Manfaat air putih amat banyak namun kebanyakan dari kita liat nak minum walaupun tahu kelebihannya. Bila disuruh mengamalkan minum air putih 2-3 liter sehari, mesti ada yang buat muka
Tubuh manusia memerlukan air untuk memproses sistem dalam tubuh. Kandungan air dalam tubuh berperanan dalam proses pencernaan dan penyerapan makanan, menjaga suhu badan serta menghasilkan air liur.
Kekurangan air dalam badan menyebabkan otot berasa sakit dan penat. Sebab itu kita disarankan minum air putih secukupnya. Walaupun makanan yang diambil seperti buah-buahan dan sayuran mempunyai air, namun kadar penyerapannya kurang berbanding minum air putih. Orang yang kurang gemar minum air putih juga mudah berisiko mengalami kerosakan buah pinggang kerana ginjal tidak dapat melarutkan nitrogen urea yang perlu dibuang melalui air kencing. Apabila kurang minum air, maka kita kurang kencing. Nitrogen urea tidak dapat disingkirkan dengan baik dari tubuh. Kekurangan air juga mengganggu sistem pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang akan menyebabkan sembelit. Toksin dibuang melalui perkumuhan namun menjadi racun dalam badan sendiri kerana gangguan sistem pencernaan.
Sebenarnya air putih banyak manfaatnya bagi kesihatan tubuh dan untuk kecantikan.
Saya nak kongsikan beberapa kelebihan minum air putih.
- Awet muda - Petua untuk cantik yang paling murah dan senang. Hanya perlu konsisten minum setiap hari. Apabila kandungan air dalam badan mencukupi, badan akan menjadi segar, kulit terasa lembap dan lembut.
- Menguruskan badan - Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Ia amat sesuai bagi mereka yang tengah diet sekaligus dapat mengurangkan berat badan.
- Meningkatkan kesuburan - Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita.
- Melancarkan sistem pencernaan - Pengambilan air putih 8 gelas sehari melancarkan sistem penghadaman. Air putih dapat mengurangkan sembelit.
- Mencegah kanser dan penyakit - Air putih dapat mencegah penyakit hati, ginjal dan melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser.
- Menyihatkan jantung - Pengambilan air putih yang cukup akan melancarkan peredaran darah kerana bekalan oksigen yang diterima. Ia juga menyihatkan badan kerana darah dapat dipam dengan lancar.
- Merawat strok - Air putih berkesan untuk mengubati penyakit lumpuh. Fungsi air putih yang melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen pesakit.
Amalan minum air putih setiap hari juga dapat mengubati sakit kepala, sakit-sakit badan, degupan jantung yang pantas, menyingkirkan lemak, buah pinggang, jangkitan air kencing, arthritis dan sebagainya.
Tapi AWAS!!! jangan minum air terlalu banyak kerana boleh menjadi keracunan air dengan cepat. Keracunan air disebabkan air mengurangkan kandungan sodium di dalam salur darah yang akan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.