Tuesday, September 09, 2014

Kesan Sampingan Vitamin Shaklee

"Banyaknya kena makan!!"
"Tak ada kesan sampingan ke bila makan set ini?"
Tak ada apa-apa kesan pada kesihatan ke kalau makan vitamin nie?"

Ramai yang tidak berani mencuba makan vitamin untuk kesihatan. Tambahan pula bila terdapat publisiti percuma dari orang awam. Konon-kononnya produk sekian sekian membahayakan. Shaklee merupakan vitamin yang dihasilkan secara semulajadi. Vitamin memang diperlukan oelh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan. Kekurangan vitamin akan menyebabkan tubuh kita tidak dapat bekerja secara normal. Kesan buruk sesuatu vitamin hanya terjadi apabila:

Pengambilan Dos Berlebihan
Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri. Ia juga hanya diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang tertentu. Oleh itu, amatlah penting untuk kita memastikan dos yang diambil adalah mengikut arahan dan sukatan yang diperlukan. Pengambilann yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya kesan sampingan dan penolakan ke atas tubuh. Contohnya vitamin C diambil melebihi 2000mg sehari akan menyebabkan cirit-birit. Pengambilan kalsium yang berlebihan juga akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Kurang Minum Air
Air yang mencukupi diperlukan untuk memudahkan sistem badan berjalan lancar. Kekurangan air akan menyukarkan proses penyingkiran toksin dalam badan. Kesan sampingannya ialah buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik.


Antara kesan sampingan pengambilan vitamin shaklee pada tubuh ialah:
~ Badan akan berasa lebih sihat dan bertenaga
~ Memulihkan rasa lesu, tidak bermaya dan cepat penat dengan membekalkan tenaga
~ Perubahan hormon yang lebih baik
~ Meningkatkan sistem imun
~ Peredaran darah berjalan lancar dan tekanan serta masalah jantung dapat diatasi
~ Membantu masalah pencernaan dan sebagainya

Saya juga mengalami beberapa masalah kesihatan. Dengan mengamalkan shaklee, saya bertambah bertenaga, tidak cepat penat dan lesu. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk kesihatan shaklee

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308


Setiap Saat Adalah Peluang | Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Syukur alhamdulillah, dapat juga idea menulis untuk hari ini walaupun agak lewat. Rasa sangat rugi bila sehari tak buat entri. Benar lah SETIAP SAAT ITU ADALAH PELUANG!!! 


Namun berapa ramai yang sedar peluang di hadapan mata? Berapa ramai yang menantikan kekosongan dalam sektor kerajaan sedangkan peluang perniagaan terbuka luas dan masih banyak kekosongan yang boleh diisi. Bagaimana?

Dengan Shaklee, anda berpeluang menjana pendapatan. Daftarlah sebagai ahli sekarang untuk menikmati ganjarannya. Tak berminat? Jom tengok dulu kelebihannya.

  • Modal yang kecil. Hanya RM75 untuk menjadi ahli (termasuk borang pendaftaran)
  • Nikmati belian dengan harga ahli
  • Berpeluang menjana pendapatan sendiri
  • Setiap belian akan mendapat mata ganjaran dan boleh ditebus dengan wang tunai
  • Pengalaman memulakan perniagaan sendiri yang menyeronokkan
  • Mendapat pendedahan cara menjalankan perniagaan
  • Mendapat tunjuk ajar dari mentor yang sudah berjaya
Untuk mendaftar sebagai pengedar, hanya perlu membayar yuran RM75 atau atau membuat belian melebihi 200 points untuk keahlian percuma. 

Daftar di mana-mana cawangan dengan menggunakan ID saya (1165794) sebagai sponsor anda atau hubungi saya untuk urusan pendaftaran. 


Setiap saat adalah peluang. 

Monday, September 08, 2014

Manfaat Utama Vita-Lea

Multivitamin merupakan vitamin penting untuk menyokong keperluan nutrisi makanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan menguatkan sistem imun. Untuk mengekalkan kesihatan optimum, saya menyarankan untuk mengambil Vita-Lea sebagai makanan tambahan.


Kenapa Vita-Lea penting? Vita-Lea merupakan suplement asas. Ini terbukti kerana ibu menyusu, ibu berpantang, yang menginginkan zuriat (menambahkan kesuburan), ibu mengandung dan individu yang ingin menambahkan berat badan memerlukan multivitamin. 

Vitalea dikatakan multivitamin terbaik kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral yang dapat membantu kesihatan mata, hati dan sistem imun dalam jangka masa panjang.


Vitalea mengandungi dua kali lebih antioksidan, kalisum, magnesium, beta karotena, selenium, vitamin K, boron dan biotin dan berfungsi:
~ mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
~ membantu pembinaan dan kesihatan tulang
~ melindungi paru-paru dan prostat
~ membentuk vitamin A untuk mata
~ mengekalkan kesihatan jantung dan saraf
~ menyokong proses pengeluaran tenaga

Sesuai untuk lelaki dan wanita

Manfaat Vita-Lea

Memberi Tenaga - membekalkan tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu fokus dalam kerja atau kelas dan meningkatkan memori.

Metabolisma - membantu dalam stimulasi metabolisma.

Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

Pelengkap Nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutama mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

Membantu Pertumbuhan Sel Pada Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan pertumbuhan dan perkembangan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit serta menjaga kesihatan tiroid.

Melindungi Organ - Melindungi buah pinggang, jantung dan hati.

Berminat? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana * SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Petua Elak Tidur Berdengkur

Dah tahu kenapa tidur berdengkur? Boleh baca Berdengkur Petanda Awal Penyakit untuk ketahui punca berdengkur. Bila dah tahu puncanya, mesti la nak tahu juga penawarnya kan.

Terdapat beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah tidur berdengkur.

1. BADAM
Sediakan 7 biji badam. Basuh, keringkan dan hancurkan hingga lumat. Kemudian campurkan badam hancur tadi ke dalam segelas susu. Amalkan minum setiap malam sebelum tidur.



2. KUNYIT
Ambil sedikit kunyit hidup, anggaran 2 ruas. Bersihkan dan dihiris halus. Campurkan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan 2 sudu madu dan kacau. Amalkan minum setiap hari sebelum tidur.


Selain itu, terdapat beberapa cara yang boleh mengatasi masalah dengkur. Antaranya:

~ Ubah posisi tidur. Tidur mengiring dapat mengurangkan masalah berdengkur berbanding tidur cara terlentang.
~ Ubah gaya hidup dan pemakanan harian. Kurangkan berat badan dan elakkan minuman beralkohol, yang mengandungi kafein dan jangan merokok sebelum tidur.
~ Jaga kebersihan bilik dan persekitaran bagi memastikan dapat tidur dengan lena.
~Gunakan pelekap khas pada hidung yang membantu melegakan saluran pernafasan. Boleh juga gunakan semburan hidung.

Namun, adakah kita dapat lakukan secara konsisten? Adakah cara mudah yang lain yang dapat mengatasi masalah dengkur? Apakah suppliment shaklee yang sesuai mengatasi masalah berdengkur?

Jangan risau..... VITAMIN E DAPAT MENGURANGKAN DENGKURAN SEMASA TIDUR!!!

Bagaimana Vita-E shaklee berfungsi?

Vitamin E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu mengatasi masalah dengkuran dengan melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

Satu lagi, Omega Guard
Satu lagi, Omega Guard
Omega Guard juga baik untuk mengurangkan masalah dengkur. Omega Guard berfungsi melegakan pernafasan dan melancarkan pengangkutan oksigen dalam darah. Omega Guard mengandungi EPA dan DHA. EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan otak.

Sudah ketahui cara mengatasi dengkuran? Kini terpulang kepada anda memilih cara mana.

Jika berminat untuk mendapatkan produk shaklee dari saya, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.

Farhana *SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308



Berdengkur Petanda Awal Penyakit

Alhamdulillah...berpeluang jugak nak bercerita pasal tidur berdengkur nie. Dari minggu lepas asyik tertangguh nak buat entri nie. Agak-agak berapa ramai yang tahu diri sendiri tidur berdengkur? Mesti agak memalukan bila dapat tahu kita tidur berdengkur, terutama perempuan. Teringat masa belajar dulu, bila naik bas nak balik kampung, nak tidur pun takut-takut, mana lah tahu kot-kot berdengkur. Malu wooo gurl tidur berdengkur, kang tak pasal direject awal-awal..haha..tambahan plak kat sebelah ade mamat hensem. Tak pun tidur terganggu sebab orang sebelah tidur berdengkur. Macam-macam bunyi lak tue. Dah macam dalam cerita bujang lapuk lak. Ntah-ntah dia pun tak tahu dia tidur berdengkur. 


Sebenarnya tidur berdengkur merupakan gejala Obstructive Sleep Apnea (OSA). Apa tue? OSA ialah laluan udara dari hidung dan mulut tersekat ketika tidur. Kita bernafas menerusi hidung dan mulut. Halangan pada saluran pernafasan akan menyebabkan seseorang itu berdengkur.

Tisu yang membengkak di dalam hidung akan menyebabkan sebelah hidung sempit dan sukar bernafas. Keadaan ini memaksa kita menggunakan hidung yang sebelah lagi. Penggunaan yang berlebihan menyebabkan seseorang itu makin kuat berdengkur. Tisu membengkak disebabkan udara yang memasuki saluran hidung dengan aliran laju. Tulang rawan yang bengkok juga turut menyebabkan halangan pada salur pernafasan. Kerap bersin yang berpunca dari resdung atau alahan juga menyebabkan seseorang itu mudah berdengkur.


Menurut Dr Mallina, Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan pembedahan Leher dan Kepala Pusat Perubatan Tropicana, individu yang mengalami OSA tidak dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Halangan pada salur pernafasan menyebabkan mereka kekurangan oksigen. Paru-paru tidak dapat menyerap oksigen dalam sistem darah, seterusnya gagal mengalir ke otak. 

Tonsil yang besar di lelangit juga boleh menyebabkan ruang mulut sempit, sekaligus menghalang pernafasan. Lelangit yang melendut dan anak tekak yang panjang menyebabkan ruang pernafasan sempit, dan kebiasaanya berlaku kepada mereka yang mengalami berat berlebihan.

Pangkal lidah yang panjang atau tulang rahang yang kecil dan pendek menyebabkan lidah tidak cukup ruang dan menutup salur pernafasan. Kesukaran bernafas kurang dirasai ketika mereka tidak tidur kerana ketika berdiri, semua bahagian dalam mulut dalam posisi yang baik. Ketika tidur pula, semua otot dalam mulut seperti tonsil, lelangit dan lidah kendur sehingga menyebabkan ruang menjadi sempit dan menghalang pernafasan.

Dianggarkan lebih dari satu million orang di dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab. Apakah puncanya?

Antara punca tidur berdengkur ialah:

1. Gaya Hidup
Perhatikan kembali gaya hidup dan ubahlah kepada gaya hidup yang lebih baik. Pengambilan alkohol yang berlebihan menyebabkan relaksasi saluran nafas semasa tidur dan dengkuran menjadi kuat. Gaya hidup yang kurang sihat boleh menyebabkan kita berdengkur.

2. Berat Badan Berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan mengganggu saluran pernafasan kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran nafas. Manakala lemak di perut menyebabkan diafragma tidak berfungsi secara teratur. Namun orang kurus juga boleh mengalami masalah berdengkur

3. Merokok.
Merokok menyebabkan paru-paru tersumbat. Asap rokok menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak dan akan menyebabkan saluran udara menjadi sempit dan berdengkur. Ia menjadikan pernafasan kurang baik, menyebabkan pembengkakan selaput lendir di hidung dan rangkaian tekak. Kajian mendapati lelaki lebih ramai berdengkur iaitu 80% berbanding wanita, kerana lelaki lebih ramai merokok.

4. Pengambilan Ubat-ubatan
Pengambilan ubatan menyebabkan gangguan pada hidung, tekak atau paru-paru kerana akan menyebabkan hidung tersumbat. Pengambilan pil tidur dan ubat penenang juga menambahkan risiko berdengkur.

5. Posisi Tidur
Orang yang suka tidur terlentang lebih cenderung berdengkur berbanding tidur mengiring. Sebab tue Nabi SAW ajar kita adab tidur mengiring ke arah kiblat. 

6. Faktor Usia
Wanita berumur 50 ke atas juga berisiko tidur berdengkur. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di sekitar kerongkong, lidah dan kawasan berhampiran. 

Berdengkur merupakan gejala OSA yang membawa kepada gangguan tidur biasa tapi berpotensi serius bila nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur. Antara risikonya:

1. Lemah Jantung
Halangan pada saluran pernafasan menyebabkan otak tidak dapat menerima oksigen yang cukup. Seseorang yang cenderung mendapat OSA kerap bangun malam tanpa sedar. Jantung terpaksa mengepam lebih kuat. Hal ini menyebabkan jantung menjadi lemah. 


2. Darah Tinggi
 Kerap bangun malam akan menyebabkan kualiti tidur terganggu. Hal ini akan menyebabkan seseorang berisiko mendapat darah tinggi dan angin ahmar

3. Gangguan emosi
Apabila kurang tidur, emosi akan cepat terganggu dan cepat marah kerana badan menjadi penat. Badan juga akan cepat letih, lesu dan tidak fokus.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh mengatasi masalah berdengkur. Antaranya: 

1. Kaedah Perubatan
Alahan resdung dapat dirawat dengan ubat semburan bagi mengurangkan bengkak hidung. Penggunaan pil juga dapat mengatasi masalah tisu membengkak. Selain itu, mesin terapi tekanan laluan udara positif berterusan (CPAP) digunakan untuk membuka saluran pernafasan.

2. Pembedahan
Pembedahan disarankan pada bahagian yang bermasalah seperti tulang rawan yang bengkok. Pembedahan membetulkannya akan dilakukan bagi mengatasi masalah dengkur.

Selain itu, apakah kaedah rawatan lain yang boleh mengatasi masalah tidur berdengkur? Sambungannya pada entri seterusnya.

Saturday, September 06, 2014

Tips Cantik | Murah dan Semulajadi

Pelbagai cara dan tips untuk kelihatan cantik dan mendapat kulit gebu. Tahu tak ada produk kecantikan tapi untuk kesihatan juga? Macam fungsi all-in-one la. Cantik luar dan dalam. Dengan shaklee, macam-macam boleh dibuat. Selain untuk dimakan dan diminum, shaklee jugak boleh dibuat masker! Antaranya ESP (Energizing Soy Protein), Vita-E dan Vita-C. Tak percaya? Jom try


Masker ESP
Bahan yang diperlukan : ESP shaklee + yogurt asli (yg warna putih, bkn yg ade buah ye)



Cara-caranya:


  1. 2 sudu besar yogurt dicampur bersama 1 sudu besar ESP shaklee.
  2. Gaulkan sebati dan sapu rata ke kulit muka.
  3. Biarkan selama 20-30 minit atau sehingga kering.
  4. Bilas dengan air bersih.
  5. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.
* boleh juga dicampur dengan buat tomato yg diblend atau madu. 
* kesan berbeza mengikut kulit.

ESP juga bagus untuk kesihatan. Boleh baca DI SINI

Berminat mendapatkan ESP shaklee? Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan

Farhana *SID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Yogurt Asli | Kulit Muka Licin Berseri

Yogurt sememangnya terkenal dalam dunia kecantikan. Jika dimakan begitu sahaja pun sangat sedap, terutama yogurt strawberi dan mix friut. Nyummm3!!! Delicious....

Bagi yang mementingkan kecantikan kulit wajah, terdapat beberapa petua untuk cantik dengan yogurt. Antaranya:

Menjadikan Kulit Cerah dan Bercahaya
Yogurt dijadikan masker muka. Boleh disapu begitu sahaja atau dicampur dengan bahan lain seperti lemon, minyak zaitun, tomato dan madu. Bersihkan selepas ia kering atau lebih kurang 10 minit. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu. Selain mencerahkan kulit, ia juga menjadikan kulit tampak lembap.

Mengurangkan Jerawat
Yogurt mempunyai antibakteria. Sebab itu ia baik untuk perut juga. Sapu yogurt pada kawasan yang ditumbuhi jerawat dan bersihkan selepas 30 minit.

Sesuai Untuk Kulit Bermasalah
Kandungan zink dalam yogurt sangat sesuai bagi kulit cepat terbakar bila terkena matahari. Hanya perlu tambah minyak dari bunga chamomile (essential oil) pada kulit.

Terliur pulak tengok gambar yogurt nie. Mesti beli jap lagi!!!