingga terbit matahari. Amalkan bangun pagi.

10. Bersyukur
Jika kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah beri, Allah pasti akan menambahkan lagi nikmat kepada kita (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk sahut 10 langkah di atas, apa kata join bersama kami sebagai ahli shaklee dan berpeluang menjadi pengedar. Bagaimana?

Hanya bermodalkan rm75 (semenanjung Malaysia) atau rm85 (Sabah/Sarawak)

ATAU

Beli mana-mana produk shaklee bernilai RM650 untuk 1 resit

Nak beli apa sampai rm650?
*Cadangan : Beli vivix 2 botol @ Kolagen shaklee 3 kotak. Dengan syarat dalam satu resit.

Hubungi saya untuk mendaftar sebagai ahli. Terpulang ingin mendaftar dengan belian rm650 dalam satu resit atau bayaran pendaftaran rm75

Panduan dah ada, jom kita sama-sama cuba ikut langkah di atas. Pertolongan dan janji Allah pasti ada bagi mereka yang yakin dan berusaha. 

Farhana * SID 1165794
sms/whatsapp/telegram 014-8216308

3 comments: