Thursday, December 04, 2014

Cara Elak Derita Tak Tertanggung Akibat Sakit Urat Belakang Lutut


Ngeri tengok urat bersimpul

Siapa pernah mengalami urat kaki bersimpul? Lazimnya ibu hamil kerap mengalami masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos. Memang kasihan melihat kaki menjadi ngeri dengan urat-urat yang timbul di kaki, betis dan peha. Golongan ini juga akan mengalami rasa sakit apabila berdiri atau berjalan terlalu lama. Memang derita sakit urat belakang lutut jika tak dirawat.


Kakak saya tengah mengandungkan anak ketiganya. Memang ngeri sangat tengok kakinya. Dari betis sampai peha, berketul-ketul uratnya timbul, dengan warna kebiru-biruan. Ditambah pula kakak berkulit kuning langsat, memang jelas kelihatan. Normal bagi orang mengandung mengalami urat bersimpul kerana berat badan mereka bertambah kerana kandungan yang dikandung. Tetapi orang yang single mingle macam saya ini, bagaimana pula boleh terjadi?


Dahulu, pantang orang ajak keluar berjalan-jalan, sayalah orang yang paling bersemangat nak pergi, tapi kini saya mesti menolak sebab kaki saya akan sakit apabila banyak berjalan. Kalau pergi pasaraya besar, saya akan berasa cepat penat sebab kaki dah sakit. Macam orang tua-tua pula rasanya. 


Bidang kerja saya pula perlu banyak keluar ke tapak lokasi kerja. Boleh dikatakan lima hari bekerja, hanya dua hari di pejabat dan selebihnya perlu keluar ke lokasi tertentu. Sudah tentu saya banyak berdiri dan berjalan. Sejak minggu lepas, jadual kerja sangat padat. Semalam, jam 6 pagi saya sudah keluar rumah dan pulang ke rumah jam 10 malam. Ditambah pula memandu jauh. Bila sampai ke rumah, saya rasa kaki kebas, kejang, lenguh dan rasa berat. Apabila diperiksa, urat belakang lutut bersimpul-simpul. Patutlah sakit sangat kaki ini. Memang derita bila urat mula bersimpul. Walaupun tidak serius tetapi kadangkala ia mengundang pelbagai masalah kepada saya sehingga sukar untuk berjalan. 


Jom baca apa kata Dr Lee Soon Khai, Pakar Bedah Vaskular mengenai masalah urat bersimpul.
" Istilah vena varikos diambil daripada perkataan ‘varix’ yang bermaksud simpul dan vena pula merujuk kepada salur darah. Salur darah utama dalam badan kita (juga dipanggil pembuluh darah) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu arteri dan vena.
Arteri adalah salur yang membawa darah beroksigen dari jantung ke bahagian badan yang lain, manakala vena pula membawa darah tanpa oksigen kembali ke jantung.

Menurut Pakar Bedah Vaskular dan Endovaskular Pusat Perubatan Tropicana, Dr Lee Soon Khai, semua pembuluh darah berpotensi untuk bersimpul tetapi salur darah yang paling berisiko adalah di bahagian kaki.

Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit. Pada peringkat awal, pesakit hanya mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian kaki tetapi oleh kerana aliran darah pada kaki terganggu, tisu di sekeliling darah tidak mendapat oksigen yang cukup dan kulit menjadi hilang waran atau menjadi pucat"
Sumber Harian Metro http://www2.hmetro.com.my 

Secara ringkasnya gejala awal urat bersimpul ialah:

~ salur darah menjadi besar, berwarna biru dan berbelit
~ kaki bengkak
~ bengkak dan sakit pada betis
~ Kulit menjadi pucat, berlaku perubahan warna kulit
~ Kaki cepat letih dan kekejangan
~ kulit menjadi nipis dan kering

Terdapat tips mengurangkan gejala urat bersimpul ini. Antaranya:


  • Sebelum tidur, alaskan kaki dengan bantal supaya kaki berada lebih tinggi untuk melancarkan peredaran darah di bahagian kaki. Saya pernah juga cuba tips ini tetapi apabila bangun dari tidur, bantal sudah ke lantai. Hihiii
  • Luruskan kaki ketika duduk. Biasanya saya lakukan selepas solat. Duduk seketika sambil luruskan kaki supaya sama paras dengan punggung sambil mengurut sekitar urat bersimpul dan betis.
  • Memakai stokin elastik yang boleh didapati di farmasi apabila menaiki kenderaan pada jarak jauh.
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat dan vitamin C.


Bagi saya sukar untuk konsisten dengan tips di atas. Saya lebih suka petua yang ringkas dengan mengambil suplemen. Saya suka minum ESP atau Enerzing Soy Protien dan Vitamin C. Tetapi sudah lebih seminggu saya tidak bancuh ESP kerana dah diposkan ke Kedah dan semalam terlupa untuk bawa bekalan Vitamin C bersama. Kenapa saya katakan suplemen ini bagus untuk atasi masalah urat bersimpul? Jom tengok kelebihan vitamin ini.


ESP - membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh. Ia juga mengekalkan kesihatan jantung.

Vitamin C - membantu menguatkan saluran darah. Pesakit yang mengalami urat bersimpul mempunyai saluran injap yang lemah. Jadi sangat sesuai mengambil vitamin C untuk menguatkan kembali saluran injap tersebut. Vitamin C juga menggalakkan aliran darah ke jantung

Vitamin E - Vitamin ini kaya dengan antioksida. Vitamin E sangat membantu mengelakkan terjadinya urat bersimpul. Ini kerana Vitamin E berfungsi menggalakkan pengaliran darah yang lancar dalam tubuh.
vitamin yang besttt


Rindunya pada ESP. Sejak amalkan ESP dan Vitamin C, alhamdulillah kesihatan saya cukup baik kerana sejak dahulu lagi saya mengalami gangguan kelancaran darah dalam tubuh.

Anda juga derita urat bersimpul seperti saya? Jangan biarkan ia melarat lebih teruk dan menjadi ulser. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut mengenai masalah ini atau ingin berkongsi pengalaman bersama saya. Bak kata orang, hanya sesama mereka yang mengalami sahaja memahami deritanya.




Wednesday, December 03, 2014

Ayah Cuba Pelbagai Cara Untuk Anak Berhenti Merokok Supaya Tidak Terkena Kanser

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan. Terang lagi bersuluh, tetapi mengapa masih ramai umat Islam yang merokok? Inilah dilema seorang ayah cuba pelbagai cara untuk berhenti merokok anaknya tapi tidak berhasil.


Walaupun harga rokok meningkat setiap tahun, tetapi masih ramai perokok yang ketagih dan sayang untuk berhenti. Bagi mereka, sehari tidak menyedut asap rokok, rasa tidak lengkap hidupnya hari tersebut. Contohnya, waktu berbuka dan bersahur, perokok lebih suka akhiri waktu sahur dengan sebatang rokok dan selepas berbuka terus kejarkan rokok. Tidak jamah menu berbuka pun tidak mengapa asalkan dapat lepaskan ketagih merokok setelah seharian berpuasa. Begitu juga dengan ayah yang dalam dilema ini, hanya mampu menggeleng kepala dengan tabiat merokok anaknya. Walaupun dilarang berkali-kali namun masih tidak berubah.


Suatu hari kesihatan anaknya sedikit terjejas. Apabila keadaan makin teruk dan masih tidak sembuh dari batuk, si ayah menyarankan anaknya membuat rawatan susulan di hospital. Doktor menasihatkan agar berhenti merokok kerana ia merupakan tanda-tanda awal kanser paru-paru. Asap rokok mengeluarkan sekurang-kurangnya 53 bahan kimia beracun yang boleh mengakibatkan kanser. Kanser ini kerap dialami oleh lelaki dan kebanyakkanya berpunca dari tabiat merokok.


Al-Quran dan hadis telah menjelaskan perihal ini, namun ramai masih tidak mengendahkan. Seperti maksud ayat surah Al-Baqarah ayat 195, "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"


Juga hadis dari riwayat Ahmad dan Ibnu Majah "Tidak memudharatkan (orang lain) dan tidak saling memudharatkan (antara satu sama lain)". 


Sekarang sudah sakit dan memudharatkan diri dan orang lain (merisaukan ayah). Namun siapa tidak sayang anak kan. Baik buruk, dia adalah anak. Begitu tinggi kasih ayah. Risau keadaan kesihatan si anak yang tidak henti-henti batuk membuatkan si ayah runsing. Si ayah berusaha pelbagai cara untuk menghentikan tabiat merokok anaknya. Teringat kata-kata doktor bahawa peluang untuk sembuh dari kanser paru-paru amat tipis. Akhirnya si ayah membuat keputusan untuk mencuba suplemen yang dipercayai membantu mengurangkan dan sekaligus menghentikan tabiat merokok anaknya. 


Vivix dan Vitamin E telah dibuktikan oleh pengguna mampu menghentikan tabiat merokok. Jom lihat kelebihan kedua-dua vitamin ini.

sesudu vivix sehari mampu mengubahnya

Vivix dan Vitamin E kaya dengan antioksidan. Apabila kedua-dua vitamin ini diambil, ia membantu perokok berhenti merokok. Ini kerana apabila perokok menghisap rokok, ia akan merasakan rokok itu pahit dan tak sanggup lagi untuk terus menyedut asap rokok tersebut. Lama-kelamaan perokok akan rasa tawar hati untuk merokok lagi.

Baca VIVIX PENYELESAIAN KEPADA PEROKOK


Antara testimoni yang kini bahagia kerana suaminya sudah berhenti merokok dengan Vitamin E

Testimoni pengguna


Cegah sebelum terlambat. Sayangi diri, sayangi anak, sayangi keluarga. Setiap sedutan membawa padah. Hubungi saya untuk mencuba cara berhenti merokok sebelum terlambat.

 


Tuesday, December 02, 2014

Ibu Buntu Mencari Cara Mengatasi Anak Kurus Keding

Anak kurus keding? Buntu mencari cara mengatasi anak kurus keding? Jom layan video di bawah.




Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Akhirnya ibu gembira sebab anak dah berselera makan dan badan pun dah tak kurus keding macam dulu.


Apalagi wahai ibu-ibu, gembirakan hati anda dengan produk dari kami. Anak pun makin sihat.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut.



Bakal Raja Sehari Gembira Jumpa Petua Hilangkan Jerawat

Kelihatan anggun dan menawan sebagai ratu sehari pastilah menjadi idaman bakal pengantin. Namun, bolehkah impian menjadi nyata dengan muka berjerawat? Tentulah anda boleh merealisasikan impian tersebut. Begitu juga dengan bakal raja sehari gembira akan kelihatan cantik setelah mencuba petua hilangkan jerawat dari saya. Nak tahu? Jom baca seterusnya.


Saya percaya setiap bakal pengantin inginkan perkahwinan impian mereka. Impikan majlis berjalan lancar dan tampil cantik. Persiapan majlis dirancang sebaik mungkin sehingga lupa penjagaan diri. Begitu juga dengan Puan Lisa. Dia seorang yang sangat teliti supaya majlisnya berlangsung seperti yang dirancangnya. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan. Makin hari makin tertekan. Lagi tertekan apabila jerawat makin galak tumbuh di muka. Akhirnya dia menghubungi saya beberapa bulan sebelum majlisnya.


Puan Lisa mengambil satu set penuh untuk merawat jerawat dan mencantikkan kulit. Dia ingin kesan yang maksima kerana masa terlalu singkat. Alhamdulillah, makin hari menampakkan hasil yang memuaskan. Dia sangat berpuas hati dengan set rawatan muka dan kecantikan yang saya sarankan.

Sebelum

Nak tahu apa yang dia gunakan untuk hilangkan jerawatnya? Jom tengok satu persatu.



VITAMIN C ~ untuk mengecutkan jerawat dan menghalang pertumbuhan jerawat baru
Baca juga KESAN VITAMIN C PADA KULIT

VITAMIN E ~ Memudarkan parut jerawat dan mencerahkan kulit

ENERGIZING SOY PROTIEN ~ mencantikkan kulit dan mengurangkan parut jerawat.

Menurut Puan Lisa, setiap malam dia akan buat masker muka dari suplemen di atas.


Selain itu, Puan Lisa juga mengambil set penjagaan wajah dari luaran untuk hasil yang lebih memuaskan.

Set penjagaan wajah

Makin berseri semasa majlis sambut menantu

Nampak kan hasilnya. Anggun berseri tanpa cela di hari perkahwinannya. Siapa tak gembira kan. Anda juga ingin mendapatkan kulit seperti Puan Lisa, hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan.




Wednesday, November 26, 2014

Bakal Pengantin Risau Rambut Makin Botak Mencari Tips Atasi Keguguran Rambut


Masalah rambut gugur bukanlah perkara yang asing lagi bagi sesiapa. Boleh dikatakan semua orang sama ada lelaki mahu pun wanita mengalami masalah rambut gugur. Begitu juga dengan seorang bakal pengantin risau rambut makin botak dan ingin mencari tips atasi keguguran rambut. Dia mengalami keguguran rambut sejak di bangku sekolah. Bayangkan rambutnya semakin menipis dan menampakkan kulit kepala. Boleh dikatakan rambutnya hampir botak.


Risau bagaimana penerimaan bakal suami tentang penampilannya selepas diijab kabulkan tahun hadapan, dia menjaga pemakanan yang boleh menyebabkan rambut gugur lagi teruk, malah mencuba pelbagai petua tradisional dan bertukar syampu untuk rambut gugur, namun tidak berhasil. Katanya, dia makin tertekan apabila ayahnya juga mula menegur rambutnya seakan botak dan menampakkan kulit kepala. Apabila tertekan, boleh menyebabkan rambut gugur makin teruk.


Boleh dikatakan setiap hari dia akan mengutip rambut gugur dilantai rumah dan bilik air. Rambut-rambut tersebut disimpan di dalam plastik dan apabila pulang ke kampung, dia akan bawa bersama rambut gugur yang dikumpulnya untuk ditanam. Bayangkan rambut gugur yang dikumpul itu seolah-olah sarang burung. Kesian kan. Bagi wanita rambut adalah mahkota dan boleh menonjolkan kecantikan seseorang.


Namun dia tidak berputus asa dan tetap mencuba pelbagai petua yang dikongsi di laman sesawang dan terjumpa set untuk rambut gugur. Setelah berfikir, akhirnya dia bersedia melaburkan sedikit wang untuk tampil anggun menarik di mata bakal suaminya nanti.


Semalam dia menghubungi saya untuk mendapatkan sedikit pandangan, akhirnya dia ingin mencuba Zinc, ESP dan Prosante. Berharap pelaburan ini berbaloi baginya.

Antara set rambut gugur
Sebagai sumber protin untuk rambut

Antara testimoni pengguna set rambut gugur.

Testimoni syampu prosante


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.





Tuesday, November 25, 2014

Ibu Pening Mencari Cara Merawat Resdung Kronik Anak Bongsu


Ibu mana yang tidak risau apabila anak kerap mengadu sakit. Setiap ibu bapa sentiasa memastikan kesihatan anak mereka terjaga. Apabila anak kerap mengadu sakit, ibu lah yang paling risau memikirkan petua dan rawatan yang boleh menyembuhkan anak mereka. Begitu juga dengan seorang ibu kepada tiga anak ini. Baru-baru ini, seorang ibu mengadu kepada saya tentang masalah kesihatan anaknya. Katanya pening mencari rawatan yang sesuai dan cara merawat resdung kronik anaknya.


Ibu tersebut menceritakan kepada saya masalah resdung kronik yang dihadapi anak bongsunya. Anaknya langsung tidak boleh makan makanan laut dan yang mempunyai alahan kepada bahan makanan tertentu. Apabila tersalah makan, muka anaknya akan menjadi gatal-gatal teruk sehingga meninggalkan parut lebam pada muka. Mukanya juga akan ditumbuhi jerawat batu. Setiap pagi anaknya mengadu sakit kepala. Kadang kala sehingga menghantukkan kepala sendiri kerana tidak tahan. Apabila badan gatal-gatal, alat sulitnya juga merasa kesan gatal-gatal akibat resdung.


Kata ibu tersebut, pelbagai set resdung telah dicuba tapi tidak berhasil. Tahap resdung anaknya masih tidak berubah. Yang mahal dan yang murah, semua telah dicuba. Katanya duit boleh dicari tapi kesihatan sangat bernilai. Dia juga ingin mencuba set resdung shaklee untuk anak bongsunya itu. 


Saya sangat setuju dengan kata-kata ibu tersebut. Tak apa berkorban duit sedikit demi kesihatan anak. Saya juga bersimpati dengan keadaan anak bongsunya itu. Dia meminta saranan saya berkenaan set resdung. Jadi saya sarankan beberapa jenis suplemen yang sesuai untuk anaknya. Antaranya:


Alfalfa

~ mengurangkan keradangan resdung

~ kaya dengan klorofil untuk mengurangkan alergik atau gatal-gatal


B Complex

~ Mengandungi B6 yang membantu memelihara selaput lendir agar kekal sihat

~ meningkatkan antibodi tubuh

~ Berfungsi sebagai anti stress apabila berlaku keradangan.


Vitamin C

~ meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi tubuh dalam melawan resdung

~ membantu mempercepat penyembugan luka dalam hidung

~ sebagai antioksida


Set Resdung Shaklee

Testimoni resdung

Testimoni resdung 1

Testimoni resdung 2

Bagi penghidap resdung, apa kata anda juga mencuba set resdung dari shaklee.


Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.





Saturday, November 22, 2014

Kawan Terlajak Gembira Kerana Jumpa Cara Menghilangkan Jerawat dengan Cepat Tanpa Parut

Alhamdulillah, baru dapat merehatkan diri dengan selesanya. Inilah yang dikatakan rumahku syurgaku. Penat betul berjalan jauh sepanjang dua hari. Dari Kuala Lumpur ke Kedah bukanlah satu jarak perjalanan yang singkat. Tapi semua tue hilang apabila kawan ajak keluar bersama. Katanya dia sangat gembira kerana dapat menghilangkan jerawat dengan cepat tanpa kesan parut. Nak tahu apa rahsia dia? Jom baca kisah kami.

Sebelum saya bertolak ke Kedah Khamis lepas, saya singgah di Seksyen 7, Shah Alam untuk makan malam. Semasa di kedai makan tersebut, saya terserempak dengan kawan semasa belajar. Lama betul tak berjumpa. Langsung tiada perubahan pada diri dia. Saya sempat menegur jerawatnya yang tak pernah surut. Katanya dah cuba pelbagai produk tapi tak berhasil. Hilang satu jerawat, lepas tue naik lagi jerawat yang lain. Bukan jerawat kecil, tapi jerawat batu. Sakit katanya.

Kebetulan dalam beg, saya bekalkan beberapa biji vitamin C dan Zinc untuk bekalan saya di Kedah nanti. Saya berikan pada dia untuk dicuba. Manalah tahu berhasil kan. Tak apa lah saya berkorban sedikit demi kawan. Sekembalinya saya ke Shah Alam, dia ajak saya lepak-lepak sama. Dia menceritakan betapa gembiranya hati dia sebab dapat hilangkan jerawat dengan cepat tanpa meninggalkan parut.

Kawan baru amalkan vitamin C dua hari. Dia minum air putih yang cukup iaitu sebanyak 3 liter sehari seperti yang saya pesan. Dia juga jadikan Vitamin C sebagai masker muka. Bahagianya bukan kepalang. Sejak sekian lama dia menderita jerawat batu yang tak pernah segan tumbuh di muka nya. Alhamdulillah..

Jadi, sesiapa yang ada masalah yang sama, jom cuba Vitamin C dan beberapa produk shaklee untuk mengurangkan masalah jerawat anda. 


Tadaaa..ini dia Vitamin C untuk jerawat

Antara kebaikan Vitamin C:

~ kulit makin cantik dan bersih
~ bagus untuk mereka yang ada masalah jerawat
~ sesuai untuk orang yang mengalami resdung
~ mengatasi masalah selsema dan jangkitan penyakit
~ meningkatkan imun tubuh

Berminat? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.