Thursday, September 04, 2014

Kesan Vitamin C Pada Kulit

Ramai mengetahui Vitamin C mempunyai khasiat yang tinggi pada kulit. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak berlumba-lumba menghasilkan produk kecantikan yang berasaskan vitamin C.

Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Sebab tu ada wanita yang sanggup menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk kelihatan cantik. Ada yang sanggup menyuntik vitamin C dengan dos yang berlebihan tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi.




Apa itu Vitamin C?

Vitamin C dikenali juga sebagai ascorbic asid. Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia dihasilkan daripada makanan dan sumber lain. Sumber terbaik adalah buah-buahan dan sayuran segar terutamanya buah-buahan sitrus seperti buah oren, strawberi dan cranberi.

Vitamin C juga larut air dan sangat mudah hilang dari tubuh manusia. Ia akan disingkirkan apabila stress, tidak cukup tidur, merokok dan sebagainya.


Fungsi Vitamin C

Vitamin C terkenal dengan antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E. Antioksidan membantu menghalang sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakan DNA. Peningkatan radikal bebas boleh mempercepatkan penuaan dan masalah kesihatan lain.

Antara fungsi Vitamin C



  1. Antioksidan yang kuat
  2. Anti kanser
  3. Mempercepatkan penyembuhan luka
  4. Meningkatkan metabolisma bagi kolestrol
  5. Menegangkan kulit

Kesan kekurangan Vitamin C


  1. Badan menjadi lemah, tenaga berkurangan secara kronik dan kemurungan
  2. Mudah dijangkiti selsema, letih dan demam
  3. Pendarahan pada gusi dan masalah gigi
  4. Masalah penghadaman
  5. Salur darah bocor, kebas otot tangan dan kaki dan kerosakan kuku
  6. Penyakit kulit seperti kulit menjadi lebam kebiruan
  7. Kulit cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia

Pakar kesihatan mengesyorkan mengamalkan vitamin C dari buahan sitrus yang segar dalam diet harian seperti jus buah. 



Namun, berapa ramai yang boleh konsisten dengan cara ini? Kesibukan menyebabkan kita sukar konsisten mengamalkannya. Namun dengan adanya Vitamin C dari Shaklee dapat membantu pengambilan yang konsisten kerana botolnya yang mudah dibawa ke mana-mana.




Nak cuba? Hubungi saya untuk mendapatkannya


Farhana * SID 1165794

Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308


Nak Cantik Macam Artis Korea???

Ramai yang impikan kulit yang cantik macam artis korea yang duk tengok dalam Running Man tue kan. Apa kata kita cungkil rahsia dapatkan kulit yang cantik.

Vitamin C sangat popular dan sinonim dengan dunia kecantikan. Sekarang nie dah banyak produk kecantikan berasaskan vitamin C. Kenapa? Sebab Vitamin C mempunyai pelbagai khasiat. Boleh dikatakan khasiatnya dapat dimanfaatkan dari hujung rambut ke hujung kaki!

Antara kebaikan Vitamin C pada kulit:
  • Sebagai kolagen

Kolagen melembapkan kulit, menegangkan kulit dan dan mengurangkan tanda penuaan. Kekurangan kolagen dalam badan menyebabkan kulit kusam dan tidak sekata. Pengambilan Vitamin C yang berterusan menjadikan kulit lebih gebu dan putih.
  • Melindungi kulit dari sinar matahari
Kesan terdedah kepada pancaran matahari secara terus akan merosakkan kulit. Antioksidan dari Vitamin C dapat melindungi kulit dari radikal bebas (radiasi ultra ungu) yang terhasil dan mengurangkan kesan warna kulit terbakar.
  • Melindungi kulit
Pendedahan yang berterusan kepada cahaya matahari akan menyebabkan barah kulit. Vitamin C menyekat penghasilan punca utama penghasilan melanoma iaitu sejenis penyakit kulit dari menghasilkan Pyrimidine dimers. Vitamin C juga melindungi DNA dari rosak yang menyebabkan beberapa jenis barah kulit
  • Mencerahkan kulit
Vitamin C dapat mengurangkan masalah jeragat, jerawat , mencerahkan kulit, melembutkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda dari usia.
  • Merawat masalah kulit
Kolagen yang dihasilkan dari Vitamin C membantu sistem aliran darah yang baik. Saluran darah yang berada di bawah kulit membawa oksigen dan zat menghasilkan kulit yang sihat. Kekurangan zat dari vitamin C menjadikan kulit kering dan kasar. 
  • Membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat
Vitamin C diperlukan oleh tubuh untuk menggantikan tisu yang rosak akibat luka dan menyembuhkan luka dengan cepat. Kekurangannya akan melambatkan proses penyembuhan.

Untuk mendapatkan Vitamin C yang mencukupi, perlulah mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari. Ini kerana badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri dan perlu diperoleh dari makanan dan sumber lain. 

Dengan adanya Sustained Release Vita-C dari Shaklee, anda layak mendapat Vitamin C yang mencukupi setiap hari.  Vitamin C Shaklee diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu kerana Vitamin C adalah vitamin yang mudah larut air.

Pengambilan Vitamin C dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari untuk kulit yang lebih sihat dan cantik.

Berminat untuk mengamalkan vitamin C Shaklee? Boleh hubungi saya

Farhana * ID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

Wednesday, September 03, 2014

Perlu ke Makan Vitamin B Complex?

"Perlu ke amalkan mengambil vitamin sebagai makanan tambahan? Badan sihat je walaupun tak ambil apa-apa vitamin tambahan."
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi ? Sebenarnya, setiap orang perlukan vitamin terutama vitamin B. Tubuh memerlukan vitamin dan mineral lain untuk menjalankan proses-proses tertentu dalam tubuh badan. Cuma kita yang 'rajin' sahaja yang tak menitikberatkan hal ini. Sayang kan.......

Pernah ke tahu kenapa tubuh memerlukan vitamin B Complex?

Vitamin B Complex adalah vitamin yang larut air dan terdiri daripada lapan kumpulan vitamin B (vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, biotin dan asid folik). Kumpulan vitamin B ini mempunyai fungsi tersendiri dalam tubuh. Vitamin B1, B2, B3 dan biotin mempunyai aspek berbeza dari segi menghasilkan tenaga, Vitamin B6 untuk metabolisma, dan vitamin B12 dan asid folik berfungsi dalam penghasilan sel. Pengambilan B-Complex dapat mencegah masalah kesihatan.

Sejauh mana manfaat vitamin B-Complex nie?
  • B1 dan B2 penting untuk tulang, saraf dan jantung
  • B3 membantu proses pencernaan
  • B5 dan B12 diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan yang sihat
  • B6 menyokong sistem imun
  • B7 terlibat dalam penghasilan hormon
  • B9 membantu penghasilan sel dan penting untuk DNA

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen yang mengandungi vitamin B baik untuk kesihatan, seperti:
  • B1 - memelihara daripada penyakit buah pinggang yang menghidapi diabetis tahap 2 dan mengurangkan risiko katarak
  • B2 - mencegah migrain
  • B3 - mengurangkan tahap kolestrol
  • B6 - melindungi jantung, masalah dalaman wanita dan masalah kehamilan
  • B9 - mencegah kanser dan mengurangkan risiko semasa kelahiran bayi
  • B12 - mengurangkan risiko kanser serviks

Kenapa perlu mengambil B-Complex?
Kajian yang dijalankan mengakui bahawa pengambilan B-Complex dapat membantu pelbagai masalah kesihatan seperti
  • kemurungan
  • tekanan
  • masalah jantung
  • masalah kesihatan dalaman wanita
  • masalah kulit 
  • meningkatkan memori
  • menguatkan sistem imun
  • membekalkan tenaga

B-Complex Shaklee mengandungi kesemua lapan jenus Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bangi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, organ-organ penting yang lain, mengawal tekanan dan membekalkan tenaga bagi tujuan proses metabolisma.



Apa tunggu lagi? Tempahlah dari saya untuk mendapat kesihatan yang optimum!!!

Farhana * ID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 0148216308

Tuesday, September 02, 2014

Alami Kulit Cantik dan Mulus Bersama Set Cantik Shaklee

Secantik-cantik wanita di dunia ini, cantik lagi bidadari di syurga. Namun secantik-cantik bidadari di syurga, masih ada rasa cemburu pada wanita di dunia. Kenapa? Kerana wanita boleh meminta untuk menjadi bidadari buat suami mereka di syurga. Madah berbunyi, secantik-cantik hiasan adalah wanita solehah. Mereka berbakti dan menyenangkan hati si suami. Si isteri adalah ratu buat si suami

Bagaimana nak jadi permaisuri di hati suami? Dengan Set D Shaklee, anda boleh tawan si suami dengan kecantikan, kerana fitrah manusia suka pada yang cantik apabila dipandang. Bila kulit dah cantik mulus, suami tak pandang yang lain dah..hehe...

Set D Shaklee terdiri daripada
Vita-E Complex
  • mengurangkan jerawat dan jeragat
  • antioksidan terbaik
  •  merawat parut jerawat
  • memudarkan kedutan pada wajah dan kulit 

Vita-C Plus
  • bertindak sebagai kolagen
  • mencantik dan memelihara kulit
  • membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
  • meningkatkan sistem imun

B-Complex
  • mencegah kelesuan 
  •  mengurangkan tekanan
  • memberi daya tumpuan dan menguatkan memori
  • memelihara rambut dari cepat beruban
  • memelihara kesihatan 

Bagi yang mempunyai peruntukan bajet yang lebih, boleh diamalkan juga ESP Shaklee. Boleh tengok 1001 Kebaikan ESP Shaklee 


HUBUNGI SAYA UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

Farhana *ID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 0148216308




1001 Kebaikan ESP Shaklee

Fitrah manusia suka pada kecantikan. Namun kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi kerana kecantikan akan terpancar dari dalaman. Sebagai umat Islam, tentulah kecantikan itu terpancar dari akhlak yang baik dan hubungan baik dengan Allah dan juga sesama manusia. Kelebihan wudhu' yang sempurna akan memancarkan nur di wajah seseorang, begitu juga apabila seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya dengan bersolat 5 kali sehari semalam dan ditambah amalan-amalan sunat yang lain. Kecantikan yang lahir dari rohani inilah kecantikan kekal abadi.

Namun faktor persekitaran kehidupan moden seperti kini memerlukan kita menitikberatkan kecantikan kesihatan dan kulit. Persekitaran yang tercemar seperti habuk dan debu mengakibatkan pelbagai penyakit kulit seperti jerawat dan alahan. Radikal-radikal bebas akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. 

Akhir-akhir ini, ramai yang sedar akan keperluan ini. Kini, terdapat pelbagai produk kecantikan laris dijual di pasaran namun tidak setanding ESP Shaklee. ESP Shaklee atau Energizing Soy Protein dihasilkan dari kacang soya yang dijadikan serbuk dan mengandungi asid amino yang diperlukan badan.

Antara kebaikan mengamalkan ESP shaklee ialah:

  • Membekalkan tenaga dan meningkatkan sistem imun badan dari serangan penyakit seperti migrain, tekanan, dan insomnia
  • Menganjalkan dan menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut, merangsang pembentukan otot-otot dan sel-sel kulit baru
  • Anti penuaan dan awet muka - melambatkan rambut beruban, memelihara kulit
  • Baik untuk hormon - menstabilkan hormon terutama wanita, mengurangkan paras kolestrol, memelihara kesihatan jantung
  • Meningkatkan kesihatan minda

Siapa yang sesuai mengambil ESP shaklee?
  • mereka yang nak cantik
  • mereka yang nak tambahkan berat badan
  • mereka yang ingin turunkan berat badan
  • ibu-ibu mengandung
  • ibu yang menyusukan anak
  • mereka yang mementingkan kesihatan diri

HUBUNGI SAYA UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

Farhana * ID 1165794
Sms?Whatsapp/Telegram 0148216308

Monday, September 01, 2014

Merawat Jerawat Cara Rasulullah SAW

"Haaaaa.....buat apa tue??? Tangan tue mmg tak boleh duk saje kan..mesti nak merayap ke muka!!!"

Biasa tak tangan tue duk gataiii usik jerawat kat muka? Tahu tak masalah jerawat nie bukan zaman kita je ada..sejak zaman Rasulullah SAW dah ada isu jerawat nie.

Ada satu kisah zaman Rasulullah SAW di mana seorang hamba nie ditumbuhi sesuatu di jari nya. Biasa kita dengar jerawat tumbuh kat muka atau badan je kan. Hamba ini mencari orang yang boleh ubati penyakitnya dan akhirnya dia bertemu dengan Rasulullah SAW.

Rasulullah : Kamu ada minyak zarirah?
Hamba Allah : Ada ya Rasulullah
Rasulullah : Bubuhkan minyak zarirah pada jerawat kamu dan bacalah doa
"Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi"
maksudnya: "Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini"
(ditakhrij oleh Al-Hakim, Beliau berkata sanadnya sahih tapi tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim tapi diakui Az-Zahabi__anugerahquran)
Hebat kan Rasulullah kita. Walaupun Rasulullah bukan pengamal perubatan, bukan doktor tapi Rasulullah punya ubat mustajab. Namun di Malaysia nie bukan mudah untuk dapatkan minyak zarirah. Saya sendiri tidak mengenali bagaimana minyak zarirah.

Namun, jangan risau. Sekarang kita ada SHAKLEE yang boleh membantu dalam mengurangkan dan menghilangkan jerawat.

mintak tolong cik google je sumbangkan pic nie ^_^

Vitamin C, B Complex dan Vitamin E sangat penting untuk pertumbuhan dan memelihara kulit. Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah jerawat. Vitamin membantu penyerepan nutrien sekaligus memelihara kulit tampak cantik dan berseri.

Khasiatnya boleh tgk kat PUNCA JERAWAT

Bagi yang mengalami jerawat kronik, boleh cuba GLA COMPLEX dulu untuk menstabilkan hormon dalam badan yang menyebabkan punca jerawat.

Nie antara set-set jerawat yang boleh diamalkan.
cik google: mohon pic lg satu..hehe
*semua gambar dalam henset..belum boleh copy ke lappy sebab penyambung usb hilang..huwaaa

FARHANA *ID 1165794
Sms/Whatsapp/Telegram 014-8216308

PUNCA JERAWAT


Ada sesiapa tak kenal jerawat? Haisshhh...mana yang tak kenal jerawat tue nak kena ketuk kepala nie!!! Tahu tak punca terjadinya jerawat? Jom baca.

Hasil daripada kajian, jerawat terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya
  • Perubahan Hormon - Biasanya terjadi kepada perempuan di usia remaja. Tapi jangan cakap orang dewasa tak terlepas ye. Saya sendiri pernah mengalami masalah ini dan kronik.
  • Pemakanan - Tak semua orang boleh makan semua jenis makanan. Sesetengah orang mengalami alahan terhadap makanan tertentu seperti makanan laut, telur, kekacang, dan sebagainya. Pengalaman sendiri - alah pada kerang, kuning telur dan kacang (skrg semua bantai je..hadap kerang 1 periuk pun tak ada alahan dah)
  • Stress / Tekanan - Sape tak pernah stress kan terutama yang terlalu byk berfikir. Biasanya wanita mudah stress. Bila stress mula lah jerawat sana sini.
  • Alat solek & kebersihan - Kadang-kadang kita tahu pakai je alat solek tanpa jaga kebersihannya. Ada juga terjadinya jerawat disebabkan tersalah memilih produk. Hati-hati ye.

Dah tahu punca jerawat, mesti ada penyelesaiannya kan. Terpulang nak usaha cara tradisional atau moden. Bila cuba cara tradisional awal-awal je rajin, dah lama-lama banyak skip lak..haruuu…saya sendiri pun dah dah pernah buat..haha.. Bagi yang rajinnya terlebih, mesti la pilih cara moden kan.

Jom cuba SET JERAWAT SHAKLEE. Meh nak cite sket kelebihan-kelebihan SET JERAWAT SHAKLEE nie. Selain berfungsi sebagai mengurangkan jerawat, ia juga sesuai sebagai penjagaan kulit.

SET JERAWAT SHAKLEE

GLA COMPLEX
  •  Menstabilkan hormon yang menyebabkan jerawat
  • Mengurangkan kegatalan pada muka
  • Membantu mencairkan sebum yang berminyak
  • Mengurangkan rongga dari tersumbat
  • Menyihatkan kulit

VITAMIN E
  • Memudarkan parut jerawat
  • Melindungi dan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel kulit
  • Antioksida terbaik
  • Membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah

VITAMIN C
  • Membantu menghalang bakteria punca jerawat
  • Meningkatkan sistem imun
  • Memelihara kulit dan membantu pemulihan kulit yang rosak
  • Bertindak sebagai kolagen


ESP (Energizing Soy Protein)
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Membaiki dan membina semula kulit dan sel-sel yang rosak
  • Mencerah dan mencantikkan kulit


CAROTOMAX
  • Antioksidan yang kuat
  • Melegakan kekeringan dan kegatalan kulit
  • Membaiki tisu kulit yang rosak
  • Mengawal penghasilan sebum minyak berlebihan


Hubungi saya untuk pertanyaan dan tempahan
FARHANA * ID 1165794
Sms/whatsapp/Telegram 014-8216308