Tuesday, September 30, 2014

Atasi Kelemumur dan Rambut Gugur

Setiap orang impikan rambut yang sihat dan cantik. Tidak kira lelaki mahupun wanita pasti menjaga penampilan diri, terutama si teruna dan si dara. Penampilan yang kemas bermula dari rambut, terutama lelaki. Wanita yang bertudung juga lebih perlu menjaga kesihatan rambut kerana rambut yang sentiasa tertutup akan menyebabkan peluh terperangkap dan bercampur dengan minyak kepala dan terjadi kelemumur. 

Setiap orang pasti mengalami masalah kelemumur sehingga menyebabkan rambut gugur yang kronik. Namun ada sesetengah orang mengalami masalah kelemumur yang sukar diubati. Kelemumur merupakan proses normal kulit kepala. Sel kulit kepala akan saling berganti dari sel lama kepada sel baru, tapi bagi sesetengah sel mati lebih cepat dari masa yang sepatutnya. Punca sebenar tidak dapat dipastikan. Umumnya, dikaitkan dengan sejenis kulat atau fungus. Kulat ini tinggal di kepala dan mengakibatkan kelemumur. Bagi sesetengah orang ia tidak memberi sebarang masalah tapi akan menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur apabila terlalu banyak di kepala.

Biasanya kelemumur terjadi di peringkat dewasa. Lelaki lebih kerap mempunyai kelemumur. Ini kerana mempunyai kalenjar penghasilan minyak kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Kulit kepala dan rambut yang berminyak juga menjadi faktor pertumbuhan kelemumur. Kekurangan zink dan vitamin B juga menyebabkan kelemumur. Orang yang mempunyai masalah berkaitan neurologi juga berisiko mendapat kelemumur.

Kulit kepala yang kering dan berminyak sering menjadi punca kelemumur sekaligus akan menyebabkan kegatalan, berminyak, kulit menjadi merah dan berkuping. Kurang bersyampu dan sensitif pada bahan kimia yang terdapat dalam syampu rambut juga menyebabkan kelemumur. Masalah kulit seperti prosiasis dan ekzema juga salah satu punca kelemumur. Punca lain ialah stress, berlaku perubahan hormon dan masalah neurologi.

Umumnya kelemumur boleh diubati dengan bersyampu, tapi sesetengah orang perlukan rawatan alternatif untuk merawat kelemumur. Sebelum anda merujuk kepada pakar kulit, apakata rujuk dahulu pakar dari kamiSelamat mencuba dan selamat tinggal kelemumur ^__^



5 comments: