Bagi melaksanakan sumpahnya itu, iblis menbuka strateginya di hadapan Nabi Muhammad dan para sahabat. Iblis turut menjelaskan siapakah orang yang dibencinya.
Nabi Muhammad bertanya kepada iblis, "Siapakah orang yang paling engkau benci?"
Lalu iblis menjawab, "Dirimu, wahai Muhammad."
Nabi Muhammad bertanya lagi,"Lalu siapa lagi?"
Iblis menjawab:
- Pemuda muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah.
- Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subahat serta sentiasa bersabar.
- Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kekotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwuduk.
- Orang fakir yang sentiasa bersabar iaitu yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama tiga hari.
- Orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan syariat.
(Hadis laporan Muadz bin Jabbal daripada Ibnu Abbas)