Saturday, November 08, 2014

Cara Mengatasi Anak Kerap Demam dan Selsema Di Taksa

Ibu bapa sering merungut apabila anak sering demam, selsema atau dijangkiti penyakit sejak tinggal di taska atau tempah pengasuh. Ini adalah perkara biasa. Tambahan pula sistem imun kanak-kanak tidak sekebal orang dewasa. Mereka mudah dijangkiti penyakit terutama penyakit yang mudah berjangkit. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak kerap sakit. Semua ibu bapa inginkan anak mereka sihat dan cergas kan. 

Pengalaman saya menjaga anak saudara sejak umurnya baru seminggu sehingga hampir 7 bulan, anak saudara saya sukar untuk demam atau selsema. Kalau demam pun bila disuntik doktor. Namun sejak dia dihantar ke taska, boleh dikatakan setiap bulan dia sakit. Tak demam, selsema atau batuk. Pernah juga dijangkiti penyakit kuku dan mulut. Kesian pula. Tapi apakan daya, saya juga perlu menyambung pelajaran saya demi masa depan. Kakak dan suaminya sering merungut anaknya sering sakit. Dah tak tahu nak buat macam mana dah katanya. Walaupun sudah diberi penjagaan yang terbaik, namun apabila dihantar ke taska semula, pasti terdedah dengan jangkitan kanak-kanak lain. Apakan daya, faktor persekitaran pun memainkan peranan anak kerap sakit.

demam pun aktif

Sebagai ibu bapa yang prihatin, langkah pencegahan perlulah diambil bagi memastikan anak sentiasa sihat agar tidak berjangkit kepada kanak-kanak lain di tempat pengasuh atau taska. Apalah salahnya melaburkan sedikit wang demi kesihatan anak. Sebelum itu, ibu bapa perlu sedar dan perlu tahu punca anak kerap sakit. Antara punca anak kerap sakit ialah pemakanan, persekitaran dan sistem imun yang lemah. Juga ketahui cara mengatasi masalah anak yang sering sakit.


  • PEMAKANAN - Elakkan makanan yang kurang bergizi seperti sosej, nugget dan makanan ringan. Jika diberi, berilah dalam kadar yang sedikit. Tambahkan juga suplemen agar si manja anda mendapat zat yang seimbang. Berikan Chewable Vitamin C dan Mealshakes untuk kesihatan optimum anak anda.
Sedap dikunyah


Menggantikan susu

  • PERSEKITARAN - Perhatikan botol susu anak anda. Adakah anda mencucinya dengan bersih? Dari pemerhatian saya, ramai ibu bapa yang mengambil mudah penjagaan botol susu. Ingin memberi anak khasita dari susu tapi dalam masa yang sama botol susu tercemar terutama di sekitar puting susu. Jika sibuk atau 'rajin' mencuci, rendam sahaja botol susu dengan Basic-H dan bilas keesokannya. Kebersihan dijamin suci.
Beza kan?


  • SISTEM IMUN - Sistem imunisasi yang lemah menyebabkan anak mudah dijangkiti penyakit. Sistem imun yang baik diperlukan untuk melawan jangkitan dan virus yang merebak dan menyerang anak anda. Oleh itu, bekalkan anak anda dengan nutriferon agar sistem imun anak anda dapat diperbaiki.


Apa kata ibu-ibu yang risau anak selalu sakit sejak tinggal di taska




Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Berminat untuk mendapat suplemen shaklee? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.









Friday, November 07, 2014

Cara Merawat Demam Selsema Dengan Cepat dan Berkesan

Pernah tak pura-pura demam sebab nak ponteng kerja. Lepas tu pergi beli cuti sakit. Sekali kena demam betul-betul, baru lah rasa betapa nikmatnya cuti sakit kan..hehe.. Nikmat ke cuti sakit? Rasanya makin merana ada lah. Sebab tak selesa hidung berair, sengal-sengal sendi, sakit tekak dan menahan sakit. Biasa demam akan datang sekali dengan selsema dan batuk. Masa nie nak minta demam dan selsema cepat-cepat hilang. Ada juga yang demam sebab cuaca. Maklumlah sekarang cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan lebat..kan..Jadi, bagaimana nak hilangkan demam dengan cepat?

Tak nak demam...


Ada beberapa petua yang boleh dicuba. Antaranya:


  • Madu - berkesan menentang bakteria dan menghilangkan sakit tekak
  • Halia - dapat menghilangkan rasa panas dalam badan. Caranya bancuh halia dengan air limau dan minum.
  • Bawang putih - sebagai penentang bakteria dan virus kerana ada antioksidan. Sangat elok dimakan mentah.


Tapi sanggup ke nak makan bawang putih dengan halia ye? 

Tak suka petua tradisional kerana leceh? Cuba petua santai ini pula.

  • Dapatkan rehat yang mencukupi. Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan.
  • Minum air putih dengan banyak untuk sejukkan badan
  • Makan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti buah sitrus (oren, strawberi dan kiwi)
  • Ambil semangkuk air panas dan sedut wap tersebut. Boleh legakan hidung yang tersumbat. Boleh juga berendam air panas di dalam tab mandi sambil sedut wap (jika ada)

Nak cara lagi senang hilangkan demam dengan cepat?

  • Amalkan minum Performance Drink dan rehat sebentar. Lepas itu anda akan rasa badan bertenaga kembali dan tak lemau.
  • Ambil juga Vitamin C untuk meningkatkan imun tubuh melawan jangkitan virus. 
  • Telan Garlic Complex Shaklee
  • Ambil Nutriferon 1 sachet, nganga mulut, tuang serbuk nutriferon ke dalam mulut. 
Set untuk Imun Tubuh

Hehe..Selamat mencuba.


Berminat ingin dapatkan produk Shaklee? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.


Wednesday, November 05, 2014

Punca Jerawat dalam Mata dan Petua Mengatasi Part I

Jerawat dalam mata? Ada ke jerawat tumbuh dalam mata? Hehe..sebenarnya jerawat mata adalah ketumbit atau bisul mata. Hari nie nak kongsi pasal ketumbit sebab si pengarangnya tengah derita ketumbit. Hari nie dah masuk hari keempat. Makin membesar je kurasakan...adehhh..Nak dipicit tak boleh sebab kat dalam kelopak mata. Biasa kena tepi-tepi kelopak mata, senang nak picit supaya tak melarat jadi makin besar. Ini kat dalam, kelopak mata, macam mana nak uruskan ye?

Ini lah rupa ketumbit atau jerawat dalam mata

Orang kata mata jadi ketumbit sebab mengintai orang. Betul ke? Nak mengintai siapa je ye kat rumah nie, duk seorang diri. Jadi, jom baca kenapa terjadinya ketumbit dan punca-puncanya.


Mengikut pandangan Prof Muhaya, ketumbit tiada kaitan dengan tabiat mengintai orang. Sebabnya ketumbit adalah sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria membiak di akar bulu mata sebelum menjadi radang pada mata. Disebabkan sering sakit mata sejak kena sengat tebuan masa Tingkatan Dua sampai sekarang, pernah juga tanya doktor kenapa. Doktor cakap sebab bisa serangga tue menyebabkan mata nie selalu naik bisul. Alahaiiii....

Punca terjadinya ketumbit pula ada dua.

  1. Ketumbit yang disebabkan jangkitan kuman pada pangkal bulu mata
  2. Keradangan akibat kelenjar yang menghasilkan minyak kalazion (menentukan bulu mata kalis air) tersumbat.


Pengumpulan minyak yang berlebihan menyebabkan pembiakan bakteria. Antara faktor yang menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah:

  • Tekanan (mungkin juga sebab sekarang mudah stress)
  • Perubahan hormon
  • Menggunakan alat solek yang sama untuk jangka masa yang lama atau dijangkiti bakteria (yang ini bukan faktornya sebab tak suka pakai bersolek)
  • Diabetis
  • Kekurangan vitamin dalam badan (mungkin juga sebab sekarang banyak skip ambil vitamin dek sibuk melampau)
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan (kena periksa lemak nie tapi ada ke lemak berlebihan ye sebab kurus sangat nie)


Ketumbit tidak menjejaskan penglihatan tapi gejala ketumbit menyebabkan ketidakselesaan padaku. Rasa nak menangis pun ada sebab mata dah bengkak. Bila kelipkan mata, mesti seksa yang amat. Masa sujud dalam solat pula rasa nak tersembur biji mata nie. Jom ketahui gejala dan simpton ketumbit.

  • Mata berair
  • Mata terasa gatal terutama jika ada habuk (mungkin kena ketumbit sebab pergi rumah saudara ahad lepas. Memang alah sangat dengan habuk, lepas tue mata jadi gatal, bangun tidur esoknya lekat sebiji ketumbit nie haa)
  • Kelopak mata menjadi bengkak dan merah (memang dah jadi pun ^_^)
  • Mata menjadi sensitif kepada cahaya

Nenek pernah cakap kalau ada serangga kecil macam langau terbang sekitar muka dan mata, tandanya nak sakit mata. Betul ke? Selalu juga jadi macam nie..jangan percaya ye, kan jatuh syirik kecil pula.

Rawatan ketumbit:

Gunakan ubat antibiotik yang disarankan doktor. Jangan ambil ubat sembarangan kerana boleh membawa risiko yang lebih besar kepada penglihatan. Jangan guna ubat orang lain walaupun ubat sakit mata juga kerana dos yang disarankan doktor berlainan setiap orang. 

sumber dari google
Tapi sekarang dah tak nak guna ubat titik mata tue. Pengambilan yang kerap boleh menjejaskan penglihatan. Sekarang amalkan pengambilan vitamin C dan vitamin A (carotomax) dari shaklee. 

Vitamin C

Vitamin A
Tak larat dah nak mengadap lappy nie. Esok lah ye sambung Petua merawat ketumbit.




Tuesday, November 04, 2014

Menambah Ingatan dengan Minyak Ikan

Manfaat minyak ikan tidak dapat disangkal lagi untuk perkembangan otak. Ini kerana minyak ikan mengandungi pelbagai khasiat seperti DHA, EHA dan vitamin. Memiliki kepandaian dan kecergasan otak menjadi idaman setiap orang terutama pelajar. Pengambilan makanan tambahan untuk otak amat diperlukan bagi mereka yang mementingkan kesihatan otak. Kandungan DHA atau omega 3 yang terdapat di dalam makanan seperti ikan salmon dan sardin mampu meningkatkan fungsi otak.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Welma Stonehouse dari New Zealand menyatakan bahawa pengambilan makanan tambahan yang kaya dengan DHA dapat meningkatkan fungsi otak terutama orang dewasa. Ini kerana orang dewasa lebih cenderung kehilangan atau lemah memori akibat kerja, belajar dan radikal bebas. Prof. Stonehouse menyarankan agar pengambilan ikan yang tinggi DHA dan omega 3 seperti ikan salmon diambil 2 kali seminggu. Ia juga boleh diganti dengan mengambil minyak ikan.

Bagi pelajar amat sukar untuk mendapatkan khasiat omega 3 dari makanan kerana kesukaran menyediakan menu dari ikan salmon dan kesukaran untuk mendapatkan ikan salmon yang segar. Oleh itu, pelbagai produk dihasilkan berasaskan minyak ikan dijual dipasaran. Namun perlu diberi perhatian semasa memilih produk yang manakah terbaik.

Bagi saya, Omega Guard dari shaklee adalah yang terbaik. Saya seorang yang suka mengkaji dan membandingkan dahulu produk-produk yang ingin saya gunakan. Saya pernah makan minyak ikan dari salah satu produk dipasaran. Ianya sangatlah berbau hanyir. Kapsulnya yang besar menyukarkan saya untuk menelan. Akhirnya saya tidak makan dan bagi ibu bapa saya sahja yang makan.

Dari penelitian saya, omega guard shaklee sangat bagus kerana ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat berbanding hati minyak ikan. Berbanding dengan produk lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ia juga kurang berbau hanyir dan kapsul yang mudah ditelan.

Antara manfaat lain Omega Guard Shaklee:

khasiat Omega Guard


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.



Makanan Untuk Pesakit Gout

Gout merupakan sejenis penyakit artritis yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam badan. Ia menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak di bahagian sendi. Asid urik terjadi akibat pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan makanan dan tisu manusia. Asalnya asid urik boleh dikumuhkan melalui air kencing tapi kandungan purin yang berlebihan kerana pengambilan diet yang tinggi purin menyebabkan peningkatan asid urid di dalam darah. Sumber protein yang mengandungi purin seperti daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko pembentukan gout. 


Oleh sebab gout berpunca dari makanan yang boleh meningkatkan kandungan asid urik dalam tubuh, pesakit perlu mengelakkan beberapa makanan yang boleh meningkatkan lagi risiko gout. Terdapat beberapa senarai makanan tinggi kandungan purin yang boleh dielakkan:

Elakkan makan makanan seperti:
  • Organ dalaman seperti hati, otak, paru-paru dan ginjal
  • Ikan bilis, sardin, ikan kembung dan ikan parang.
  • Daging - daging cincang, ekstrak daging dan ragi
  • Makanan bercengkerang - udang, ketam dan kerang

Kurangkan juga makanan seperti:
  • Bunga kobis, cendawan, bayam dan asparagus
  • Kekacang
  • Roti jagung dan bijirin


Makanan yang boleh merendahkan asid urik dalam tubuh:

  • CUKA EPAL - cuka epal berupaya melarutkan dan menghancurkan kristal asid urik. Ia menukar kadar ph dalam darah kepada keadaan beralkali. Bagus diamalkan madu cuka epal.
  • BANYAKKAN MAKAN SAYUR-SAYURAN - Daun pasli dapat membantu meningkatkan jumlah air kencing sekaligus dapat menggalakkan penyingkiran asid urik. Alfalfa juga bagus diambil kerana boleh mengurangkan asid urik. Boleh diambil dalam bentuk tablet juga.
  • PENGAMBILAN CECAIR - pengambilan cecair menggalakkan penghidratan dan membantu badan mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, atau air putih. Cecair yang dimaksudkan adalah sup rendah garam, teh herba, susu soya, buah-buah dan sayuran seperti tembikai, tomato dan timun.


Alfalfa dan pengambilan cecair boleh didapati dalam bentuk tablet dan serbuk. Anda boleh mencuba Alfalfa dan Performance Drink dari shaklee. Ia lebih mudah diambil memandangkan zaman kini kita lebih terdedah kepada kehidupan yang sibuk. 

Fungsi Alfalfa yang dihasilkan dari shaklee adalah untuk menyahtoksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia juga membantu menyingkirkan asid urik dalam badan 


Manakala fungsi Performance Drink pula adalah untuk mengekalkan kandungan cecair dalam badan. Namun dinasihatkan juga minum banyak air putih.


Bagi pesakit yang sering sakit sendi, boleh mengambil Omega Guard sebagai tambahan, kerana Omega Guard berfungsi memberi keselesaan dan melegakan sakit sendi.


Berminat? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.


Monday, November 03, 2014

Penyakit Gout

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat kedua ibu bapa sihat. Tiada apa yang lebih membimbangkan dan menyedihkan apabila mendengar ibu bapa sakit atau kurang sihat. Betul tak? Teringat pada ibu ayah buat hati sedih dan rindu pada mereka. Kali ini terpanggil nak menulis tentang gout. Balik beraya bulan lepas, seperti biasa orang yang akan ambil alih tugas didapur bersedia dengan pelbagai menu istimewa untuk ibu ayah. Maklum lah jarang-jarang sangat balik kampung. Tapi sedih pula bila tahu ayah ada gout. Jadi penyediaan makanan sangat terhad. Ayah suka makan terutama daging dan makanan laut. Jadi nafsu makannya terbatas dek kerana gout.

Disebabkan ayah ada gout, terpanggil nak kongsi punca gout. Lagipun dalam sejarah keturunan belum ada yang gout. Jom baca punca terjadinya gout. 

Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca hanya dari SATU sebab iaitu kandungan asid urik yang tinggi dalam badan. Asid urik adalah bahan merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protien yang dipanggil purin. Bahan kumuhan akan dibuang dari badan melalui air kencing tapi bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

tak sanggup nak tengok 

Siapa yang berisiko?

Penyakit gout bukanlah satu penyakit yang baru. Zaman dahulu, gout sukar dikawal kerana bidang kesihatan yang terhad sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecacatan pada penghidap. Kaum lelaki lebih berisiko diserang gout berbanding wanita. Biasanya gout menyerang mereka yang berada dalam linkungan 30 hingga 60 tahun.

SIMPTOM GOUT

Tanda seseorang itu diserang gout adalah ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Lazimnya gout menyerang ibu jari kaki. Serangan terjadi secara tiba-tiba dan kerap. Sendi yang diserang menjadi bisa. Ia boleh menyerang berhari-hari atau berminggu-minggu jika tidak dirawat. Gout juga menyerang di bahagian sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari. Tanda-tanda ini juga pernah terjadi pada ayah sewaktu belum diketahui mengidap gout. Bahaya kan.

KESAN GOUT

Asid urik yang berlebihan di dalam badan akan berkumpul di bawah kulit dan membentuk benjolan yang dipanggil tophi. Batu karang juga boleh terjadi di saluran air kencing atau saluran urinari. Juga akan mendapat beberapa masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, diabetes dan hiperlipidemia.

Bila dah tahu bahaya penyakit gout jika tidak dirawat, rasa nak cepat-cepat beli set gout shaklee untuk ayah. Di rumah sekarang dah ada Performance Drink, lepas nie nak tambahkan omega pula untuk ayah. Harap ada lah rezeki lebih untuk ayah bulan nie.
Set Gout Shaklee


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 


Friday, October 31, 2014

Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Alhamdulillah minggu lepas dapat mesej dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya terpilih untuk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik. Tapi baru terpilih untuk peperiksaan online. 

Esok, 1 November adalah hari peperiksaan dijalankan. Diharap esok semuanya berjalan dengan lancar. Berdebar rasa dihati ini usah dicakap. Bukan mudah untuk terpilih dan tersenarai dalam calon spa. Ini kali kedua setelah sekian lama SPA tak panggil. Masa mula-mula dipanggil tahun 2009. Masa tu jawatan kerani, tapi tak lulus laa..huwaaaa...

Bila dipanggil lagi kali ini, rasa bertuah juga. Dah lama tak dipanggil oleh kerajaan. Diharap adalah rezeki untuk memasuki kerajaan. 

Sekarang nak kena baca nota-nota sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik esok. Orang kata susah juga nak dapat ye. Tapi tak apa lah, cuba dahulu. Tak cuba tak tahu. 

Ya Allah, jika ini sebagai jalan pembuka rezekiku, maka Engkau permudahkanlah mana yang susah, Engkau lapangkanlah jalan mana yang sukar, Engkau dekatkanlah mana yang jauh dan Engkau bukakanlah mana yang terhalang...Amiiinnnn...

DOAKAN SAYA YE ^__^